CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bilionair Nak Bina Hotel Di Bulan

14-7-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1641| Komen: 14

Description: Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan.
Pemilik syarikat Virgin Galactic, Richard Branson yang juga seorang bilionair bercita-cita mahu membina sebuah hotel di bulan.

Cita-cita itu didedahkannya selepas beliau menjadi bilionair pertama di dunia terbang ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa buatan syarikatnya pada Ahad lalu.




Pada Ahad lalu, beliau bersama dua juruterbang dan tiga lagi penumpang yang kesemuanya kakitangan syarikatnya berada di angkasa lepas selama beberapa minit sebelum ia mendarat semula ke bumi.

Beliau bersama lima kakitangannya itu menaiki kapal angkasa VSS Unity yang dibina oleh syarikat Virgin Galactic dan berlepas dari pangkalan Spaceport di sebuah gurun di Mexico, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal berita Evening Standard yang memetik agensi berita PA, Branson berkata, beliau berminat untuk membina sebuah hotel di bulan pada satu hari nanti.

Beliau yang merupakan warga Britain sebelum ini adalah pemilik syarikat tambang murah Virgin Atlantic tetapi menjual saham-sahamnya dalam syarikat itu ekoran pandemik Covid-19.


Branson kini terlibat dalam bidang pelancongan angkasa lepas.

Satu tiket ke angkasa lepas dengan menggunakan kapal angkasa tersebut dianggarkan berharga ASD250,000 (RM1.04juta) seperti yang dilakukan oleh bilionair itu pada Ahad lalu.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 14-7-2021 02:24 PM
pergi lah duduk sana terus pun takpe.. weolzahhh tak kisaahhh
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 02:26 PM
kalau iols duit ala2 jep bezos, iols da ke sana dah haha
Quote JunkMail 14-7-2021 02:29 PM
Syaitonnnn....macam mana 250k USD boleh jadi RM1 billion
Quote msel 14-7-2021 02:53 PM
Ada apa je kat bulan tu sibuk semua nak ke sana.
Quote JohnyEnglish 14-7-2021 03:40 PM
jgn lupa buat surau skali.sng aku nak check-in sana nti
Quote lavendernovella 14-7-2021 08:05 PM
msel: Ada apa je kat bulan tu sibuk semua nak ke sana.



Kan...  harus ada sesuatu yang marhaen bumi tak tau.
Quote green~tea 14-7-2021 09:38 PM
lavendernovella replied at 14-7-2021 08:05 PM
Kan...  harus ada sesuatu yang marhaen bumi tak tau.

sometimes ignorance is a bliss  
Quote dani-rox 14-7-2021 09:52 PM



know your enemy. eat the rich
Quote lavendernovella 14-7-2021 09:54 PM
green~tea replied at 14-7-2021 09:38 PM
sometimes ignorance is a bliss

Yup..  cukuplah bumi utk kita. Ilmu masih berkembang utk kita di bumi perhati langit tak bertepi.

*tingin ada teleskop.
Quote dani-rox 14-7-2021 10:01 PM









Quote namemysoul 14-7-2021 10:22 PM
Bumi jgk yg menyeronokkan bagi manusia.....
Quote cmf_premierleag 14-7-2021 10:32 PM
ada akak tgk bideo shuttle dia pi ke space tu kt twitter RB ni few days ago
akak mcm??? Huntungllaaahhhh dia dah merasa sume tu
sblm ni pun dia dah dive ke mariana trench kan.jurang terdalam kt dunia tu.tp takde la dia smpi ke sea base pun.tp kira dh merasa la kan.
konon dia nak buat utk turis la exploration ke mariana trench.last2 kensel plan tu sbb kapal rosak ke cemana tah.
ni.lak nak buat pakej utk turis ke bulan
Quote sehirkedi 15-7-2021 02:22 AM
Edited by sehirkedi at 15-7-2021 02:27 AM

Dia ni
Elok kena telan je dengan lohong hitam angkasa.
_20210715_021439.JPG
_20210715_021456.JPG
Quote makita 15-7-2021 08:27 AM
Xde pakej melawat alam barzah kah

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 11:19 PM GMT+8 , Processed in 1.075678 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top