CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tuntut Ain Husniza Dan Ibu Bapa Bayar RM1juta

5-8-2021 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 66017| Komen: 414

Description: Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta ...
Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini tular kerana mendedahkan gurauan rogol oleh guru sekolahnya di aplikasi media sosial TikTok mengakui telah menerima notis tuntutan berjumlah RM1 juta.


Kata Ain Husniza menerusi perkongsian di laman Instagramnya, dia dituntut untuk membayar jumlah berkenaan dalam tempoh tujuh hari sebagai ganti rugi kenyataan yang telah dibuat olehnya terhadap guru terbabit.


Foto: Reuters

"Hari ini, secara tiba-tiba semasa kelas atas talian berlangsung, saya menerima tuntutan (RM1 juta) berkenaan kenyataan saya yang didakwa sebagai 'fitnah,' kata remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Ain bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik kenyataan yang berkaitan dengan tuntutan yang difailkan oleh guru itu.




Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata tuntutan itu difailkan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Ain menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Ain dalam masa yang sama meminta orang ramai untuk mendoakan segala urusan berkenaan hal ini dipermudahkan dan berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.

Terdahulu, Ain Husniza pernah tular kerana membuat kenyataan yang mendedahkan gurauan rogol yang dibuat oleh gurunya di dalam kelas. -CARI

Sumber: Awani


Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • kakakkau

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 4-8-2021 09:31 PM
aku tgk netizen tiba2 skong cikgu lelaki tu. ari tu bkn main hentam cikgu tu
Quote MontanaHannah 4-8-2021 09:34 PM
Edited by MontanaHannah at 4-8-2021 09:35 PM

mintalah


mana tahuuuuuuu boleh dapat

kalau tidak dapat maka mendapatlah


Quote immaryjane 4-8-2021 09:36 PM
Bapak nye yg kuat mencapub tu hujung2 akan mntk derma tak?
Quote aint 4-8-2021 10:13 PM
cikgu lelaki tu ada bukti/saksi ke sbb dia nak amik.legal.action against the girl...

ptt nya parents that girl wat report.polis... bkn nya biarkan anak viralkan kes dlm.tiktok...
Quote kaedahnya 4-8-2021 10:14 PM
boleh berjaya ke? kalau ain cuma ulang balik apa yang cikgu tu memang cakap?
Quote Babai 4-8-2021 10:15 PM
TuntungReturn replied at 4-8-2021 09:31 PM
aku tgk netizen tiba2 skong cikgu lelaki tu. ari tu bkn main hentam cikgu tu

Kan hahahahaha.
Quote darkness 4-8-2021 10:22 PM
Aku jadi cctv jelah nak tgk mana satu betul mana satu salah..aku doakan yg terbaik buat yang teraniaya
Quote jahcomel 4-8-2021 10:52 PM
immaryjane replied at 4-8-2021 09:36 PM
Bapak nye yg kuat mencapub tu hujung2 akan mntk derma tak?

Mmg bapak y kuat mncapub pn...
Quote jahcomel 4-8-2021 10:53 PM
Slma nih cikgu tu senyap je kna kutuk kna maki kna sumpah kt netizen....ain pulak glemer kn wrtwan tu interbiu wrtwan nih interbiu...
Quote Ieqa140388 4-8-2021 11:00 PM
Berat btol dugaan sebagai budak yg baru 17 tahun
Quote sarahmirza 4-8-2021 11:07 PM
Budak ni tak salah mengadu pasal gurau lucah...
Tapi yang silapnya, bapaknya yang over nak tumpang glamer...

Quote terma2nkondisi2 4-8-2021 11:27 PM
dalam proses undang2 ni, tempoh 7 hari tu sekadar cukup syarat je ke?
Quote KIM.K 4-8-2021 11:29 PM
Boleh ke saman selepas mengeluarkan kenyataan  seksual dalam tempoh bekerja. Staf gomen pula tu. Dah la kepada budak bawah umur.
Tanya je
Quote genUmi 4-8-2021 11:33 PM
kalau x cukup kuat kes ni, x ada nya cikgu tu  berani nak saman AIn
Quote Capoicapoi 4-8-2021 11:42 PM
Mmg tggu sgt kisah ni masuk forum masa tgk fb siang td, nk tau kisah selanjutnya..
Mcm2 bermain di fikiran ni, harap ada kesudahan.
Quote TomyamPuteh 4-8-2021 11:45 PM
Cikgu tu mesti ahli NUTP.NUTP ni ada sediakn lawyer utk ahli2 dia tau. Silap2 bapak si Ain tu tinggal spender.
Quote lazim 4-8-2021 11:47 PM
Netizen fb trs sokong cikgu.. Mrh drg sbb cikgu mulia
Quote lazim 4-8-2021 11:49 PM
Bila dh kena smn ni.. Para nasi tambah yg sokong sblm ni mesti dh jadi halimunan
Quote miss_strangers 4-8-2021 11:50 PM
Keje  gomen kl buat hanat  pon mmg Susah nK  kena buang...

Lihat semua komen(414)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.361344 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top