CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[VIDEO] Hukum 'Menari' Di TikTok, Ini Penjelasan Daripada Ustaz Azhar Idrus Send

26-4-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4199| Komen: 4|Original author: piao

Description: Melihat kepada trend terkini pelbagai video TikTok telah tersebar luas di media sosial dan mudah menjadi ikutan masyaraka ...


Melihat kepada trend terkini pelbagai video TikTok telah tersebar luas di media sosial dan mudah menjadi ikutan masyarakat tanpa mengira usia


Gambar hiasan

Sebagai rekod, TikTok merupakan aplikasi telefon yang membenarkan pengguna merakam video yang diiringi pelbagai genre muzik sebagai latar belakang.

Iringan muzik tersebut boleh dipercepatkan, diperlahankan dan boleh ditapis dengan beberapa pengubahsuaian.

Pengguna juga boleh menghasilkan video komedi dan melakukan pergerakan mulut secara senyap seiring dengan rentak muzik yang popular (lip-sync).

Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi Tik Tok di mana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari sama ada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?

Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi laman Facebooknya:



Hukumnya boleh jadi makruh dan juga haram bergantung kepada perbuatan individu tersebut

Menurut Ustaz Azhar Idrus, menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.



Jadi, kesimpulannya perempuan menunjukkan tariannya kepada lelaki yang ajnabi dalam keadaan berpakaian seksi atau mendedahkan sebahgaian aurat atau dengan gaya yang tidak tergamak melihatnya oleh orang yang waras adalah perbuatan yang haram lagi maksiat yang menunjukkan pelakunya tidak sempurna lagi bodoh.

Tonton video penuh Ustaz Azhar Idrus di bawah ketika mengulas isu hukum menari di TikTok:


Sumber:https://says.com/my

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ussopp 25-4-2021 12:53 AM
baik buruk itu berbeza
Quote ussopp 25-4-2021 12:55 AM
mudah mudahan masyarakat tahu baik dan buruk....utk kegunaan diri sendiri
Quote kucim 27-4-2021 11:11 PM
ussopp replied at 25-4-2021 12:55 AM
mudah mudahan masyarakat tahu baik dan buruk....utk kegunaan diri sendiri

Nak samakan perempuan dgn berlian dah tak relevan zmn skrg..lebih tepat disamakan dgn lalat langau..terbang ke mana saja tanpa malu alah...hinggap merata lalu berak
Quote ussopp 4-5-2021 08:04 AM
kucim replied at 27-4-2021 11:11 PM
Nak samakan perempuan dgn berlian dah tak relevan zmn skrg..lebih tepat disamakan dgn lalat langau ...

tapi biasa perempuan kita pujilah sikit....

kan diorg memang begitu...jika dihargai diorg akan memberi respon baik...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059158 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top