CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Pelajar Diganggu Dua Lelaki 'Psiko', Siap Diekori Masa Nak Balik!

6-9-2021 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4750| Komen: 25

Description: Dua pelajar wanita berdepan detik cemas apabila diganggu dua lelaki psiko ketika sedang beriadah di kawasan awam semalam.
Dua pelajar wanita berdepan detik cemas apabila diganggu dua lelaki psiko ketika sedang beriadah di kawasan awam semalam.

Kejadian itu dilaporkan menerusi satu perkongsian video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh salah seorang mangsa dikenali @nrkhaizatulll.


Kredit foto: TikTok

Video itu merakamkan detik mereka diganggu dua orang lelaki terbabit.

Katanya, salah seorang lelaki terbabit menganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah selain tidak mahu beredar dari kawasan berkenaan walaupun disuruh berbuat demikian.


“Tengah seronok merakam tiba-tiba ada orang datang kacau kami, mereka siap tanya alamat rumah, sumpah rasa takut sebab mereka psiko,” katanya.

Tambahnya lagi, mereka turut diekori lelaki tersebut serta terpaksa memecut motosikal dengan laju ketika mahu pulang ke rumah.



Ramai pengguna menasihati mereka melaporkan kejadian kepada polis kerana seram dengan tingkah dua lelaki terbabit.





Susulan kejadian itu, pelajar berkenaan turut membuat laporan polis  selepas mendapat nasihat orang ramai. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 6-9-2021 03:01 PM
bapak siapalah tu? memalukan betul. bukannya tak ada cara lain nak lepaskan nafsu. apps cari pelacur bukan main banyak kan?
Quote becir 6-9-2021 03:04 PM
Jenis jantan tak pernah tengok pempuan..if u see women by themselves, u leave them alone.
Quote lyshafull 6-9-2021 03:10 PM
Boosaan betul jejans melayu ni yg sangap nie nnti mula la ase certain nets yg salahkan budk pompuan ni
Quote Lula2 6-9-2021 03:24 PM
Pasti akan ada victim blaming. Menyampah aku.
Quote felinecat 6-9-2021 04:04 PM
Lelaki akal pendek.. Xleh nak fikir ke kalau anak sendiri, the ade jantan xgune mcm ko mengacau anak ko, mesti lah ko marah juga kan
Quote Matakilat 6-9-2021 04:06 PM
Urine sekali tgk sangkut ke tak... Muke pun lain macam je jate tu
Quote nononcrux 6-9-2021 04:10 PM
tempat awam kot bukan tempat cari jodoh.. bodo btl jntan mcm ni sangap sgt ke? buat org tak selesa, ni la jenis jantan nampak sexy siket tahu nak blame hakikatnya, perangai sendri mengalahkan bewak lacoste
Quote violetungu 6-9-2021 04:49 PM
Benci nya jumpa jantan xguna camni.. memang jantan melayu mcm ni ek?? aku pernah jgk kn camni dulu2 la zmn ank dara.. memang dasar x malu.konfiden hensem tu xtahan!!!
Quote jerukkedondong 6-9-2021 05:15 PM
Tak de kerja ke..kulu kilir kacau anak dara orang...ntah2 laki orang dah kawin bini kat rumah terkial2 masak jaga anak lagi...
Kesian kau setan
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 09:00 PM
jejant bewok meleis
ughhh nothing new under the sun
memang nak kena bawak paranggggg hentak ke meja baru nak berammm agaknya
vodohhhh punya totey 2b
tak pernah tengok fomfuan ke??
Quote edayildiz 6-9-2021 09:16 PM
euwww bnyi mcm yindon..mcm mgu lps i ngn adik i kt parking keta..ada jantan gedikk..ko hengat ko hnsem..i dk tgu dlm keta..si pig tu dk senyum2..mcm kesah pulak la kitorg nk melayan
Quote Fortiori02 6-9-2021 10:50 PM
Hamboi bkn main ye jejantans tu, apa bini kat umah tu x cukup lg ke...
Quote eyansss 6-9-2021 10:52 PM
kalau diekori macam ni, jangan sesekali balik rumah terus…  sila pegi ke balas polis berdekatan supaya dia taktau rumah kita kat mana n polis boleh escort balik ke rumah…
Quote tumpanglalu74 6-9-2021 10:55 PM
Aku nak cakap ye.  Dorang ingat dorang kebal ke?  Datang 4-5 orang karang angkot dalam van baru tau..  Bodow punye bitch kecik.

Dengor sora pon tau pendatang asing.
Quote Fly_over 6-9-2021 11:35 PM
comel budak2 tu
Quote justwoman 6-9-2021 11:49 PM
Laaaa...ada lagi ngorat stail gini ye...aku igt zaman aku jer sokmo kna gini...
Dah tahun 2021 kot...hehehhehe
Quote I.K.A888990 7-9-2021 02:13 AM
bagus dik buat report polis
biar tangkap setan 2 ekor tu
takut buat onar pulak kat mangsa lain
Quote aderaderker 7-9-2021 07:14 AM
Orang suruh follow tik tok, ko follow balik rumah dah nape jantanz- kata dak2 tik tok.
Quote taji2906 7-9-2021 08:37 AM
ni bini kat umah tau abis la.. repot kat bini sama level menakutkan dgn repot polis. hahaha
ada jgk gaya mcmni lg yek? zaman dulu2 yelah.

aku kalau run, yg usha2 ni laki mcm kelempuk ada la. hahah.. hampeh tul. kalau awek cuma 2-3 kali je yg ada. sikit benor..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.339985 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top