CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 1

Rumah Ronald Mcdonald Dapat Sumbangan Dari Azizulhasni, Muqharabbin

[Copy link]
Post time 6-9-2021 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan penjelajah Grand Slam Negara Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyerahkan sumbangan kepada keluarga transit di Rumah Ronald McDonald terbaharu di Hospital Tunku Azizah.




Kredit foto: IG Muqharabbin




Antara disumbangkan termasuk katil ceragem, makanan dan lampin pakai buang dewasa yang diserahkan kepada pengurus rumah transit terbabit iaitu Wan Siti Fikriah Wan Ismail.


"Sayu hati saya apabila melihat adik Jannah dan Arisya yang mengidap kanser tahap empat. Saya hanya mampu berdoa agar Allah sembuhkan sakit yang dialami dan meminta agar keluarganya dapat menghadapi dugaan ini dengan cekal," katanya.




  



Sementara itu, Muhamad Muqharabbin yang juga Pengerusi Biro Sukan Pemuda Umno berkata, pihaknya akan terus menyumbang bantuan sedemikian kepada mereka yang memerlukan mengikut kemampuan.




  



Wan Siti Fikriah pula merakamkan penghargaan kepada Mohd Azizulhasni dan Muhamad Muqharabbin kerana sudi membantu keluarga dan anak-anak kecil yang mengalami dugaan besar.


"Hari ini terdapat dua keluarga yang menginap di sini untuk membawa anak mereka menjalani rawatan kemoterapi.


"Jadi, tempat ini akan menjadi tempat tidur dan rehat bagi keluarga pesakit sementara menunggu anak mereka selesai berjumpa doktor," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Katil Ceragem ni bukan scam ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.424252 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list