CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rumah Diceroboh Tapi Sammy Simorangkir Tak Sampai Hati Buat Laporan

14-7-2021 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2912| Komen: 5

Description: Bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir bersama isterinya, Viviane berdepan detik cemas selepas kediaman mereka diceroboh individu tidak dikenali bertujuan untuk mencuri.
Bekas vokalis kumpulan Kerispatih, Sammy Simorangkir bersama isterinya, Viviane berdepan detik cemas selepas kediaman mereka diceroboh individu tidak dikenali bertujuan untuk mencuri.

Menurut Sammy, kejadian disedarinya menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan kehadiran seorang lelaki bertopeng berada dalam pekarangan rumahnya.




“Lelaki itu memakai hoodie (penutup kepala) serta topeng dan menghampiri kereta milik saya.

“Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut dilihat cuba menanggalkan cermin sisi kereta untuk dicuri, namun gagal,” kata Sammy.

Pencuri tersebut kemudiannya dilihat beredar meninggalkan kediaman tersebut tidak lama kemudian.

Biarpun rumahnya diceroboh penjenayah, Sammy dan isterinya enggan membuat laporan polis kerana lelaki tersebut tidak berjaya mengambil apa-apa barangan miliknya.

“Lagi pun sekarang ramai yang mengalami masalah ekonomi disebabkan Covid-19. Saya tidak mahu mereka menjadi bertambah susah,” kata Sammy.



Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 14-7-2021 02:42 PM
Sammy ni retis tempatan ke nyah?
Atau suspek yg ceroboh rumah sammy tu retis tempatan nyahhhh?
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:33 PM
okay lerr takde yang cedera
Quote prettyuglybabe 14-7-2021 05:57 PM
belum kena tikam, kesian la..
Quote Cece1234 15-7-2021 09:09 PM
Baik xbertempat..
Quote helicornia 28-7-2021 08:05 PM
oh dh kawin dia ni. sama2 dh move on la lps putus dgn anak kak ton

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.212224 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top