CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Teruja Dapat Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor

6-9-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3510| Komen: 3

Description: Aktres popular Fazura menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Aktres popular Fazura menzahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.


Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 37, dalam InstaStory miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menunjukkan dia menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.


Foto: IG

Dalam kad yang dikirim, tertulis ucapan terima kasih daripada Permasuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.


“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.

Mengagumi keperibadian baginda , Fazura menitipkan ucapan terima kasih buat atas beberapa hadiah yang dikirimkan kepadanya.

“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin.

“Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.

“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.


Kredit foto: IG


Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan alasan kiriman Permasuri Selangor buat dirinya.

Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isteri juga pernah mencuri tumpuan ramai apabila menerima bungkusan hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Ogos lalu.-CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyaTonggek 6-9-2021 04:25 PM
wahh! untunglaa mommy fatima dpt duit syiling emas dr permaisuri selangor...dr si ehem2 cakar yestana tayang tulang ayam
Quote friedfishsoup 6-9-2021 04:28 PM
https://mforum.cari.com.my/forum ... 270060&mobile=2

Thread dah ada.
Quote makcun14 6-9-2021 04:40 PM
Permaisuri selangor memang humble orangnya Dan murah dengan senyuman. Masa buat special appearance kat rtm dia tak galak pun masa outro nak  bahasakan diri dia Saya Permaisuri Selangor... cukup dengan "saya norashikin abdul rahman"

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.120674 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top