CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi 30 Telefon Bimbit Lepas Rempuh Pintu Kaca Dengan Forklift

4-8-2021 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1812| Komen: 9

Description: Seorang penjenayah nekad memecah masuk sebuah pasar raya dengan melanggar pintu kaca premis menggunakan jentera pengangkut barang atau 'forklift' sebelum melarikan 30 telefon bimbit dalam kejadian di ...
Seorang penjenayah nekad memecah masuk sebuah pasar raya dengan melanggar pintu kaca premis menggunakan jentera pengangkut barang atau 'forklift' sebelum melarikan 30 telefon bimbit dalam kejadian di Kompleks Tok Arau, di Arau, hari ini.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku jam 4.06 pagi.

"Siasatan mendapati terdapat seorang lelaki memandu sebuah 'forklift' milik pasar raya berkenaan yang diletakkan di parkir motosikal lalu melanggar pintu masuk kaca yang menghubungkan tempat parkir berbayar itu sehingga ia terbuka.


Forklift yang digunakan suspek untuk memecah masuk sebuah pasar raya. FOTO Aizat Sharif

"Suspek kemudian masuk dan menggeledah kedai telefon bimbit dan aksesori yang terletak bersebelahan pintu masuk utama pasar raya.

"Suspek mengumpil rak kaca kedai itu lalu mencuri 25 telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.


Katanya, suspek kemudian naik ke tingkat satu pasar raya dan menuju ke sebuah lagi kedai telefon bimbit dan aksesori.

"Suspek turut mengumpil dan mencuri lima telefon bimbit yang dihantar pelanggan untuk dibaiki dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM600.

"Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari jam 9.15 pagi semasa pengawal keselamatan masuk untuk memulakan tugasnya," katanya.

Beliau berkata, nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM13,680.

"Siasatan awal mendapati suspek mengambil masa 15 minit untuk melakukan perbuatan berkenaan dan kawasan kejadian dilengkapi dengan CCTV.

"Kita tidak menolak kemungkinan perbuatan dilakukan oleh orang dalam dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-8-2021 05:44 PM
Banyak layan DVD ler ni sampai dapat idea tu
Quote syaz_lina 4-8-2021 06:29 PM
Dah hilang akal ke apa..baik la ko pi rempuh mesin atm, at least ada 50k
Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 09:29 PM
Nak call siapa banyak2 phone tu
Quote Fortiori02 4-8-2021 09:37 PM
Pastu gi tinggal forklift tu kat situ kan, x pasal2 polis leh cek rekod siapa owner/penyewa forklift tu yg akhirnya leh bwk kpd saspek. Apala yg desperate sgt, mat gian agaknya ni.
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 10:14 PM
takde guard yang perasan kat bilik cctv?
Quote TomyamPuteh 4-8-2021 11:49 PM
Apa ceghita ni @acikgomen?
Quote boojaat 5-8-2021 12:02 AM
Ingatkan d luar negara.. rupa2nya d msia... Nilai anggaran merugian rm13k jer? Hp murah nokia ke yg di rompak?
Quote missycutie 5-8-2021 07:55 AM
di malaysia rupanya. ingatkan negara lain.  
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:41 PM
yg rosak lg mahal dr yg dicurik. manusia manusia

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045033 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top