CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Terbakar, Bomba Tak Jumpa Bayi Yang Terperangkap

14-7-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2432| Komen: 13

Description: Klang: Ketiadaan bayi yang didakwa terperangkap dalam kebakaran di tingkat tiga, rumah kedai tiga tingkat di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi di sini, malam tadi, menjadi tanda tanya pihak bo ...
Klang: Ketiadaan bayi yang didakwa terperangkap dalam kebakaran di tingkat tiga, rumah kedai tiga tingkat di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi di sini, malam tadi, menjadi tanda tanya pihak bomba.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pada jam 8.37 malam tadi, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa bayinya terperangkap dalam kebakaran.

Foto: Harian Metro

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Pelabuhan Klang ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kebakaran di tingkat tiga rumah kedai itu.

"Maklumat awal, bomba dimaklumkan terdapat seorang bayi terperangkap dan pihak bomba menjalankan kerja mencari mangsa di lokasi kebakaran.


"Selepas pencarian dilakukan dengan bantuan anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tiada tanda-tanda ada mangsa terbabit dalam kebakaran itu dan operasi ditamatkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafisham berkata, sebaik selesai pencarian, pihaknya cuba mendapatkan bapa bayi terbabit untuk mendapatkan maklumat namun gagal dihubungi.

"Lelaki berkenaan tidak menjawab panggilan ketika kami hubungi dia dan dia tiada di lokasi ketika bomba melakukan pencarian bayinya.

"Bomba dimaklumkan rumah yang terbakar itu didiami tiga sekeluarga termasuk bayi terbabit.

"Sehingga kini, tiada maklumat umur dan jantina bayi berkenaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Mtero

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 14-7-2021 02:32 PM
cubaan membuat sesuatu?  hurm…
Quote Decaffeinated 14-7-2021 03:08 PM
Nanti jumpa lah mayat bayi kat mana2 yang penting cari lelaki yg merepot tu dulu.
Quote CiliPadiSedap 14-7-2021 03:14 PM
cmne blh keluar berita kes cmni patut terus report polis. common sense .
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:34 PM
ahhh sudahhhhh... apa yang disembunyi kan
Quote Fortiori02 14-7-2021 04:53 PM
Cam fishy je bapaknya ni
Quote azurro 14-7-2021 05:49 PM
Babak citer industan bermula... Kena guna otak brfikir ni... Memang misterii......
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 05:59 PM
entah apa la nasib baby tu..
kena buang, kena tanam or kena jual..
Quote any42 14-7-2021 08:19 PM
Ya Allah hrap2 baby tu msih hdup. cubaan utk konon mcm baby mati dlm kbakaran sdangkn ade kjadian lain disebalik ke?
Quote tumpanglalu74 14-7-2021 09:57 PM
Kalo tak sebut ade baby nanti bombe lambat datang kot..  Itu tricknye rase aku.
Quote b_n_c 14-7-2021 10:37 PM
aik pelik nya...

semoga ada update 2,3 hari ni
Quote lattehazelnut 15-7-2021 09:32 AM
husnuzon je la ada org selamatkan baby n bawak gi klinik / hospital..
Tp bapak dia gi mane pulak..
Quote Nham22 15-7-2021 10:38 AM
Bomba kene prank... Sadisssss
Quote ellejo 15-7-2021 10:39 AM
maybe dah jadi abu?

which is the worst case ever

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.107824 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top