CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Nak Lebar Sayap Ke Luar Negara, TMJ Tak Masuk Campur

6-9-2021 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2375| Komen: 4

Description: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan dirinya tidak terbabit dalam sebarang urusan jika ada antara pemainnya yang mahu melebarkan sayap ke luar negara.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan dirinya tidak terbabit dalam sebarang urusan jika ada antara pemainnya yang mahu melebarkan sayap ke luar negara.


Sebaliknya, ia terpulang kepada kehendak pemain itu sendiri sekiranya bercita-cita untuk meraih pengalaman bersama kelab lain di luar sana.

Katanya, beliau hanya menjaga dan menguruskan JDT agar sentiasa berada pada tahap terbaik setiap musim.



Foto: Bernama
"Saya hanya jaga kelab dan kepentingan kelab. Pemain nak berhijrah atau tidak itu keputusan dan pilihan mereka," tulis Tunku Ismail ketika menjawab pertanyaan peminat di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan muncul antara kelab paling aktif menghantar pemain kelab terbabit ke luar negara sama ada untuk menjalani latihan mahupun dipinjamkan.


Antara pemain yang pernah dihantar ke Eropah untuk menjalani latihan seperti Gary Steven Robbat pada 2015 apabila dia berlatih selama tiga bulan di Jerman bersama kelab, Borussia Dortmund.

Juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu turut giat meminjamkan pemain dengan kelab-kelab Eropah dan juga sekitar Asia seperti Dominic Tan di Liga Thailand (Police Tero), Liridon Krasniqi yang akan bermain di Liga India (Odisha FC) dalam masa terdekat ini.

Selain itu, Safawi Rasid juga pernah dihantar ke Liga Portugal untuk bersama Portimonense SC pada September hingga Disember tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 6-9-2021 05:20 PM
ampun tuanku
berapa umo baginda ni..mls nk gugel..tp wifey baginda thn 93
Quote Daftpunk_shine 6-9-2021 08:17 PM
edayildiz: ampun tuankuberapa umo baginda ni..mls nk gugel..tp wifey baginda thn 93

Uiks, muda nya biji dia
Quote Fortiori02 6-9-2021 09:17 PM
edayildiz: ampun tuankuberapa umo baginda ni..mls nk gugel..tp wifey baginda thn 93

Iols cam penah terbaca dia lahir 1984. Muda lg uols..
Quote PEPPERMAN 6-9-2021 09:51 PM
tolong la rekomenkan kat Peter LIm, dapat gak tengok pemain malaysia di La Liga

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060986 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top