CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Paru-paru Berair Sebab Tidur Atas Lantai, Mitos Atau Fakta?

22-4-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1346| Komen: 4

Description: Kata orang-orang dulu, jangan tidur di atas lantai simen, nanti boleh sebabkan penyakit paru-paru berair.
Kata orang-orang dulu, jangan tidur di atas lantai simen, nanti boleh sebabkan penyakit paru-paru berair.

Sebenarnya, kata-kata itu disebut sebagai peringatan atau menakut-nakutkan golongan muda untuk tidak mengambil mudah tempat tidur mereka termasuk di lantai.


Dari segi perubatan, dakwaan itu sebenarnya tidak berasas kerana paru-paru berair berlaku disebabkan oleh jangkitan pada paru-paru seperti tuberkulosis (TB).


Gambar hiasan

Penyebab paru-paru berair

Paru-paru berair atau nama saintifiknya efusi pleura adalah keadaan di mana pengumpulan cecair di antara dua lapisan pleura. Pleura sendiri adalah membran yang memisahkan paru-paru dengan dinding bahagian dalam dada.

Cecair yang dihasilkan pleura juga sebenarnya berfungsi sebagai pelincir untuk membantu melancarkan pergerakan paru-paru ketika bernafas.

Bagaimanapun ketika cecair itu berlebihan dan berkumpul di dalam paru-paru, maka akan timbul gejala tertentu yang menandakan seorang pesakit mengalami paru-paru berair.

Selain TB, paru-paru berair juga boleh berlaku kerana kesan daripada penyakit buah pinggang dan gangguan pada fungsi jantung.


Gambar hiasan

Gejala paru-paru berair

Apabila cecair berkumpul di dalam paru-paru, biasanya pesakit tidak akan merasai sebarang gejala. Sebaliknya gejala akan memunculkan diri apabila efusi pleura sudah memasuki tahap parah atau berlakunya keradangan.

Berikut adalah beberapa gejala yang mungkin muncul ketika seseorang menderita penyakit paru-paru berair.

1. Sakit dada ketika menarik dan menghembus nafas
2. Batuk
3. Demam
4. Sesak nafas

Meskipun tidur di atas lantai tanpa sebarang lapik tidak merbahaya tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit ringan seperti batuk dan demam.


Sumber: mStar
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 22-4-2021 01:44 PM
Tido atas lantai lps balik sekolah time bulan puasa paling best...lepasbtu arwah apak dtg bebel tak elok katanya nanti senang dpt penyakit.
Quote meisapoya 23-4-2021 09:08 AM
Lantai sejuk. Musim panas suka baring atas lantai.
Quote monreyes 23-4-2021 11:34 AM
mmg heaven...
Quote dexter1013 4-5-2021 05:07 PM
memang heaven ah

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064129 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top