CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tangkap Gambar Berdua Rapat-Rapat, Iman Troye Kekasih Syabil?

6-9-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7868| Komen: 27

Description: Tindakan penyanyi baharu Syabil memuat naik foto bersama Iman Troye di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen.
Tindakan penyanyi baharu Syabil memuat naik foto bersama Iman Troye di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen.

Kemesraan mereka berdua menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada yang menyangka Syabil atau nama sebenar Muhammad Syabil Iman Zulkufli, 20, merupakan kekasih penyanyi lagu Teman itu.

Menafikan tentang gosip itu, Syabil berkata dia dan Iman berkawan baik dan sudah menganggap penyanyi berusia 18 tahun itu seperti adiknya sendiri.


Foto: IG

"Ya saya memang rapat dengan Iman tapi bukan ada hubungan istimewa pun, hanya kawan sahaja tak lebih dari itu... saya pun dah anggap dia macam adik.


"Kami kenal sejak dua tahun lalu dan selesa berkawan. Iman dan saya memiliki perangai yang sama... kami berdua gila-gila. Foto yang saya kongsi di Instagram itu kerana memenuhi permintaan pengikut yang mahu tahu siapa penyanyi yang saya ingin berduet.

"Jadi saya tunjuklah gambar dengan Iman. Cumanya buat masa ini belum ada lagi perancangan itu, tapi saya okay sahaja jika satu hari nanti dapat bergandingan dengan Iman.

"Dia seorang penyanyi yang hebat, semestinya saya teruja jika dapat bekerjasama dalam satu lagu," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, menerusi Instagram, Syabil memberitahu dia memilih Iman Troye sebagai rakan duetnya dalam lagu akan datang.

Namun, lain pula jadinya apabila ada pengikut berpendapat Iman bukan sahaja sesuai bergandingan dalam lagu, malah mereka juga serasi jika menjadi pasangan kekasih.

Dalam perkembangan lain, Syabil kini sedang giat mempromosikan single keduanya berjudul L.O.V.E.



“Alhamdulillah buat masa ini lagu L.O.V.E mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai lapisan pendengar. Ini kerana muzik lagu ini sangat segar selain mengikut citarasa pada masa kini.

"Sebenarnya lagu ini saya ilhamkan daripada lagu Let Me Love You nyanyian Justin Bieber yang bagi saya sangat realistik. Pendekatannya dalam lagu terbabit sesuai dengan apa yang saya mahukan dalam lagu L.O.V.E.

"Melodinya yang bagi saya cukup bertepatan dengan mood lagu serta cerita pada setiap bait-bait liriknya. Terus-terang, saya memang sangat berpuas hati dengan penghasilan lagu ini," katanya.



Mengimbau kembali cabaran semasa proses rakaman, Syabil berkata segala usaha yang dilakukan itu memberikan hasil yang memuaskan seperti diharapkan.

"Keseluruhan pembikinannya cukup menyeronokkan namun tidak ketinggalan ada juga cabaran sukar yang saya alami. Ada beberapa bahagian yang saya perlu berikan usaha keras untuk memastikan ia menjadi.

"Ada juga perlaku perubahan saat akhir pada bahagian lirik dan melodi sewaktu baru memulakan rakaman.

"Tapi saya anggap cabaran itu menmberikan saya lebih pengalaman untuk meneruskan karier dan menambah semangat saya untuk bergelar seorang penghibur,” katanya.



Sebelum ini, Syabil pernah menganggotai kumpulan The Five Music yang pernah tampil dengan lagu berjudul Iman Mutiara 2020.

Dia juga pernah muncul dengan single berjudul Terguris pada November 2020.

L.O.V.E boleh didengari menerusi semua platform digital dan saluran YouTube Syabil Zulkufli. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mummydarling 6-9-2021 12:08 PM
entahla ko dik muke rempit naw. kalau tak sebab filter kelabu asap agaknye ko dik
Quote silampumeja 6-9-2021 12:10 PM
Apooo kepala besar... Huhuhuuu...
Quote dua_chzy 6-9-2021 12:12 PM
Body language si tino gitu kompom geletiskan teruna di sebelahnya. Jantan macam biasa. Kontrol macho buat lek2.
Quote Buritan 6-9-2021 12:14 PM
dua_chzy replied at 6-9-2021 12:12 PM
Body language si tino gitu kompom geletiskan teruna di sebelahnya. Jantan macam biasa. Kontrol macho ...

Laki aku pung minat si iman ni.. asyik duk psg lagu ape jadah tuu.. satu lg suke dengo lagu bella raye.. aku ayo yooo
Quote MissVixen 6-9-2021 12:19 PM
Indon mana ni?
Quote kiah_mai_pulak 6-9-2021 12:49 PM
sama menggeletis kembar dua ekor ni. troye n vida. yihhhhhhh.. troye dh buat ujian kesuburan belum?? kembar ko dh buat dh
Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:24 PM
Buritan: Laki aku pung minat si iman ni.. asyik duk psg lagu ape jadah tuu.. satu lg suke dengo lagu bella raye.. aku ayo yooo


Hadoi taste laki hang. Takpela asal bahagia.
Quote mawarkhayalan99 6-9-2021 02:17 PM
tak kenal sapo laki ni. awat muka si troye dalam gambar kat atas macam muka org tua
Quote RatuDunia94 6-9-2021 02:54 PM
Boleh pancut ke kalau main ni?
Quote lyshafull 6-9-2021 03:00 PM
Filter teruks sgt depan2 xde laaa putih mcm tu
Quote c_apple 6-9-2021 04:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 6-9-2021 12:49 PM
sama menggeletis kembar dua ekor ni. troye n vida. yihhhhhhh.. troye dh buat ujian kesuburan belum?? ...

Hahahaha
Hadoiii berdekah2 aku gelak komen ko
Quote imanjannah 6-9-2021 04:36 PM
darjah berapa budak ni
Quote dekmieDandy 6-9-2021 05:33 PM
nak terjeluak nasi makan tadi

Quote TomyamPuteh 6-9-2021 05:40 PM
Comel Syabil ni. Kata@Kurex.
Quote uori 6-9-2021 05:44 PM
muka gini kalo kat China dah kena ban dah ni
Quote dudaberhias 6-9-2021 05:48 PM
ok la comel jugak la dedua ni...

jap nak kutuk ke nak kecam... yang herlok selalunya kita kena puji kan... tak herlok macam ali puteh, tauke jambu dan shuk tu kita kena kecam...

bagi iols masa jap... jap lagi iols masuk balik untuk buat pilihan...
Quote dudaberhias 6-9-2021 05:50 PM
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:54 PM
Boleh pancut ke kalau main ni?

rasanya tak silap iols kaka... umo2 gini la kuat yakmat menembak...siap boleh jadikan senjata gittew halau2 anjing... boleh tarik2 buat tali lagi untuk turunkan peti ais dari atas rumah untuk sesi kambus mengambus...
Quote bankerpencen 6-9-2021 06:18 PM
Dua dua muka desa nan permai pada mata iols. Comel la juga... nampak sepadan
Quote miu84 6-9-2021 06:44 PM
Dek, gambar hulurkan tangan tu sebab nak mintak penampar ke

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.206012 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top