CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Rumah Bonda Mohon Semula Hak Jagaan 5 Anak Angkat

5-8-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12958| Komen: 88

Description: KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). S ...
Mahkamah Juvenil di sini hari ini menetapkan 14 September ini bagi mendengar permohonan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan kembali lima anak angkatnya yang kini di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Majistret Nur Farahain Roslan menetapkan demikian dan memerintahkan pihak JKM Wilayah Persekutuan selaku responden membalas afidavit sebelum permohonan didengar pada tarikh itu.

Kelima-limanya berusia di antara dua dan 16 tahun (dua lelaki dan tiga perempuan) yang sebelum ini dipelihara oleh Siti Bainun, 29, kini ditempatkan di dua rumah kebajikan iaitu di Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Kangsar, Perak.


Foto: Utusan

JKM mengambil mereka daripada jagaan Siti Bainun pada 15 Julai lalu selepas wanita itu ditahan bagi membantu siasatan polis berikutan kejadian remaja sindrom down berusia 13 tahun dipercayai didera, tular di media sosial.


Peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor ketika ditemui pihak media memberitahu, permohonan bagi mendapatkan semula kelima-lima mereka difailkan pada 2 Ogos lalu.

Permohonan itu difailkan oleh Siti Bainun dan ibu kandung mereka agar mahkamah membatalkan perintah jagaan sementara yang diberikan kepada JKM.

Ibu kandung memohon hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun selaku pihak yang layak kerana mereka sendiri menyerahkan anak kepadanya untuk dijaga ketika masih kecil.

Mereka mahukan permohonan itu didengar segera berikutan permintaan ibu kandung bagi kepentingan kemaslahatan, kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental yang perlu dipantau dengan rapi.

Nur’Aminahtul Mardiah berkata, pihaknya akan mengemukakan dokumen perubatan bagi menyokong bahawa Siti Bainun merupakan pihak yang layak kerana anak-anak angkatnya selamat ketika di bawah jagaan wanita itu.

“Kami telah menyerahkan penghujahan namun pihak JKM tidak bersedia hari ini dan pendengaran permohonan kemudian ditangguhkan pada 14 September ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Pegawai-Pegawai Pelindung Kanak-Kanak iaitu Noor Afdzan Mohd. Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd. Imran Mohd. Zanyuin hadir dalam prosiding hari ini bagi pihak JKM.

Nur’Aminahtul Mardiah memaklumkan pihaknya turut memfailkan permohonan interim agar Siti Bainun diberi akses kepada anak angkatnya yang mana dua daripadanya menghidap sindrom down.

Mahkamah kemudian membenarkan Siti Bainun melakukan panggilan video kepada kanak-kanak tersebut dan mendapatkan gajet untuk dua daripada anak angkatnya yang bersekolah kerana wanita itu tidak dapat berhubung dengan mereka sejak dibawa keluar oleh JKM pada 15 Julai lalu.

Siti Bainun turut dibenarkan menghantar susu dan lampin pakai buang kepada kedua-dua kanak-kanak sindrom down tersebut.

Jelas Nur’Aminahtul, salah seorang kanak-kanak itu mengalami masalah kulit yang serius dan memerlukan lampin pakai buang berlainan yang mana tidak dapat dibekalkan oleh pihak JKM kerana harganya mahal.

“Kami sudah menerima perintah sementara jadi esok kami akan serahkan susu dan lampin manakala panggilan video akan ditetapkan pada tarikh lain,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 4-8-2021 09:52 PM
beriya sgt nk bela anak2 angkat tu dah kenapa? hangpa nak jual kidneys or any organ badan depa ka?
susah aku nk husnozan
sbb kat tred lama dulu bila ada yg ckp psl pemerdagangan manusia ni... aku rs mcm betul sgt je sbb puak2 puteri hamno ni bukan bleh percaya sgt pun
Quote xpdckelate 4-8-2021 09:54 PM
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 09:52 PM
beriya sgt nk bela anak2 angkat tu dah kenapa? hangpa nak jual kidneys or any organ badan depa ka? : ...

depa jaga budak2 ni nanti boleh dpt dana dan bantuan serta sumbangan..masyuk tu
Quote Acikgomen 4-8-2021 09:59 PM
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 09:52 PM
beriya sgt nk bela anak2 angkat tu dah kenapa? hangpa nak jual kidneys or any organ badan depa ka? : ...

