CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Conteng Tembok Masjid Dengan Cat Merah?

14-7-2021 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6901| Komen: 28

Description: Polis menyiasat kejadian tembok pagar sebuah masjid di Taman SPPK di sini yang diconteng menggunakan semburan cat merah pada Selasa.
Polis menyiasat kejadian tembok pagar sebuah masjid di Taman SPPK di sini yang diconteng menggunakan semburan cat merah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang ahli jawatankuasa masjid yang berusia 60 tahun.




"Kejadian disedari pada jam 5.15 pagi sebaik pengadu tiba di masjid dan terdapat tulisan cat merah 'jangan buka bunyi terlalu kuat' pada pagar utama masjid itu.

"Pengadu memaklumkan setiap pagi dia akan memasang alunan bacaan al-Quran selama lebih kurang 10 minit sebelum mengalunkan azan Subuh," katanya di sini pada Rabu.

Menurutnya, siasatan mendapati, tiada individu atau kumpulan yang menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan bunyi yang kuat dari masjid.

"Tiada pihak yang ada menyatakan rasa tidak puas hati secara zahir melalui lisan ataupun di sosial media.


"Anggaran kerugian untuk mengecat kembali pagar lebih kurang RM100," katanya.

Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat ibadat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya tidak jelas motif tulisan itu selepas tidak menerima aduan berkaitan perkara itu.

"Kami ada menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan pembesar suara sewaktu azan atau sesi kuliyah. Semua masjid perlu mengikuti garis panduan ini.

"Untuk tulisan itu saya tiada komen kerana tidak pasti apa maksudnya selain tidak menerima aduan bunyi kuat itu," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 14-7-2021 10:56 AM
Ada cctv tak?
Quote isbritneybich 14-7-2021 11:05 AM
sah2 ummah kayu api. takde orang lain pakai bahasa baku camtu
Quote Makcik.Kiah 14-7-2021 12:01 PM
Cat merah tu kebetulan atau memang jenis suka warna merah
Quote sekngucing 14-7-2021 12:09 PM
dalam islam pun takda guna speaker...
Quote selyusi 14-7-2021 12:11 PM
Nak tukar topik kerrr
Quote rospinki 14-7-2021 12:41 PM
Ada sorg kt surau ni..org lain elok je azan sedrhana volume tkde jerit. Yg sorg ni sore dhla terok dikuat volume pstu siap jerit. Kalau dia azan aku ttp rprt tgkap pintu. Bingit. Dia tak tau ke sore dia TAK sedap dahla meleret2. Tolongla kang org komplen dikata mcm2.
Quote Artemesiaa 14-7-2021 12:47 PM
Kalau ya pun jumpalah akj masjid terus bagitahu mereka, ni main spray macam tu lagi jadi isu
Quote sarahmirza 14-7-2021 12:48 PM
Mujur tulisan tu tak suruh jangan ada bunyi terus... Dia tulis jangan terlalu kuat...
So tak faham lagi? Kalau faham set volume sederhana je..

Dalam Islam ada ajar tolenrasi kan....
Quote namr 14-7-2021 01:05 PM
rospinki replied at 14-7-2021 12:41 PM
Ada sorg kt surau ni..org lain elok je azan sedrhana volume tkde jerit. Yg sorg ni sore dhla terok d ...

Sama macam rumah sy ni..ada sorang ni kalo azan dia macam pekik gitu mmg sy pakai earphone kalo mamat surau tu azan..padahal keliling rumah byk surau dekat2 semua ok je..kalo masjid yang dekat umah ni merdu suara sejuk hati dgr
Quote VioletsAre_Blue 14-7-2021 01:06 PM
Kurang didikan dan penakut macam tu la, tak berani nak luahkan secara baik hujung2 khianat harta awam.. Bodoh dari kecik barangkali
Quote kelapaparut 14-7-2021 01:08 PM
xleh nak salahkan kapir, dieorg jahil dieorg xtau, tp tu lah alunan bacaan quran tu wajib ke walau ganggu org tua sakit baby nak tidur, kalu azan xpelah..
Quote syadq 14-7-2021 01:09 PM
Jujur cakap aku pon sakit hati surau depan rumah ni buka bacaan quran setangah jam sebelum masuk waktu setiap hari. Tutup tingkap pon kuat lagi. Problemnya speaker tu yg bingit macam surau asrama dulu-dulu. Speaker masjid lain sedap je dengar.
Quote angelofish 14-7-2021 01:19 PM
komunis la tu
Quote kerunai 14-7-2021 01:26 PM
jilaker komunis ipoh..lanjio kau ..masjid kena la pasang cctv
Quote ~boolean 14-7-2021 01:32 PM
surau tempat aku bukan setakat suara perlahan, azan pun cepat tak meleggok-lenggok nada..

itu pun masih lagi ada malaon campak kepala babi dan pecahkan lampu..
tapi ummah surau tak buat report atau mengadu..kami bolayan saja..
biar malaon mereng tu sakit hati tengok kami tak terkesan pun dengan tindakan bodoh dia..

kawasan minoriti melayu/islam, tapi surau tetap penuh...adalah tu yang dengki tengok..
Quote belacan_gurl 14-7-2021 01:36 PM
Aku x kisah azan guna microphone...yang aku rengsa sikit bila Bilal yg tukang azankan tu adoii nada x sedap...kat kwsan aku ni guna mic...then bila Bilal yg Azan suara x sedap... jerit2...aku sbg org Islam pun rasa nk marah... kita nak panggil org solat mmg kena kuat tp jgnla sampai yang shommmbang jadi tukang panggil nya...dulu ada sorg Bilal tua sedap bila Azan tup2 tetiba tukar org ... Adoii
Quote nakkomenjugak 14-7-2021 02:54 PM
wahhh zaman sekarang ni makin berani dalam takut, takut dalam berani gitu. tapi mungkin kalau time ceramah tu, speaker tu tak perlu la kuat. untuk didengar orang yang datang ceramah sudah la.
Quote Decaffeinated 14-7-2021 03:00 PM
beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh, setiap hari.

Yang ini kuat tak?

10 minit wei kalau orang pasang alarm tak reti nak silent pun boleh berparang.



Quote myoujin 14-7-2021 03:05 PM
Tangkap kasi masuk dalam... Siapa duruh cat2 pagar orang.. Tampal kertas tak boleh ke?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058510 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top