CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagu Sampai Jumpa Dendangan Kru KRI Nanggala-402 Meruntun Jiwa

26-4-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2855| Komen: 9

Description: Jakarta: "Meskipun ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, ku harap terbaik untukmu."
Jakarta: "Meskipun ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, ku harap terbaik untukmu."

Demikian lirik lagu Sampai Jumpa dipercayai dinyanyikan kru kapal selam KRI Nanggala-402 sebelum hilang yang kini tular di media sosial.


Foto: Twitter

Portal Tempo.co melaporkan, perkara itu dikongsi penyanyi band Endank Soekamti, Erix Soekamti di Instagramnya.

Video berdurasi 22 saat itu tular kerana menampilkan beberapa kru kapal selam malang itu.



Anggota Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) terdiri daripada 11 orang itu kelihatan sedang berada di dalam kapal selam KRI Nanggala-402, mengenakan seragam AL TNI serba hitam dengan baret warna serupa.

Video berkenaan dipercayai diambil dalam kabin kapal itu berikutan paparan tanda bertuliskan KRI Nanggala-402 di bahagian kanan bawah video itu.

"Meskipun, ku tak siap untuk merindu, ku tak siap tanpa dirimu, kuharap terbaik untukmu," lantunan lirik lagu Sampai Jumpa yang dinyanyikan KRI Nanggala-402 diiringi petikan gitar salah seorang daripada mereka.

Dalam video itu, mereka kelihatan seolah-olah begitu menghayati lagu milik Endank Soekamti itu.

Tidak banyak keterangan yang diberikan Erix dalam hantarannya tetapi hanya menambahkan emotikon menangis dengan tanda pagar #prayforkrinanggala402.

Video yang dimuatnaik semalam itu ditonton sebanyak lebih 360,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 26-4-2021 11:01 AM
Aku x sanggup tgk video ni sebenarnya .malas nak sedih.tapi sebgai muslim yg yakin dgn janji Allah ..aku yakin pengakhiran mereka sebenarnya lebih indah dari apa  yg kita bayangkan..
Quote nanasno 26-4-2021 12:00 PM
sedih nyaaaaaa. salam takziah untuk semua family kru yang terkorban
Quote 3chanceno 26-4-2021 12:58 PM
Sedihnya kalau keluarga mereka nonton video nie


Quote mdhelmi 26-4-2021 01:00 PM
antara salah 1 ciri org mati khusnul khatimah ialah tenggelam
Quote any42 26-4-2021 01:39 PM
tkan vid msuk part merindu tu xsanggup nk tgk dah
salam takziah bt fmly kru2 yg tkorban. al-fatihah
Quote kucingitam 26-4-2021 01:58 PM
sedih weh..dr semalamaku baca news ni, asal lalu kat newsfeed bergenang air mata
Quote Manjahati 26-4-2021 02:01 PM
Sedihnya ...moga keluarga mangsa tabah
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:20 AM
Sedih sgt. Takziah..
Quote pyropura 27-4-2021 05:13 AM
Kapal tu mesti kuat bau indon nya kan?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058195 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top