CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Nak Beli RM50 Pun Rasa Mahal,"-Punca Fazura Jual Tudung Murah

5-8-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27679| Komen: 229

Description: “Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.”
“Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.”

Itu yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, Tudung Fazura pada harga bawah RM50.


Jelasnya dalam sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mahal kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya.

Foto: IG

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya.

“Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menafikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.






“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.




Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular meenrusi filem Pisau Cukur itu turut memberitahu harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-8-2021 11:09 AM
Apa pendapat pembeli tudung itik?

Iols mampu beli tudung bawal rega spuloh ringgit jahh.. so tak voley komen..


“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.
Quote unguaurora 5-8-2021 11:17 AM
Beli baju mcm x cukup kain yg harga ribu riban sblm ni x bising pun?
Quote soflala 5-8-2021 11:23 AM
Tak sempat nak beli. Know know, sold out already
Quote Nurul_007 5-8-2021 11:25 AM
unguaurora replied at 5-8-2021 11:17 AM
Beli baju mcm x cukup kain yg harga ribu riban sblm ni x bising pun?

Aduhai dia ditanya lah you kenapa jual harga tudung murah $27 bukan dia bising so dijawab lah supaya semua org mampu beli tiba2x you kaitan yg tak berkait.meols rasa kalau dia dulu beli baju tak cukup kain guna duit you ke
Quote Orix 5-8-2021 11:35 AM
Propa jahhh. Kowserrr
Quote nubook 5-8-2021 11:42 AM
Jap. Kualiti tudung dia cmna ye? Kalo mcm tudung fareha tu mmg elok la dia letak price cmtu.
Quote smudger01 5-8-2021 11:42 AM
Edited by smudger01 at 5-8-2021 11:48 AM

Ok je apa Faz ckp tu. I pun prefer beli tudung yg murah sbb blh beli byk2. Lg murah lg bagus. So klu yg harga mahal sikit tu mmg I jarang sgt beli. Bukan sbb x mampu lgsg..tp tudung ni biasanya after certain period of time, jd outdated. Yes org akan compare, benda lain blh beli walau harga ratus2, ribu2..tp biasanya klu benda mcm tu, kita tak plk tukar every few weeks.
Quote tuntasha 5-8-2021 11:53 AM
Hermes beg dia sure ‘murah’
Quote prettyuglybabe 5-8-2021 11:56 AM
RM27 pada i pun mahal..
sebab tudung berkali pakai cuci dah tak cantik..
ujung-ujung beli yang biasa je..
pakai sebulan dua, buang boleh beli baru..
Quote cruz2 5-8-2021 12:02 PM
Aduhh faz jwb dlm konteks perbandingan harga sesama tudung.mcm tk kena pulak kita nk komen ttg harga brg2 lain yg dia pernah beli
Quote cha-cha 5-8-2021 12:06 PM
Nurul_007 replied at 5-8-2021 03:25 AM
Aduhai dia ditanya lah you kenapa jual harga tudung murah $27 bukan dia bising so dijawab lah supa ...

Uols ni rajin betul backup faz di semua benang faz hahahaha rileks2 sudah
Quote yeos 5-8-2021 12:09 PM
cantik tudung2 faz jual tapi cepatnya sold out...
Quote makadek 5-8-2021 12:12 PM
Takat ni ku ada tudung farehaaa
Tp bg aku hype je lebih
Susah gak nk bentuk
Ckp tkyah iron
Ceh tetap kena iron
Nasib dpt hadiah tkleh nk komplen apa
Quote orkidorkido 5-8-2021 12:16 PM
Rasa tak lama dia bertudung ni, macam tak berapa lekat. Nanti dah tak bertudung, ditanya orang mesti dia jawab, “saya tidak pernah kata saya dah bertudung, saya cuma mohon doa kan saya” kekekeke .. aku harap aku salah la. Btw, tudung 27 kalau sesuai dengan kualiti, baguslah, tak ambil untung melampau
Quote KIM.K 5-8-2021 12:17 PM
Shawl hitam Rm10 iols beli pasar malam still tahan bertahun2. Pakai masa study means dah nak 10 tahun. Tak payah gosok, senang bentuk, cepat. Asyik mik yg tu jelah solution mudah.

Sekarang zaman kakafaz jadi bisnes iron woman.  Sesuai dengan karakter fashionable dan confident
Quote midori_katana 5-8-2021 12:19 PM
iols pun suka dan beli tudung harga RM30 ke bawah ja...sapa pernah beli tudung kaka fas ni? material best tak? bidang berapa dia jual?
Quote Burong_Hantuk 5-8-2021 12:21 PM
Tiap retis ada marketing masing2
Quote kaedahnya 5-8-2021 12:21 PM
dah cakap macam ni tak ngam dah la nak jual tudung harga premium rm50 ke atas
Quote helicornia 5-8-2021 12:45 PM
haha adoi tk payah la ckp gitu.hermes balenciaga bole plak beli.ckp je la saya mahu ramai org mampu beli tudung saya.btw material bawal mmg murah pun.lagipun dia bukan ada letak batu kristal ke apa so mmg la bole jual murah

Lihat semua komen(229)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top