CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tebalkan Muka Berhutang, Kalau Tak Kami 10 Beranak Akan Berlapar"

14-7-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12187| Komen: 123

Description: Kota Bharu: "Ada ketikanya saya terpaksa menebalkan muka untuk berhutang untuk membeli barang keperluan asas demi meneruskan kelangsungan hidup kami 10 beranak," kata Mizlinda Diana Hamat, 41. ...
Kota Bharu: "Ada ketikanya saya terpaksa menebalkan muka untuk berhutang untuk membeli barang keperluan asas demi meneruskan kelangsungan hidup kami 10 beranak," kata Mizlinda Diana Hamat, 41.


Menurut Mizlinda Diana berkata, sebelum ini, suaminya, Mohd Rosdi Yaacob, 46, mencari rezeki sebagai nelayan terpaksa berhenti sejak lebih setahun lalu berikutan enjin bot miliknya mengalami kerosakan dan bagi menyara keluarga, mereka melakukan pelbagai kerja yang termampu.

Katanya, memiliki anak ramai ketika diri bergelut untuk meneruskan kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya menganggap lapan anak mereka termasuk pasangan kembar sebagai pembawa rezeki yang sudah diamanahkan Allah SWT untuk dijaga sebaik yang mungkin.

Foto: Harian Metro


"Bagaimanapun, disebabkan kedaifan hidup, saya terpaksa menyerahkan anak ketiga, Nor Fatin Syafiqah, 13, ketika dia berusia empat bulan kepada abang ipar yang menetap di Kuala Lumpur kerana anak saya menderita penyakit saluran paru-paru sempit sejak dilahirkan dan sehingga kini masih mendapatkan rawatan susulan di hospital.

"Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membesarkan lapan lagi anak, kami menjual ikan perhiasan selain melakukan pelbagai kampung termasuk memotong rumput dan ada ketikanya saya mengambil upah mengemas rumah penduduk kampung dengan purata pendapatan yang diperoleh RM1,000 sebulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Katanya, mereka memang bukan orang senang, namun kos hidup yang tinggi adakalanya menyulitkan mereka untuk membesarkan anak-anak, namun sebagai ibu bapa, mereka percaya setiap anak membawa rezeki masing-masing.

Mizlinda Diana berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka hanya mengharapkan ihsan jiran tetangga dan saudara mara yang menghulurkan bantuan makanan untuk kelangsungan hidup mereka 10 beranak.

"Ada ketikanya, saya terpaksa berhutang dengan saudara-mara terdekat dan juga kedai runcit untuk membeli barang makanan bagi mengalas perut.

"Hutang di kedai runcit sentiasa ada sehinggakan saya sudah berasa malu untuk terus berhutang makanan namun demi anak saya tebalkan muka kerana jika tidak, kami akan berlapar.

"Saya dan suami sudah biasa hidup susah, tetapi apabila melihatkan wajah anak-anak, kerap air mata ini jatuh kerana tidak mampu memberi keselesaan buat mereka," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam 03-018-02-160491-1 atas nama Mizlinda Diana Hamat atau boleh menghubunginya di talian 017-9725376. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 14-7-2021 02:23 PM
Hmmm..ai serius xfaham,kalau dah susah,jgn laa beranak ramai...skrg tgk,rezeki anak celah mana kalau setiap hak anak tak dpt ditunaikn sepenuhnya..ai really kenot brain fahaman mcm ni..mmg nabi nak umat ramai,tp kalau tak berkualiti,buat apa?umat y ramai duk tonggeng bontot kt TikTok??

Baru sikit suruh duk rumah kemain menggelupur..hmmmm..quality over quantity..
Quote eyansss 14-7-2021 02:37 PM
setiap anak bawa rezeki masing2 - ayat gamps seorang bapa/ ibu/ kedua2 untuk justify kebodohan beranak ramai2 tanpa fikir masa depan anak2…  bodo oiii, rezeki anak ni memang dah dijanjikan Allah swt tapi kita yang kena gigih cari mana rezeki tu…  bukan berharap bodo2 je…
Quote LadyCarefree 14-7-2021 02:39 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 01:23 PM
Hmmm..ai serius xfaham,kalau dah susah,jgn laa beranak ramai...skrg tgk,rezeki anak celah mana kalau ...