Babi kan bainun neh
Quote cmf_premierleag 4-8-2021 10:01 PM
xpdckelate replied at 4-8-2021 09:54 PM
depa jaga budak2 ni nanti boleh dpt dana dan bantuan serta sumbangan..masyuk tu

ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan ummah....pakat2 derma jah konsepnya
Quote kaedahnya 4-8-2021 10:05 PM
nampaknya bakalan senyap ke hapa
kesian bella
Quote xpdckelate 4-8-2021 10:07 PM
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...

sebab tu peminta sedekah akan gunakan kanak2 sebagai 'umpan' untuk kutip derma sebab senang nak raih simpati marhein.
marhein plak akan derma je tanpa usul periksa sebab prasangka baik...
tapi dlm masa sama menggalakkan kes2 mempergunakan kanak2 ni.
Quote Babai 4-8-2021 10:13 PM
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...

Orang ramai bodoh mudah sangat sedekah duit kerana simpati.
Quote biskutsusu 4-8-2021 10:19 PM
Kenapa baru nak bagi peranti untuk pdpr?

1. Samada selama harini budak2 tu pdpr takde peranti

Atau

2. Masa budak2 ni diambil oleh jkm , diorang tak bawa peranti yang dah beli untuk pdpr sblm ni

Tapi i hati hitam. I nak fikir yang buruk je

Quote toynme 4-8-2021 10:21 PM
Senang buat duit…Jom la kita jadi NGO jaga bdk2 mcm ni…
Quote miss_strangers 4-8-2021 10:23 PM
Bukanke kl nak jaga  budak perlu  ada sijil asuhan Permata.. Pelik bainun ni  ada kelayakn ke... Hebat kuasa dia..
Quote asma87 4-8-2021 10:27 PM
Acikgomen replied at 4-8-2021 09:59 PM
Babi kan bainun neh

Babi lagi baik acik sbb babi pandai jugak protect n jaga anak dia..bainun ni ntah level virus kot..kot dia bukan Dera bella, camne pulak boleh biar je bella tu luka camtu...
Quote zehra2 4-8-2021 10:48 PM
bella mcm mana? yg dah kena dera tu pun dia nk amik balik jugek ke..
dendam ke? ego ke?
Quote terma2nkondisi2 4-8-2021 10:58 PM
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...

konsepnya, agama juga boleh dijadikan satu bisnes

ada aspek2 yg berkait dgn agama mcm rumah kebajikan, derma2 sana sini, anak2 yatim, rumah jaga pesakit2 mental, dll

bisnes yg bagus, duit masuk je tiap2 bulan
Quote adeqbun 4-8-2021 10:59 PM
Eh xmasuk jail ke die ni..sah2 bella tu truk kene dera..kalau leaps permohonan die ni aku tatau ape nak jd dgn msia..dh kene covid pon xberakal lg bainun ni
Quote Acikgomen 4-8-2021 11:14 PM
miss_strangers replied at 4-8-2021 10:23 PM
Bukanke kl nak jaga  budak perlu  ada sijil asuhan Permata.. Pelik bainun ni  ada kelayakn ke... Heb ...

Mohon pdrm siasat hubungan bainun dgn org jkm
Quote naina 4-8-2021 11:22 PM
Cube baca status Asiah Jalil. Dia bekap Bainun tau. Dia cakap Bainun macam tak bersalah takda kaitan dengan penderaan bella. Malah dia gaduh plak dengan Mona Din weiii.
Quote MontanaHannah 4-8-2021 11:34 PM
salah bank negara sebab iktiraf  30% keatas dana kutipan .

NGO perlu di pantau


pokoknya ,rasuah kena banteras

masalah Malaysia ,rasuah cukup kuat !
Quote MontanaHannah 4-8-2021 11:37 PM
JKM tu pembekal kepada budak budak terbiar ,  dguna utk kutipan dana dan melayakkan mrk hidup mewah dgn status 30% ke atas dana jutaan ringgit

JKM tu lama sudah org kata jadi  punca pedo semua

dajjei sahaja

bertopengkan syaithon belaka

kepala butohhh semuanya
Quote boojaat 4-8-2021 11:54 PM
Semoga kes adik bella terbela..

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.102976 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top