CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liek Hou Mahu Kongsi Rezeki, Sedekah Sebahagian Ganjaran RM1.1 Juta

6-9-2021 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3704| Komen: 21

Description: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta, bersama insan yang memerlukan.
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berhasrat mahu berkongsi rezeki selepas menerima ganjaran RM 1 juta bersama insan yang memerlukan.

Liek Hou berkata, itu perkara pertama yang akan dilakukan sebaik menerima ganjaran tersebut seperti dijanjikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) susulan kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Sabtu lalu.


Kredit foto: Utusan/Tokyo 2020

Pemain berusia 33 tahun itu berkata, dia memang sudah merancang untuk melakukan amal kebajikan menggunakan sebahagian daripada insentif berkenaan.

"Saya akan beri bantuan kepada mana-mana rumah kebajikan yang memerlukan menggunakan sebahagian daripada ganjaran itu.

“Ini sesuatu yang memang saya sudah lama rancang, saya percaya dalam rezeki saya, ada juga rezeki orang lain," katanya kepada BH Sukan.

Selain ganjaran RM1 juta daripada SHAKAM, Liek Hou juga akan menerima insentif tambahan sebanyak RM100,000 daripada FWD Takaful.

Liek Hou yang berasal dari Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik.


Kredit foto: Bernama

Dia yang beraksi bagi kategori SU5 muncul juara selepas menumbangkan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 pada aksi final di Stadium Kebangsaan Yoyogi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 6-9-2021 02:37 PM
Jap2. Gov bayar lump sum ke duit RM1 juta tu? Kenapa x jadikan dlm bentuk wang persaraan ke atau bayaran setiap bulan ke.. unless heols nk beli rumah or kereta baru gov bg lebih. Bukan apa scammer, sedara mara jauh sedang memerhati
Quote LadyCarefree 6-9-2021 03:01 PM
Alhamdulillah. Mulia hatinya.
Quote becir 6-9-2021 03:02 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:37 PM
Jap2. Gov bayar lump sum ke duit RM1 juta tu? Kenapa x jadikan dlm bentuk wang persaraan ke atau bay ...

Betul tu..opportunists di mana2 je..
Quote JohnyEnglish 6-9-2021 03:14 PM
Bakalan Datuk ke ni?
Quote isbritneybich 6-9-2021 03:16 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:37 PM
Jap2. Gov bayar lump sum ke duit RM1 juta tu? Kenapa x jadikan dlm bentuk wang persaraan ke atau bay ...

a dollar today is worth more than a dollar tomorrow
Quote mbhcsf 6-9-2021 03:17 PM
well done, jasamu dikenang, kebaikan atas kebaikan baguslah.
Quote blekkep 6-9-2021 03:18 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:37 PM
Jap2. Gov bayar lump sum ke duit RM1 juta tu? Kenapa x jadikan dlm bentuk wang persaraan ke atau bay ...

duit pencen pun dpt gak..5k sbulan kalo gold medal
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 08:56 PM
woww bagus
Quote ChildrenOfBodom 6-9-2021 10:15 PM


Liek Hou yang berasal dari Kuala Lumpur mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi emas dalam sukan itu di Paralimpik



cipta sejarah ka kalau badminton baru pertama kali dipertandingkan di paralimpik?
Quote Fortiori02 6-9-2021 10:51 PM
Attitude yg patut dipuji, syabas !!
Quote Catpaw 6-9-2021 11:24 PM
Ramai nak menempel tu
Quote edayildiz 6-9-2021 11:32 PM
baiknya dia.

Quote Potpouri 6-9-2021 11:33 PM
Baiknya dia.
Quote I.K.A888990 7-9-2021 02:14 AM
salute kat abg
semoga dia dpt byj rezeki.lps nj
Quote dua_chzy 7-9-2021 05:11 PM
ChildrenOfBodom replied at 6-9-2021 10:15 PM
cipta sejarah ka kalau badminton baru pertama kali dipertandingkan di paralimpik?


Bukan ke dah lama? Sebab ada cikgu OKU daerah aku, dah 2 kali pi para para sakura?
Quote ChildrenOfBodom 7-9-2021 05:16 PM
dua_chzy replied at 7-9-2021 05:11 PM
Bukan ke dah lama? Sebab ada cikgu OKU daerah aku, dah 2 kali pi para para sakura?

first time sis

https://en.wikipedia.org/wiki/Badminton_at_the_Summer_Paralympics
Quote zie_indah 8-9-2021 02:21 AM
Tahniah ats kemenangan anda
Quote MsOren 8-9-2021 03:02 AM
Bagus dia ni, ada duit lebihhh dia nak sedekah skitt kat ngo tp baik2 jgn derma kattt yg mcm yayasannn akall budiiii, habissss owner yayasan guna sendiri.
Quote 3chanceno 8-9-2021 08:05 AM
Tahniah & so awesome nak dermakan sebahagian duit kemenangannya dgn orang lain...ini baru dikatakan, Sharing is Caring

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top