Benda iols selalu cakap tp nanti ada karatz bash
Quote hotmak 14-7-2021 02:39 PM
maknanya 9 org lah anaknya, mcm kes gini JKM tak boleh ke ambik anak tu letak dekat pusat jagaan asnaf, kurang2 mkn dgn sekolah terjamin
Quote husie91 14-7-2021 02:40 PM
Kenapa.. kenapa.. beranak.. ramai... kalau tau memang tak mampu jaga anak.. {:yameteh alahaaaaiiiii
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 02:48 PM
oh anak ramai bawak rezeki....
so mana rezeki nya? anak bawak 1 bilion sorang ke time beranak? patut dah rete habis tak makan dah. rumahnya da mengalahkan hotel. kalau rezeki, kenapa berhutang lagi?
nak bash, bash. nak agree to disagree, lantak.
Quote Decaffeinated 14-7-2021 02:50 PM
Malaysia ni dah sampai tahap wajib kuatkuasakan had maksima anak untuk orang miskin.

Kalau China boleh buat kenapa Malaysia tak boleh? Gomen kena hati kering sikit.

Apapun aku yakin in most cases dorang ni bukan nak beranak sangat pun cuma tak rajin nak pergi klinik. JKM, kalau perlu suap pil perancang pun suap lah puak2 ni. Itu lebih baik.



Quote vee_zara 14-7-2021 02:50 PM
nakkomenjugak replied at 14-7-2021 02:48 PM
oh anak ramai bawak rezeki....
so mana rezeki nya? anak bawak 1 bilion sorang ke time beranak? patu ...

Pembawa rezeki time raya je. Duit raya. Tp anak ramai gini mmg ku bagi sorang 3 hengget je.
Quote umbut 14-7-2021 02:53 PM
Anak2 pun ada hak utk hidup selesa.. Kalo x mampu jgn beranak ramai2 acik pakcikkk... Kesian kat anak2.. Len kali kena ada family planning kata pramlee
Quote bakingsoda 14-7-2021 02:55 PM
dah tahu miskinnnn kesiannnn kat anakkkk asal ko gi beranak banyak?! yg no 3 bagi abang ipar alasan MISKIN pastu tambah lagi 6 orang beban? eiii tolong la weyyy gomen wajibkan vasectomy kat jantan miskin!!! yg bini tu aku boleh husnuzon lagi terpaksa menadah, yg jantan sikit pon aku tak kesian dia tahu sedapppp je. kalau jantan tu tanggung sakit beranak confirm tobat nak tutup kilang lepas beranak sekali!  atau setiap kali bini nak beranak, yg laki diwajibkan tanggung sakit yg sama dgn pakai alat yg boleh rasa sakit beranak tu. baru padan mukaa
Quote naina 14-7-2021 02:57 PM
Hidup mmg dah tau susah dari awal lagi kan
.kenapa pakcik tak rancang anak..tak fikir ke dah lahir kena bagi makan secukupnya dan tempat tinggal selesa juga pakaian bersih..
Quote syaz_lina 14-7-2021 02:58 PM
Tlg hantar kondom 1 kontenna pada pacit nu..ada probability tambah anak lg musim2 pkp
Quote ellejo 14-7-2021 03:05 PM
ko miskin sebab anak ko ramai sangat. kalo anak ko dua ko rasa jadi mcm ni tak?


there. i said it. and i said what i said.
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 03:05 PM
vee_zara replied at 14-7-2021 02:50 PM
Pembawa rezeki time raya je. Duit raya. Tp anak ramai gini mmg ku bagi sorang 3 hengget je.

jangan duit tu dibagi ke mak pak sudeee bayo hutang kedai. hmmm
Quote pasa 14-7-2021 03:22 PM
aduhh pancut luar le pokcik oii...

Quote SPACENUT 14-7-2021 03:34 PM
bakingsoda replied at 14-7-2021 02:55 PM
dah tahu miskinnnn kesiannnn kat anakkkk asal ko gi beranak banyak?! yg no 3 bagi abang ipar alasan  ...

Itulah...lelaki boleh hamilkan 9 orang perempuan setiap hari selama sembilan bulan bersamaan 2430 kelahiran dan perempuan pulak walalupun dia buat banyak ali pun but still dia boleh beranak sekali ja setiap 9 bulan, tapi semua pasal cegah kehamilan ni hanya tumpu kat perempuan....Aku tak boleh brain betul
Quote mejaputih 14-7-2021 03:35 PM

dlm silibus sekolah menengah skrg ada ke topic family planning? ke masih taboo ?

Quote kelapaparut 14-7-2021 03:43 PM
susah nak dpt condom kat negeri islamik ni, 7 11 pun takut nak jual katenye menggalakkan maksiat
Quote jari10 14-7-2021 03:47 PM
Suami dia ke tu yang pangku kanak2 tu? Seriously umur 46? Ke 64 tahun? Sebab kerja berat brgkali

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top