CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Sungai Tak Tahan Tunggu Kesesakan Lalu Lintas

14-7-2021 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1474| Komen: 3

Description: Gara-gara berasa bosan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dua jam, seorang pemandu lelaki bertindak terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan.
Gara-gara berasa bosan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dua jam, seorang pemandu lelaki bertindak terjun ke dalam sungai dari sebuah jambatan.

Lapor Metro, Jimmy Jennings, 26, dari Louisiana terpaksa diselamatkan selepas mengalami kesukaran untuk berenang di air sungai itu.




Rakaman video memaparkan Jennings terjun dari ketinggian 100 kaki atau 30.48 meter ke dalam Sungai Atchafalaya kerana bosan menunggu lama kesesakan lalu lintas di Interstate 10 berhampiran Lafayette.

Aksi Jennings terjun dari Jambatan Basin itu turut menyebabkan operasi menyelamat dilakukan selama beberapa jam ketika dia cuba berenang melawan arus air sungai yang deras.

Video yang dimuat naik di laman Facebook itu menunjukkan Jennings berlari antara kereta yang menunggu dalam kesesakan lalu lintas sebelum dalam sungai dari jambatan tersebut.

Lelaki itu kemudian ditahan polis dan dibawa ke Pejabat Sheriff St. Martin Parish,


Jenning ditahan atas kesalahan jenayah dan pencerobohan.

Dalam pada itu, Jenning berkata, dia bersama rakannya terpaksa menunggu lebih dua jam dalam kesesakan lalu lintas itu yang disebabkan kemalangan membabitkan beberapa kenderaan.

“Sebenarnya, saya hanya mahu terjun dalam Sungai Atchafalaya kemudian berenang semula ke pantai dan kembali ke kereta saya daripada menunggu lama dalam kesesakan itu.

“Namun, ia tidak semudah seperti yang disangka,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-7-2021 02:29 PM
buat benda bodo dah kenapa
Quote eyansss 14-7-2021 02:33 PM
bodo melantun…
Quote lattehazelnut 15-7-2021 09:34 AM
KEte xgerak kan jalan je la..
Alla ni mesti tiktok viral bodo lepastu nak cover malu ckp xthan jem..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042032 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top