CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keranda Tak Cukup Sebab Kekurangan Kayu Dan Pekerja

6-9-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3928| Komen: 21

Description: Kematian akibat Covid-19 menyebabkan permintaan keranda meningkat, tetapi pengeluarannya berkurangan berikutan kekurangan bahan mentah dan had pekerja yang dikenakan.
Kematian akibat Covid-19 menyebabkan permintaan keranda meningkat, tetapi pengeluarannya berkurangan berikutan kekurangan bahan mentah dan had pekerja yang dikenakan.


China Press melaporkan, walaupun keadaan wabak di Lembah Klang kelihatan bertambah baik, tetapi negeri-negeri lain menunjukkan trend berlainan.


Gambar hiasan

Di utara Semenanjung, kekurangan keranda berlaku agak lama walaupun keadaannya bertambah baik sejak akhir Ogos apabila kawalan pergerakan dilonggarkan.

Menurut seorang pembuat keranda, walaupun kawalan operasi kilang keranda dilonggarkan, mereka masih memerlukan dua bulan untuk menyiapkan tempahan berbanding satu bulan dalam keadaan biasa.


“Kilang keranda masih berdepan kawalan tertentu termasuk dari segi jumlah pekerja yang dibenarkan bertugas pada satu-satu hari.

“Selain itu, kami juga berdepan masalah bekalan kayu kerana sektor tersebut hanya dibenarkan beroperasi semula baru-baru ini.

“Sesetengah kayu juga perlu dijemur selama beberapa bulan sebelum boleh digunakan, jadi bekalan telah terjejas,” kata pembuat keranda itu yang menjangkakan penawaran hanya akan kembali normal pada November.

Katanya, banyak kilang yang mana pekerja belum menerima vaksinasi penuh hanya dibenarkan mempunyai 60 peratus pekerja bertugas.

Menurutnya, kilangnya dalam keadaan biasa boleh menghasilkan 1,500 keranda sebulan, tetapi jumlah itu menurun 50 peratus disebabkan kekangan pekerja dan bekalan bahan mentah.

Seorang lagi pengeluar keranda memberitahu, kekurangan itu mempunyai kaitan langsung dengan masalah membabitkan sektor perkayuan.



“Walaupun kilang kayu sudah dibenarkan beroperasi, mereka perlu tutup jika terdapat kes dilaporkan.

“Keadaan ini akan menjejaskan bekalan kayu kepada syarikat pembuatan keranda,” katanya.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 6-9-2021 12:43 PM
Bagi je la kerande plastik.  Ape masalah?
Quote glump 6-9-2021 12:50 PM
Kalau mayat tu dibakar sekali dengan keranda ke keranda tu untuk yang di kebumi ..pakai playwood cepat
Quote AyaqMeloSuam 6-9-2021 01:15 PM
Pakai ja plastik bio.. ubah trend sikit utk yg kayangan punya cust. Yg marhaen pakai plywood ja
Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:22 PM
tumpanglalu74: Bagi je la kerande plastik.  Ape masalah?


Kalau bakar, plastic cannotlah.
Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:23 PM
glump: Kalau mayat tu dibakar sekali dengan keranda ke keranda tu untuk yang di kebumi ..pakai playwood cepat


Bakar dengan keranda. Hindu bakar mayat saja.
Quote Skuau 6-9-2021 02:38 PM
"hidup pon susah...mati pon susah"-Apek pegang bendera...
Quote RatuDunia94 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?
Quote Kurex 6-9-2021 02:59 PM
Campak je mayat dekat gaung.. takkan la baby korang campak sesukahati, tetiba mayat lain korang nak hormat...
Quote edayildiz 6-9-2021 03:12 PM
Edited by edayildiz at 6-9-2021 03:13 PM

cuba tkr bakar tanpa keranda..bungkus kain putih lapik atas besi cmtu mcm dlm oven tu.. keranda ni mhl jgk kan..kalau yg ssh camno ?

mcm hindu letak unggun kayu dlm cite tamil yg i tgk..irl xpnh tgk lg..tp ayh lec aritu kristian dorg bwk masuk keranda mahal tu  dlm kubur..
Quote JohnyEnglish 6-9-2021 03:17 PM
Cina musti mau keranda mahal baru mati dl kelas yg tersendiri
Quote lwyl 6-9-2021 03:25 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?

Tak ada beza pun.
Quote nononcrux 6-9-2021 03:34 PM
LadyCarefree replied at 6-9-2021 01:22 PM
Kalau bakar, plastic cannotlah.

Nak tanye.. cina & india mati covid ni mmg tak umum mcm melayu punya kebumian eh
Quote LadyCarefree 6-9-2021 05:53 PM
Edited by LadyCarefree at 6-9-2021 04:55 PM
nononcrux replied at 6-9-2021 02:34 PM
Nak tanye.. cina & india mati covid ni mmg tak umum mcm melayu punya kebumian eh


Maksud awak?

Umum macam mana tu? Orang Melayu siapa umum?
Quote LadyCarefree 6-9-2021 05:57 PM
edayildiz replied at 6-9-2021 02:12 PM
cuba tkr bakar tanpa keranda..bungkus kain putih lapik atas besi cmtu mcm dlm oven tu.. keranda ni m ...


Kalau kain mahal, orang Cina cakap pakailah daun pisang bungkus mayat. Tu adat mereka kot. Keranda macam mana. Kalau diorang sendiri ubah takpe la.

India memang bakar mayat je tadok keranda dibakar.
Quote samperit 6-9-2021 06:00 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?

Dari segi kos beza. Utk yg mampu deorg selalu tanam dan lot tu mahal. Tgk dkt mana ditanam. Kalau tak mampu bakar, abu tu simpan.
Quote nononcrux 7-9-2021 11:04 AM
LadyCarefree replied at 6-9-2021 05:53 PM
Maksud awak?

Umum macam mana tu? Orang Melayu siapa umum?

maksud umum tu, yang diviralkan.. kebanyakan semua perkuburan islam
Quote LadyCarefree 7-9-2021 11:11 AM
Edited by LadyCarefree at 7-9-2021 03:27 PM
nononcrux replied at 7-9-2021 10:04 AM
maksud umum tu, yang diviralkan.. kebanyakan semua perkuburan islam


Dah melayu yg sibuk viralkan, videokan, etc. Melayu juga majoriti netizen kat msia. Also maybe sebab kita tak baca medsos bangsa lain . Kdg I nampak bangsa lain komen kat akaun pasal icu atau hospital sesak dan mereka sebut bapa atau mak ke ahli keluatga meninggal tapi bila nak stalk samada private atau kat akaun dia tak ada pun gambar proses pengkebumian atau gambar kubur.
Quote nononcrux 7-9-2021 11:14 AM
LadyCarefree replied at 7-9-2021 11:11 AM
Dah melayu yg sibuk viralkan, videokan, etc. Melayu juga majoriti netizen kat msia. Also maybe seb ...

kan.. itu yang buat melayu ni berlebih-lebih, aku tengok india & cina pon masih jaga lagi.
Quote Skuau 7-9-2021 11:18 AM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?


yg dibakar...jadi abu...yg ditanam..lelama mereput....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.060360 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top