CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Setahu Saya MITEC Bekalkan Pfizer, Tapi Jadi Lain Pula Bila Diberi Sinovac" - Ifa Raziah

14-7-2021 11:57 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 20608| Komen: 131|Original author: Oleh: Rikuren

Description: “Miss Diva terpaksa cancel (batalkan) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizerdi Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).Demikian video yang tular di media sosial itu ap ...


"Miss Diva terpaksa cancel (batalkan) vaksin hari ini kerana tidak dapat suntikan Pfizer 
di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)."

Demikian video yang tular di media sosial apabila Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah binti Mustapha, 46, membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak berjaya mendapatkan vaksin jenis Pfizer.

Tindakan ifa itu mendapat kecaman netizen yang mahu penyanyi dan pengacara itu bersyukur kerana sudah menerima tarikh vaksin sedangkan ramai yang lain masih menunggu dan sukar mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi.



Ifa menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin. Mengakui menghidap pelbagai jenis alahan, Ifa juga dikatakan agak ragu -ragu untuk mengambil vaksin.

"Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.

"Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac," katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, Kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


Kredit Foto - Sinar Harian

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin Covid-19.

Walau bagaimanapun, doktor bertugas di setiap pusat pemberian vaksin akan mengesyorkan vaksin yang lebih sesuai dengan penerima sekiranya ada alahan ataupun penyakit lain.

Janganlah risau sangat ya Ifa. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 14-7-2021 12:00 PM
Retis dan bodoh berpisah teda..titik.
Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox,segala mcm kimia semata2 nak putih tu xde plak risau?moron!
Quote kurenblack 14-7-2021 12:08 PM
Betul lah hak dia nak pilih. Jadi apa2, dia yang kena tanggung. Bukan kerajaan peduli pun.
Quote Nana_Man 14-7-2021 12:08 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 12:00 PM
Retis dan bodoh berpisah teda..titik.
Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox, ...

Yes yes!!!! Pelik2 lah dorang ni. Hehhe.
Quote Samerosie 14-7-2021 12:10 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 12:00 PM
Retis dan bodoh berpisah teda..titik.
Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox, ...

Baru nak cakiap.....
Quote hareeeesah 14-7-2021 12:11 PM
salmon-suki: Retis dan bodoh berpisah teda..titik.Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox,segala mcm kimia semata2 nak putih tu xde plak risau ...


So true..!! Ko telan ubat kurus lah botox berapa kali gone wrong tak kesah pulek dia..
Quote aotearoa 14-7-2021 12:16 PM
hareeeesah replied at 14-7-2021 12:11 PM
So true..!! Ko telan ubat kurus lah botox berapa kali gone wrong tak kesah pulek dia..

Kann..MITEC tu ada 3 hall. Setiap hall tu vaksin berbeza. Memilih ya amat.Dia ingat kalau cucuk Pfizer, dia kebal ke hapa? Ambik jelah mana yg dapat. dah itu rezqi ko.Sengal tak sudah!
Quote KIM.K 14-7-2021 12:19 PM
Doktor kata keutamaan diberikan kepada ppv KL/selangor. Semua vaksin bawa pi sana. Tapi doktor2 negeri lain berkeras nak buat vaccination juga. Jadi smeua dapat sinovac.

Aku suspect poiser simpan untuk dosage ke-3 nanti
Quote petpom 14-7-2021 12:22 PM
kurenblack replied at 14-7-2021 12:08 PM
Betul lah hak dia nak pilih. Jadi apa2, dia yang kena tanggung. Bukan kerajaan peduli pun.

Mak i leukimia. Cucuk pfizer awal bulan 7. Pastu nak masuk utk rawatan kemo terus tak leh smlm. Sbb darah jadi kurang. Sedih pulak. Apa2 jadi. Mmg sendiri la yang tanggung. Entah camne la nanti. Sebelum cucuk vaksin. Darah ok je.
Quote chinta89 14-7-2021 12:25 PM
muka cucuk sana sini x risau plk...
Quote takayama 14-7-2021 12:56 PM
nk cucuk vaccine memilih tp cucuk muka sana sini x kisah plk, x fikir ke utk ms akan dtg, lantaklah ko, kang seblm cucuk Pfizer dah kena Covid jgn tetiba menyesal plk
Quote airmineral 14-7-2021 12:59 PM
dia plk yg tentukan vakin mana yg sesuai dgn tahap kesihatan dia? mesti doktor da saring vaksin yg sesui dgn kesihatan dia kan?
Quote cheezel 14-7-2021 01:04 PM
walau bagaimanapun, doktor bertugas di setiap pusat pemberian vaksin akan mengesyorkan vaksin yang lebih sesuai dengan penerima sekiranya ada alahan ataupun penyakit lain.

so.. doc xde suggest pape kan? kau yg tarik diri kan? alahai makcik. macam manala nk cepat dapat immuniti kelompok kalau ramai memilih cm makcik ni. dahla dapat vaksin free
Quote cheezel 14-7-2021 01:06 PM
airmineral replied at 14-7-2021 12:59 PM
dia plk yg tentukan vakin mana yg sesuai dgn tahap kesihatan dia? mesti doktor da saring vaksin yg s ...

betul tu.. kesian frontliner n petugas ppv tu nak melayan kerenah org yg macam ni... doc akan consult dulu bukannya terus cucuk. ni dpd pengalaman aku bawak parents p cucuk
Quote asamfish 14-7-2021 01:17 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 12:00 PM
Retis dan bodoh berpisah teda..titik.
Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox, ...

Exactly...and siap promote to the public....disgusting!

Quote asamfish 14-7-2021 01:19 PM
airmineral replied at 14-7-2021 12:59 PM
dia plk yg tentukan vakin mana yg sesuai dgn tahap kesihatan dia? mesti doktor da saring vaksin yg s ...

Selalunya si dungu mcm ni la
Dia yang rasa terpaling cerdik dari dokto2 yang bertauliah
I noticed mostly yang suka promote or jual benda so called produk kesihatan mmg perangai mcm ni


Quote kurenblack 14-7-2021 01:21 PM
petpom replied at 14-7-2021 12:22 PM
Mak i leukimia. Cucuk pfizer awal bulan 7. Pastu nak masuk utk rawatan kemo terus tak leh smlm. Sb ...

Semoga dipermudahkan urusan. Tu lah benda baru kan. Rasanya semua  orang pun bukan betul2 tau long term effect nya. Masa saya pergi cucuk, doktor pun advise ikut guideline who saja, tanya lebih2 dia pun tak tau jawap. Apa2 jadi memang kita sendiri tanggungjawap. Jadi pada saya memang hak kita lah nak pilih.
Quote AshkieLa 14-7-2021 01:23 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 12:00 PM
Retis dan bodoh berpisah teda..titik.
Vax nak pilih2, takut laa,mcm2 tp cucuk pemutih kulit, Botox, ...

kan.. tetek dia yg selambak semua tu..takan la sebab makan bahan2 organik je kan boleh jd mcm tu..
ngader betul org mcm ni...
Quote Sham143 14-7-2021 01:25 PM
Edited by Sham143 at 14-7-2021 06:08 PM

Apa vaksin pun sama aje.. Jgn la cerewet sgt.. Ramai lagi yg menunggu giliran.. Bersyukur la awak dpt awal..
Quote AshkieLa 14-7-2021 01:29 PM
ntahla..
sbb si banyak cengkadak ni ade history cucuk2 sana sini..
dia pun mengaku je terang2 sebelum ni yg dia memang cucuk2 utk kecantikan tu kan..
so bila ngader2 bab vaksin ni tu yg mendatangkan menyampah orang...

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.079413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top