CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Kerja, Suami Isteri Bawa Bayi 6 Bulan Naik Motor Dari Perak Ke Selangor

6-9-2021 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12626| Komen: 130

Description: Shah Alam – Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan hampir sejauh 200 kilometer berkelana ke Selangor akibat tekanan hidup.
Shah Alam – Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan hampir sejauh 200 kilometer berkelana ke Selangor akibat tekanan hidup.

Kisah tiga beranak itu dikongsi menerusi hantaran Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kesemua mereka dipercayai dari Kuala Kurau, Perak.

LZS memberitahu, keluarga itu dilaporkan meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bertindak segera setelah menerima maklumat awam dengan keluarga itu ditemui di salah sebuah hotel bajet di negeri ini.

“Pasangan muda ini menjalani kehidupan yang sangat terbeban akibat tiada pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” katanya.

Kata LZS, tiga beranak itu merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor namun tidak dapat berbuat demikian akibat masalah keluarga.


Foto: Harian Metro

Tambahnya, berdasarkan hasil siasatan mendapati pasangan muda ini mempunyai rekod penerima bantuan Zakat Selangor sebelum ini.

“Namun telah ditamatkan setelah mereka berpindah ke Perak pada tahun lalu. Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak,” ujarnya.

LZS menjelaskan keluarga itu ditempatkan di hotel bajet untuk sementara waktu dan bantuan kecemasan bernilai RM500 turut disalurkan kepada mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

     

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 6-9-2021 02:59 PM
Aduhai kesiannya tgk si anak tergolek mcm tu...apalah yg baby tu tahu tentang rencah dunia susah perit kehidupan..
Moga pasangan ni dikuatkan jodoh mrk dan bersatu hati harung susah payah.. moga Allah bukakn pintu rezeki buat mrk...
Quote sarahmirza 6-9-2021 03:03 PM
Dah sampai Selangor keluarga pula tak nak bantu ke? Alahai kesiannya..... Family support takde..
Quote sarahmirza 6-9-2021 03:03 PM
Dah sampai Selangor keluarga pula tak nak bantu ke? Alahai kesiannya..... Family support takde..
Quote Eckard5 6-9-2021 03:04 PM
Edited by Eckard5 at 8-9-2021 01:39 PM

   Amazing Content on this website.I Like it.Thanks for sharing.
per your health
Quote emera 6-9-2021 03:09 PM
Kesian.. satu nasihat hakak, tolong jgn buat anak lagi.
Quote lyshafull 6-9-2021 03:11 PM
Semoga dimudahkn dh dimurhkan rezeki buat kuarga nie yg family2 terdekat tolong la bantu … jgn sibuk nk derma kat tabung dewasayu tpi sedara2 sndiri susah
Quote isbritneybich 6-9-2021 03:20 PM
"Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak"

Bantuan2 tu insyaAllah cukup kalau ibu bapa dapat bekerja. Di kala2 covid ni, mungkin sesetengah family bergantung sepenuhnya kat bantuan sebab dah takde kerja, tu yang tak cukup. Husnuzon, semoga dipermudahkan. Baru rasa nak menyampah kat kerja sendiri tapi syukur ada lagi kerja tetap
Quote JohnyEnglish 6-9-2021 03:21 PM
200km diorang jalan.ada surat ke?
Quote caprut 6-9-2021 03:24 PM
emera replied at 6-9-2021 03:09 PM
Kesian.. satu nasihat hakak, tolong jgn buat anak lagi.

Tlong jgn kawen la masa covid ni melainkan mmg ada kerja tetap
Quote nononcrux 6-9-2021 03:27 PM
isbritneybich replied at 6-9-2021 03:20 PM
"Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam P ...

aku baca 5x sambil nak pikir positif baris ayat yang ni.. byk bantuan diterima eh entah lah
Quote mclaren 6-9-2021 03:27 PM
emera replied at 6-9-2021 03:09 PM
Kesian.. satu nasihat hakak, tolong jgn buat anak lagi.


Moga LZS ada bagi nasihat on family planning dan kerjasama klinik kesihatan untuk dapatkan BC untuk pasangan ni sementara mereka nak dapat sumber pendapatan.
Quote Minami2013 6-9-2021 03:28 PM
Moga dipermudahkan urusan. Patut zaman covid ni semua pekerja asing dihantar balik je la. Buka peluang pekerjaan sepenuhnya kpd warga tempatan. Kita bkn lagi zaman pilih2 pekerjaan. Sampaikan yg sihat pun terpaksa minta wang zakat dan bantuan. Sigh..
Quote Artemesiaa 6-9-2021 03:33 PM
Datang KL pun bukannya senang nak dapatkan pekerjaan sekarang ni.  Patut dia tinggal dulu di Perak hanya datang ke KL setelah dah confirm terima tawaran kerja.  Ni main redah macam tu sendiri jugak yang susah.  Zaman2 sesak ni keluarga kalau ada pun belum tentu sanggup nak bantu tambah kalau keluarganya tu pulak pun jenis sesak sama.   
Quote annehuda 6-9-2021 03:36 PM
nononcrux replied at 6-9-2021 03:27 PM
aku baca 5x sambil nak pikir positif baris ayat yang ni.. byk bantuan diterima eh entah lah

aku bukan taknak berfikiran positif tapi kalau sampai keluarga pun taknak terima, pindah jauh2 plak tu, macam ada sesuatu je yg menyebabkan diorg nih jadi mcm tu
Quote nononcrux 6-9-2021 03:39 PM
annehuda replied at 6-9-2021 03:36 PM
aku bukan taknak berfikiran positif tapi kalau sampai keluarga pun taknak terima, pindah jauh2 pla ...

salah satu contoh terdekat adik aku sendiri.. ya ampun mmg hidup nyusahkan keluarga.. dah kawin tapi kerja on off kau rase? panas hati btl kami adik beradik dgn perangai laki bini.. kesian sbb ank dia, bukan OKU waras akal & fizikal. ntah la ssh nak ckp org mcm ni.. bukan tak tolong makin tolong makin meminta & mengharap
Quote manzilla 6-9-2021 05:16 PM
Bila rahmat Tuhan dilihat sebagai bala, dan ujian Tuhan dilihat sebagai rahmat, ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan anda, dan orang sekeliling anda. Renungkanlah.
Quote lazim 6-9-2021 05:21 PM
aku sbnrnya xcyaa lansung kalau cakap xde kj ni... kilang banyak nk pakai pekerja.. skrg ni pekerja asing xdpat masuk, mmg pekerja xckup.. tapi penglamn aku, org ssh selalunya xnk kje ssh2 drg nk bntuan je.klu aku jd family pon xsanggup tumpangkan org yg entah bila nk dpt kj ni . xpasal diri sendri bergduh laki bini gara2 tumpangkan fmily gini.. huhu
Quote Missrarara 6-9-2021 05:23 PM
Semoga baik2 aja utk mereka dan kita semua.
Quote edayildiz 6-9-2021 05:25 PM
teringat thn lps yg org tu dr negeri mana nth naik muto dtg kl sbb ank ada rawatan..pastu ada org awam tlg..
semoga abg ni dipermudahkan la segala urusan..sian ank..i rasa jgn la kawen kalau xstabil..kesian kt ank2..
ebit liew pls help

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053369 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top