CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Beribadat Dengan Lebih Tenang Di Rumah Sendiri, 10 Tips Ruang Solat Tarawih Di Rumah Sempena Ramadhan

25-4-2021 11:46 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8640| Komen: 3|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Solat terawih afdhal dibuat berjemaah, tapi kalau tak mampu boleh je dibuat di rumah sendiri, apatah lagi dengan situasi COVID-19 sekarang.


Solat terawih afdhal dibuat berjemaah, tapi kalau tak mampu boleh je dibuat di rumah sendiri, apatah lagi dengan situasi COVID-19 sekarang.

Pernahkah anda terfikir betapa indahnya jika rumah anda mempunyai satu ruang solat khas sendiri seperti musolla atau surau? 

Jika rumah anda mempunyai sedikit ruang atau bilik kosong, jom jadikan ruang solat khas untuk anda dan keluarga. Boleh juga dijadikan tempat solat untuk tetamu yang bertandang ke rumah anda.

Bagi yang masih mencari idea untuk memanfaatkan lebihan bilik yang ada, memetik artikel dari Property Guru kami kongsikan idea surau kecil di rumah iaitu ruang khas untuk anda dan ahli keluarga bersolat tanpa bercampur dengan ruang lain.


1) Saiz Ruang Sesuai



Anda perlu tahu ruang yang mana sesuai untuk dijadikan ruang solat di rumah anda. Sebaiknya mengikut bilangan ahli keluarga yang ada agar selesa untuk solat berjemaah bersama. 

 
2) Sesuaikan Dengan Arah Kiblat

Ruang solat anda akan lebih efektif jika terus mengadap ke kiblat, tidak berhadapan dengan pintu bilik, tiada gangguan untuk orang lalu lalang dan sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.



Boleh juga dibuat pembahagian di antara tempat solat dan laluan untuk berjalan.
 
3) Perabot Minimum

Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot  memadai kelengkapan solat dan mengaji. 


Cukup sekadar tempat gantungan sejadah, telekung serta kain pelikat, tempat letak Al-Quran dan buku-buku keagamaan dan kitab Al-Quran serta rehal.

4) Warna Tenang

Lazimnya warna pilihan untuk tempat ibadah menggunakan warna tenang seperti putih, hijau muda dan biru muda. 



Pilihan warna yang menyejukkan mata adalah untuk menghasilkan effect ketenangan ketika beribadah di ruangan ini. 

5) Karpet Tebal Selesa

Pilihan material karpet dan sejadah yang selesa dan lembut adalah amat penting di ruangan ini. 



Jika anda mempunyai bajet yang besar, bolehlah memilih karpet jenis yang tebal dan berkualiti supaya anda selesa jika duduk terlalu lama ketika mengaji atau mengadakan sesi tazkirah.
 
6) Cahaya dan Udara


Pencahayaan dan pengudaraan merupakan antara elemen terpenting untuk ruangan solat. Pastikan elemen ini sesuai dengan dengan keselesaan anda sekeluarga.

Sebaiknya, biarlah ruangan tersebut mempunyai cahaya dan udara dari sumber alam semula jadi - berdekatan dengan tingkap di samping penggunaan lampu dan kipas yang sesuai. 

7) Hiasan Dinding

Bagi hiasan ruangan solat pula, hiaslah dengan aksesori atau dekorasi dengan seminima yang boleh. 



Karya seni keagamaan seperti gambar Kaabah ke atau khaligrafi khat ayat suci Al-Quran atau seni khat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW antara hiasan dinding yang boleh diletakkan.



Jam azan juga boleh diletakkan di ruangan ini. 

8) Harumkan Ruang

Islam menyarankan tempat solat bukan sahaja bersih tetapi juga wangi. 

Jadi anda juga boleh sediakan wangian yang lembut dan segar di ruang solat dan air purifier yang therapeutic bagi mendapatkan keselesaan ketika beribadah.

9) Pokok Hijau

Bagi menghidupkan ruang solat, anda juga boleh meletakkan hiasan tambahan seperti pokok hiasan yang hidup.


Selain daripada kesegaran daripada tumbuhan ini, ia juga berzikir kerana semua makhluk alam ni memang berzikir dengan caranya tersendiri. 

10) Tempat Wuduk

Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, anda boleh juga menyediakan 1 paip untuk memudahkan anda berwuduk yang berhampiran dengan ruangan solat .
 


Dengan adanya ruang solat khas di rumah, kita dapat beribadah tanpa gangguan dan solat anda akan lebih mudah untuk khusyuk. Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di ruangan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HappyGumbira 25-4-2021 09:11 PM
cantik2nya ruang solat. best!
Quote Artemesiaa 27-4-2021 03:28 PM
Kalau rumah luas ada kawasan tak salah sediakan ruang solat macam tu.  Kalau yang tak ada guna je ruang yang ada yang penting saf dapat dirapatkan.  Disebab solat dirumah sendiri tak perlu perjarakan macam dimasjid dan surau yang terpaksa ikut sop.
Quote cariplease 26-7-2021 09:58 PM
Cantiknya semua gambar yang dishare ni.Inspo.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.082144 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top