CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nipis Sangat Ke Iman?- Rekod Wanita Makan Sebelum Waktu Berbuka Tidak Beradab

25-4-2021 11:53 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14792| Komen: 84|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Setiap kali bulan Ramadan menjengah, akan ada isu-isu yang berkaitan makan di khalayak ramai diketengahkan. Ianya biasa membabitkan golongan wanita yang diketahui mempunyai kelonggaran tidak berpuasa. ...





Setiap kali bulan Ramadan menjengah, akan ada isu-isu yang berkaitan makan di khalayak ramai diketengahkan. Ianya biasa membabitkan golongan wanita yang diketahui mempunyai kelonggaran tidak berpuasa.

Terbaharu, sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang makan ketika yang lain dengan sabar menunggu waktu berbuka puasa tular di media sosial. Pemilik video tersebut turut mencoretkan ketidaksopanan wanita itu.

Ianya menimbulkan ketidakpuashatian netizen, mengapa perlu sampai merekod, nipis sangat kah imanmu?




Segelintir netizen menegaskan yang itu adalah hak wanita tersebut untuk makan di situ, mungkin dia mempunyai keizinan syarie namun sampai merekodkan lalu menyiarkannya di media sosial, siapa lebih tidak beradab?

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Sementara itu, segelintir netizen lain berpendapat mereka yang tidak berpuasa, hendaklah makan di tempat tersembunyi untuk memelihara dari terkena fitnah, namun ia dicantas oleh netizen lain.

Foto : Twitter

Jadi, apa pendapat anda? Adakah kita perlu berdiam diri ketika wanita lain sedang makan di waktu siang Ramadan? Atau wanita tersebut yang perlu belajar menghormati orang lain? - CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 25-4-2021 11:59 AM
Dua2 salah. Yg rekod pun mcm takde benda lain nk buat. Yg tak puasa tu pun mkn sembunyi2 lah.
Quote ketupatnasi 25-4-2021 12:06 PM
Ereb berkelubung selamba je makan dalam kfc klcc masa bulan puasa chuolss. Pemandangan biasa sebelum Covid. Staff pun tak melarang

Motif sgt ko meviral dekkk!!
Quote gekkou 25-4-2021 12:09 PM
lagi bodoh
ada mak pak yang ada agak gadis uzur di bulan puasa
boeh plak dia canang dengan adik2 nya yang si kakak tak puasa
tu belum lagi dlm group wa family bagi hint yang anak perempuan kau tak puasa


bagi aku wanita tersebut makan diam kat meja dia
which dia tak expect pun org utk tgk dia
aku rasa dia cuba sedaya utk cover
yang ambil video pun sibuk sgt hal org
hak dia untuk makan sbb dia tak puasa
kau pun bukan budak2 nk terliuur bagai
but yes, hormat kan org berpuasa itu je konsep dia
bukan dia makan depan kau slurp2 pun
Quote bakingsoda 25-4-2021 12:16 PM
Nana_Man replied at 25-4-2021 11:59 AM
Dua2 salah. Yg rekod pun mcm takde benda lain nk buat. Yg tak puasa tu pun mkn sembunyi2 lah.

setuju. sekor lapar views sekor lapar perhatian, dah tak puasa tu gi bertenggek dgn org2 nak buka puasa dah kenapa? dah alang2 ko nak join makan time sama tggu je la azan tak berapa minit lagi
Quote belacan_gurl 25-4-2021 12:16 PM
Penyebuk sgt tukang merakam ni...releks2 sudahla...jakun batak sgt duduk hulu mana ntah...kalo aku kat situ lantakla...itu hal dia....hal aku tggu bunyi azan kosser nak tgkp video bagai...buang masa
Quote noor2 25-4-2021 12:30 PM
Akak pun selamba makan tapi bukan depan orang... akak makan tepi jln dlm kereta..cari tempat tersembunyi... kadang2 minum bila lampu traffic merah...
Quote chandrahusin 25-4-2021 12:42 PM
Kalau dh beberapa minit nak berbuka
Lebih baik la berdoa
Antara waktu afdal berdoa dh tu
Rakam org buat apa?
Quote midori_katana 25-4-2021 12:53 PM
Dua2 salah.., akak sejak kecik mak ajar hormati org puasa.. kita tak puasa kita jgn makan depan org...
Quote chinta89 25-4-2021 12:53 PM
berjela2 kecaman utk tukang rekod ni kat ig. aku baca je. adan uke.
Quote yylkasy 25-4-2021 12:54 PM
Bosanlah tiap tahun isu sama. Tambah zaman tiktok ni semua benda nak rakam and post. Kau bdk umur 4 tahun baru belajar puasa ke yg rasa tergugat sgt tengok org lain makan.
Quote merrissa 25-4-2021 12:59 PM
Apesal lagu bajet sedih2 tu .... mcm kau tak makan sepuluh thun then akhirnya dpt mcd ke
Quote merrissa 25-4-2021 01:01 PM
Trend org sekarang ni mmg suka viral kan sebar aib org dan akhirny tersebar aib sndri

Bulan2 puasa pun buat
Quote ninnamina 25-4-2021 01:14 PM
Semua benda nak kene record
Quote gummiebear 25-4-2021 01:44 PM
Dua2 salah lah senang cite. Just myob lain kali
Quote shark_eow7 25-4-2021 01:46 PM
dua dua tkdee adab
Quote Orix 25-4-2021 01:46 PM
Kalo cainis or india yg makan pn ko bitter ke dekkkkk
Quote Adrif 25-4-2021 01:47 PM
gekkou replied at 25-4-2021 12:09 PM
lagi bodoh
ada mak pak yang ada agak gadis uzur di bulan puasa
boeh plak dia canang dengan adik2 n ...

aku ada ramai adik perempuan, and diorang period berturut-turut.. maksudnya, dari start puasa sampai raya, mesti ada sorang dapat cuti
tiap petang, yang bancuh air, tukang rasa makanan, mesti yang dapat cuti tu.
kang bila period dia dah habis, besoknya adik lagi sorang tukang rasa pulak. tukar-tukar shift

kami adik-beradik lelaki tak rasa apa pun bila diorang perempuan-perempuan discuss pasal period ni semua. dari kecik sampai besar dengar benda sama. ni, adik dapat mc 2 hari senggugut
Quote aechae 25-4-2021 01:53 PM
Mkn fries je pun!!! Bkn dia bntai mkn nasi 1 pinggan dpn public...
Iols kt tmpt keja mkn kt pantry klu org nmpak tu kira nasib lah... org yg waras n reti bahasa tgk n senyum je.. i klu xleh puasa mmg lunch mkn nasi okeh
Quote krustykrab 25-4-2021 02:04 PM
DENGKI tuuuuuuuu

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055078 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top