CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Main Sakan Jumpa Anak Cucu- Khaty Fuziah Dikecam Rentas Negeri Dari Melaka Ke Selangor

6-9-2021 12:04 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15178| Komen: 86|Original author: Oleh: Saiful

Description: Khaty Fuziah menerima kecaman hebat selepas berkongsi gambar bersama anak, menantu dan cucu selepas beberapa bulan tak bertemu.
Khaty Fuziah menerima kecaman hebat selepas berkongsi gambar bersama anak, menantu dan cucu selepas beberapa bulan tak bertemu.

Ramai yang tak puas hati sebab Khaty didakwa rentas negeri dari Melaka ke Selangor.


Sedar dirinya dihentam, Khaty tampil memberikan penjelasan. Katanya dia terpaksa ke Selangor atas urusan kesihatan.


Foto: IG

Khaty kata dia baru je buat pembedahan jantung tiga bulan lepas dan bermalam di rumah Sam kerana perlu ke IJN untuk rawatan susulan.

"Saya sebenarnya tidak payah buktikan apa-apa di sini berkenaan dengan peristiwa semalam yang menjadikan sebahagian daripada anda semua bertelagah sehingga melemparkan berbagai sindiran.


"Saya dan suami yang merentas negeri. Anak-anak semua tinggal di persekitaran daerah yang sama di Selangor. Sejak PKP kami juga macam anda, tak dapat berjumpa.

"Kalau anda memang ikhlas mengikuti perkembangan saya dan family, tentu anda tahu saya baru menjalani prosedur jantung tiga bulan yang lalu. Tentulah saya perlu ke IJN untuk buat susulan.

"Saya kena bermalam di rumah anak yang ada anak ramai. Untuk masuk ke rumahnya saya dan suami kena tunggu 15 minit baru dapat masuk setelah diswab dan sebagainya... ikut SOP."



Khaty juga ada berkongsi rekod perubatan yang tertera tarikh temujanji.

Dalam masa yang sama pelakon ini sempat meminta maaf.

"Untuk pengetahuan anda semua, ketika saya buat prosedur jantung yang sangat serius masa tu anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu tidak langsung dapat melawat saya sehinggalah saya balik ke Melaka sebab kami patuh pada SOP.

"Anda dapat bayangkan tak kalaulah prosedur jantung saya gagal ketika itu? Saya dan keluarga saya langsung tidak dapat bersama atau berjumpa.



"Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang, belajar berbahasa elok supaya bangsa kita dihormati. Saya dan keluarga juga hanya manusia biasa, kalau silap dan salah harap dimaafkan sahaja."

Lain kali tak payahlah nak muat naik gambar begitu, buat rakyat sakit hati je sebab masing-masing dah lama tak jumpa keluarga. Tak gitu? -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-9-2021 12:08 PM
Ko garit letak gambo buat hape.. bodo simpan skit
Quote evlinne 6-9-2021 12:13 PM
Nak jumpa senyap2 xyahlah upload gambar
Batak socmed camnilah
Orang lain pun ramai gak langgar sop mcm ko ni tapi antara upload atau tidak je
Quote kaseh80 6-9-2021 12:15 PM
Lain kali jgn up kat soc media
Quote Kurex 6-9-2021 12:15 PM
Kepamnya sam.. sekejap melvins muka tua sebelum usia
Quote Suchi 6-9-2021 12:19 PM
Ya acik, jgnla upload k.


Syukurlah dapat jumpa anak2 sebab kebetulan ada tca kat ijn tp jgn upload yaa
Kita takleh kawal apa yg org akan ckp pasal kita tapi kita boleh kawal diri kita daripada buat menda2 yg boleh mengundang org mengata kita.
So terserah kamu laaa awak dhla sakit jantung kang stress plak membaca komen2 org.
So baik jgn upload la menda2 yg mengundang gini.
Quote TomyamPuteh 6-9-2021 12:23 PM
Bukan kata retis, mak retis pun tumpang bodo sekali.
Quote awanearisu 6-9-2021 12:25 PM
Maklumat MyKad tu. Bahaya kongsikan.
Quote helicornia 6-9-2021 12:31 PM
bodonya.salah sendiri sume nak share. pastu jd keje plak nk justify siap tunjuk apoinmen segala
Quote misuke 6-9-2021 12:40 PM
Lain kali letak siap2 kad apoimen segala tu..memang mengundang kecaman la
Quote Nham22 6-9-2021 12:46 PM
Kdg2x bila dh terbiase share semue bende kat socmed dgn caption ugama..."Allah itu.. Allah ini...." kite lupe yg kite sedang mengundang....

Ramai yg terlalu taksub nak share semue bende kat socmed... Sampai sesuatu yg diupload itu mmg tujuan nye mengundang...

Sbb kalau ikut akal fikiran waras.. Boleh berfikir baik buruk ketaksuban kite mengupload ape2x saja2x di socmed...
Quote tokchik 6-9-2021 12:53 PM
Bila dia ni bersuami baru?
Ke Aku Yang Selma ni ingt dia janda?


Sejak bila dok melaka
Quote seri_melati 6-9-2021 01:19 PM
dah share ke umum mmg la mintak kena kecam..share je la gamba dalam whatsapp group family, xde la kami terasa hati
Quote harkktuih 6-9-2021 01:24 PM
motip acik share no IC segala bagai? tu sbb org ckp org tua2 toksah main socmed..
Quote haruslah 6-9-2021 01:27 PM
Netizen berani kecam retis je
Tu pun pilih2
Kalau sedara sendri buat netizen mampu kecam dlm hati jer...xpun masuk porum
Quote ezacbee 6-9-2021 01:28 PM
Begitu detailnya.
Siap no IC lagi.

Xpuas simpan gambo dlm hp, mestilah nak letak kat socmed.

Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:40 PM
"Belajarlah menjaga hati dan perasaan orang"

Ko tu kemain tayang makan besar setelah rentas negeri boleh pulak?

Kalau ikut sop betul prihatin sangat, ko dan suami duduklah hotel. Buat apa duduk rumah anak yang ada anak ramai? Meningkatkan risiko.

Swab tu siapa yg buat? Tiap kali keluar masuk ke swab? Biar betul.

Gasakko la kan tapi cakap biar elok. LoLLLL
Quote tipah89 6-9-2021 01:42 PM
lain  kali senyap2 jela takyah hapdate makcik
Quote naina 6-9-2021 01:43 PM
Takyah tayang makcik..banyak hati kena jaga. Berjuta orang tak dapat rentas lagi jumpa mak bapak siap tak sempat. Aku jumpa mak bapak aku jugak Sebb 1 daerah..adik beradik pun ada sambut besday bapak Ritu. Tapi xdelah nak uploud.
Quote dejure 6-9-2021 01:47 PM
ezacbee replied at 6-9-2021 01:28 PM
Begitu detailnya.
Siap no IC lagi.


Biasalah orang2 tua yg upload..Mna dia tahu nk edit2 ni semua

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058241 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top