CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lilin Aroma Bebola Daging

5-8-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2880| Komen: 11

CONSHOHOCKEN, Pennsylvania – Jenama perabot terkenal IKEA melancarkan lilin beraroma bebola daging sempena ulang tahun ke-10 jenama itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.


“Bagi kebanyakan orang, perkara pertama yang mereka akan fikirkan tentang IKEA adalah menu bebola daging dari Sweden yang enak dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Tiada jenama perabot lain yang menawarkan makanan dan mempunyai pengikut yang ramai, jadi bagi sambutan IKEA Family ke-10, kami melancarkan lilin dengan aroma bebola dagingnya,” kata Sho Matsuzaki,  pengarah kreatif firma Ogilvy yang mengetuai projek tersebut bersama IKEA.


Foto: IKEA
Lilin dengan aroma unik itu merupakan edisi terhad kotak promosi ‘IKEA Store in Box’ yang memberikan pelanggan peluang untuk membawa pulang aroma ikonik IKEA.


Kotak misteri tersebut mengandungi lilin aroma bebola daging dan beberapa barangan lain yang merupakan sebahagian daripada hadiah bagi sambutan ulang tahun ke-10 bagi program keluarga IKEA Amerika Syarikat.

Pada 2018, seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan mencadangkan kepada IKEA untuk menghasilkan lilin dengan aroma bebola daging.

“IKEA perlu mengeluarkan lilin dengan aroma bebola daging,” demikian ciapan yang ditulis pengguna Twitter itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 5-8-2021 11:58 AM
Mana ada sedap bau daging...
Quote any42 5-8-2021 12:02 PM
bahaya ni nnti asyik lapar je
Quote KIM.K 5-8-2021 12:23 PM
boleh buat buru rimau dak
Quote Artemesiaa 5-8-2021 12:26 PM
Sesuai buat mereka yang suka akan bau makanan
Quote mclaren 5-8-2021 12:34 PM
Kepada peminat2 lilin beraroma ni better stopka  beli lilin IKEA (sebut IKEA sebab thread ni pasal IKEA. Brands lain pun ada seangkatan).

Sebab lilin2 beraroma ni boleh beri kesan bahaya pada kesihatan (ai tengah busy so tak dapat nak copy and paste tapi you guys can google).

Nak beli scented candles cari yang fully using beeswax. Beeswax pun kena ambil tahu jenis beeswax yang digunakan. IKEA punya memang bukan from beeswax.

Or boleh buat scented candles sendiri. Kits banyak dijual online and boleh letak our own authentic essential oils (don"t be fooled by cheap EOs yang harga RM3 - RM5 etc tu, that's another story about health risks).
Quote edayildiz 5-8-2021 12:36 PM
bau duyan takde ke..biar pening semorang
Quote Decaffeinated 5-8-2021 12:39 PM
bau tu halal tak?

kot bau bebola babi ka

Quote makneng 5-8-2021 12:46 PM
Eeee yekkkk..
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:24 PM
asalkan bukan lilin bau pookey.
retis us mana entah buat candle bau pookey sheols, tak hengat
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 02:10 PM
bila la boleh merentas ni.
Quote Gingerly 5-8-2021 02:28 PM
Haruman tiruan sepatutnya berkesan mengecutkan otak dan merosakkan hidup anda dan orang tersayang

Takziah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044610 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top