CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tanpa Kopi, Saya Tak Akan Jadi Juara Olimpik' - Sifan Hassan

4-8-2021 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2776| Komen: 10

Description: Atlet Belanda, Sifan Hassan berterima kasih kepada minuman kafein setelah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertamanya dalam jarak 5,000 meter semalam.
Atlet Belanda, Sifan Hassan berterima kasih kepada minuman kafein setelah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertamanya dalam jarak 5,000 meter semalam.

Usaha Hassan berhasil setelah bertanding dalam acara 1500m, 5,000m dan 10,000m di Olimpik Tokyo 2020.



Kredit foto: Getty

Atlet kelahiran Ethiopia ini berjaya membawa pulang pingat emas dalam pusingan terakhir dengan catatan 14 minit 36.79 saat.

Dia juga mengakui memerlukan sedikit bantuan untuk membawanya ke garisan penamat.

“Tanpa kopi, saya tidak akan pernah menjadi juara Olimpik,” katanya dengan nada gurauan.

Kopi juga membantunya untuk terus segar kerana dia berlari dalam enam perlumbaan jarak tengah-jarak jauh dalam tempoh lapan hari.

Acara olahraga tersebut melihat Hassan bangkit di acara 1500m selepas jatuh sebelum menamatkan sesi kelayakan di tempat pertama.


“Saya tidak boleh mempercayainya. Sungguh mengerikan ketika saya terjatuh. Selepas saya jatuh dan terpaksa bangkit, saya berasa seperti menggunakan banyak tenaga. Saya tidak percaya perasaan di kaki saya. Semua tenaga seolah-olah meninggalkan saya.

“Saya sangat penat. Tanpa kopi, saya tidak akan menjadi juara Olimpik. Saya memerlukan semua kafein,” katanya.



Pingat emas akhirnya menjadi milik Hassan dan juara dunia dua kali dari Kenya, Hellen Obiri, meraih perak (14:38.36), serta wakil Ethiopia, Gudaf Tsegay, meraih gangsa.


Sumber: Stadium Astro/Era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-8-2021 05:32 PM
Nada gurauan yang membawa kepada syirik.
Quote MissyMolly 4-8-2021 06:00 PM
Kurus sgt{:run
Quote midori_katana 4-8-2021 06:28 PM
MissyMolly: Kurus sgt{:run

Hat lari jarak jauh ni mmg kurang lemak dan otot..
Quote Mulotkoyak 4-8-2021 07:51 PM
Belibis: Nada gurauan yang membawa kepada syirik.

Sughra ke kubra??? {:handsome
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 10:31 PM
kopi lerrr pulakk
Quote I.K.A888990 4-8-2021 11:43 PM
nasib kopi jgn benda yg lain pulak
tahniah menang
Quote supernaturalee 5-8-2021 01:27 AM
Kopi che nah ke kopi che ta

Iols suka kopi yg dlm kapsul tu
Tp mahal bebenor
Nescafe je lh yg lbh ekonomi


Quote neo_5050 5-8-2021 01:42 AM
supernaturalee replied at 5-8-2021 01:27 AM
Kopi che nah ke kopi che ta

Iols suka kopi yg dlm kapsul tu

mungkin tak nanti ada ummah claim dengan bantuan kopi luwak?
Quote supernaturalee 5-8-2021 08:55 AM
neo_5050 replied at 5-8-2021 01:42 AM
mungkin tak nanti ada ummah claim dengan bantuan kopi luwak?

Ye lh

Bangsa claimers x de nk claim pape ke




Quote biozipstar 6-8-2021 01:27 PM
kopi apa minum... islam ke tak.. kalau x islam, sukati kau nak cakap centu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.056589 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top