CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Culik 80 Pelajar, Tuntut Wang Tebusan Sejuta Naira

4-8-2021 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1737| Komen: 9

Description: Kumpulan penculik menuntut wang tebusan sebanyak satu juta naira (RM10,248) bagi setiap orang untuk membebaskan kira-kira 80 pelajar yang diculik dari sebuah sekolah asrama di utara Nigeria pada bulan ...
Kumpulan penculik menuntut wang tebusan sebanyak satu juta naira (RM10,248) bagi setiap orang untuk membebaskan kira-kira 80 pelajar yang diculik dari sebuah sekolah asrama di utara Nigeria pada bulan lalu.


Seorang paderi yang terlibat dalam rundingan pembebasan pelajar sekolah itu, mengesahkan perkara tersebut.



Serangan yang berlaku di Bethel Baptist High School di wilayah Kaduna merupakan insiden penculikan pelajar sekolah yang ke-10 terbesar sejak Disember lalu di barat laut Nigeria.

Pihak berkuasa mengaitkan kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebusan berkenaan.

“Kumpulan penculik meminta satu juta naira bagi setiap 80 pelajar yang ditahan oleh mereka,” kata paderi, Joseph Hayab ketika dihubungi Reuters.

Bulan lalu, penculik membebaskan 28 kanak-kanak selepas kumpulan pertama dibebaskan dua hari lalu dalam satu serbuan.

Dilaporkan, seramai 81 orang lagi masih ditahan.


Menurut Hayab, tiga pelajar berjaya melarikan diri sebelum 28 kanak-kanak dibebaskan pada bulan lalu.

Namun, katanya, mereka diculik sekali lagi oleh sekumpulan individu tidak dikenali di kawasan hutan dan menuntut wang tebusan dan telah dibayar lebih satu juta naira oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 4-8-2021 04:39 PM
Money van heist pun banyak nigeria ni. Pakai bom
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 10:43 PM
moga semuanya selamat
Quote I.K.A888990 4-8-2021 11:45 PM
kejam sekejamnya
yg dpt lari pn malang tertangkap balik
Quote edayildiz 4-8-2021 11:49 PM
nape org belah sana terkenal ngn benda2 xelok eh..sian bangsa dorg yg baik..msti ada yg baik herlok pekertinya  tp terkena tempias..semoga adik2 80 org itew selamat..musim covid ni pun x insaf lg
Quote jas7512 4-8-2021 11:53 PM
Edited by jas7512 at 4-8-2021 11:55 PM

I pernah baca antara warga2 afrika ni..mrk mmg x suka dgn nigeria sbb kes2 yg x elok mcm ni byk warga nigeria yg buat dan mrk yg bkn warga nigeria tapi mat black turut dpt tempias maki hamun  but masa i belajar dulu..my course mate nigerian..elok ja ok but that was like more than 20 yrs ago...masa tu x byk kes2 mat nigeria ni
Quote boojaat 4-8-2021 11:56 PM
Semoga adik2 selamat laaa...
Quote supernaturalee 5-8-2021 01:23 AM
Pemalas

Dh tu culik org utk dpt fast money

Eloknya ditembak dgn senapang gajah je


Quote Carcosa 5-8-2021 01:34 AM
Kesiannnyaaa yg dah lepas tapi kena culik blk dgn orglain tu
Mesti hampa perasaan mereka
Kesian betul kalau lahir di Nigeria ni. Alhamdulillah kita2 bkn lahir disana
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:50 PM
jauhkan kte dr segala bnda yg mcmni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049201 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top