CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Lambat Bertindak, Penduduk Rosakkan Masjid Ajaran Sesat

6-9-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2152| Komen: 1

Description: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ganas termasuk kepada jemaah Ahmadiyah yang dilabel sebagai ajaran sesat.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ganas termasuk kepada jemaah Ahmadiyah yang dilabel sebagai ajaran sesat. 

Ketua Bidang Pengajian dan Penelitian MUI, Prof. Utang Ranuwijaya berkata, penduduk di Sintang khususnya tidak boleh mengambil tindakan semberono walaupun jemaah itu tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti pengajian atau dakwah.



 
Kredit foto: Kompas

Jelasnya, penduduk hendaklah melaporkan sebarang kegiatan ajaran sesat kepada MUI dan pihak polis, lapor Detik.com.  

“Kita tidak boleh membenarkan sama sekali tindakan merosakkan sesebuah binaan yang dilakukan penduduk. 

“Saya juga meminta polis terus mengawasi segala kegiatan Jemaah Ahmadiyah yang jelas melanggar arahan menteri. Jangan sampai berlaku lagi tindakan masyarakat yang mengambil tindakan akibat pihak polis lambat bergerak,” katanya. 


Beliau mengulas mengenai insiden melibatkan ratusan penduduk di Sintang, Jawa Barat yang mahu membakar masjid di kawasan itu, baru-baru ini.  

Tindakan itu dilakukan apabila masjid itu didapati masih dibenarkan beroperasi melibatkan ajaran sesat, Jemaah Ahmadiyah. 



Menurut Utang, peristiwa itu merupakan masalah sensitif kerana Indonesia adalah negara yang melindungi hak asasi penduduknya. 

Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas menegaskan insiden merosakkan harta benda dan rumah ibadah yang berlaku di Masjid Ahmadiyah jelas melanggar undang-undang.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 6-9-2021 03:18 PM
Ni ajaran Qadiani kat Malaysia kan? Kedai makan dekat Tangling yg femes tu pernah dikaitkan dgn ajaran tersebut.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.155196 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top