CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5328|Reply: 3

Beribadat Dengan Lebih Tenang Di Rumah Sendiri, 10 Tips Ruang Solat Tarawih Di R

[Copy link]
Post time 25-4-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:41 PM




Solat terawih afdhal dibuat berjemaah, tapi kalau tak mampu boleh je dibuat di rumah sendiri, apatah lagi dengan situasi COVID-19 sekarang.



Pernahkah anda terfikir betapa indahnya jika rumah anda mempunyai satu ruang solat khas sendiri seperti musolla atau surau?



Jika rumah anda mempunyai sedikit ruang atau bilik kosong, jom jadikan ruang solat khas untuk anda dan keluarga. Boleh juga dijadikan tempat solat untuk tetamu yang bertandang ke rumah anda.



Bagi yang masih mencari idea untuk memanfaatkan lebihan bilik yang ada, memetik artikel dari PropertyGuru kami kongsikan idea surau kecil di rumah iaitu ruang khas untuk anda dan ahli keluarga bersolat tanpa bercampur dengan ruang lain.





1) Saiz Ruang Sesuai






Anda perlu tahu ruang yang mana sesuai untuk dijadikan ruang solat di rumah anda. Sebaiknya mengikut bilangan ahli keluarga yang ada agar selesa untuk solat berjemaah bersama.




2) Sesuaikan Dengan Arah Kiblat



Ruang solat anda akan lebih efektifjika terus mengadap ke kiblat, tidak berhadapan dengan pintu bilik, tiada gangguan untuk orang lalu lalang dan sebaiknya tidak mengadap ke bilik air.






Boleh juga dibuat pembahagian di antara tempat solat dan laluan untuk berjalan.


3) Perabot Minimum



Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot  memadai kelengkapan solat dan mengaji.







Cukup sekadar tempat gantungan sejadah, telekung serta kain pelikat, tempat letak Al-Quran dan buku-buku keagamaan dan kitab Al-Quran serta rehal.



4) Warna Tenang



Lazimnya warna pilihan untuk tempat ibadah menggunakan warna tenang seperti putih, hijau muda dan biru muda.






Pilihan warna yang menyejukkan mata adalah untuk menghasilkan effect ketenangan ketika beribadah di ruangan ini.



5) Karpet Tebal Selesa



Pilihan material karpet dan sejadah yang selesa dan lembut adalah amat penting di ruangan ini.






Jika anda mempunyai bajet yang besar, bolehlah memilih karpet jenis yang tebal dan berkualiti supaya anda selesa jika duduk terlalu lama ketika mengaji atau mengadakan sesi tazkirah.


6) Cahaya dan Udara







Pencahayaan dan pengudaraan merupakan antara elemen terpenting untuk ruangan solat. Pastikan elemen ini sesuai dengan dengan keselesaan anda sekeluarga.



Sebaiknya, biarlah ruangan tersebut mempunyai cahaya dan udara dari sumber alam semula jadi - berdekatan dengan tingkap di samping penggunaan lampu dan kipas yang sesuai.



7) Hiasan Dinding



Bagi hiasan ruangan solat pula, hiaslah dengan aksesori atau dekorasi dengan seminima yang boleh.






Karya seni keagamaan seperti gambar Kaabah ke atau khaligrafi khat ayat suci Al-Quran atau seni khat Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW antara hiasan dinding yang boleh diletakkan.






Jam azan juga boleh diletakkan di ruangan ini.



8) Harumkan Ruang



Islam menyarankan tempat solat bukan sahaja bersih tetapi juga wangi.





Jadi anda juga boleh sediakan wangian yang lembut dan segar di ruang solat dan air purifier yang therapeutic bagi mendapatkan keselesaan ketika beribadah.



9) Pokok Hijau



Bagi menghidupkan ruang solat, anda juga boleh meletakkan hiasan tambahan seperti pokok hiasan yang hidup.







Selain daripada kesegaran daripada tumbuhan ini, ia juga berzikir kerana semua makhluk alam ni memang berzikir dengan caranya tersendiri.



10) Tempat Wuduk



Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, anda boleh juga menyediakan 1 paip untuk memudahkan anda berwuduk yang berhampiran dengan ruangan solat .





Dengan adanya ruang solat khas di rumah, kita dapat beribadah tanpa gangguan dan solat anda akan lebih mudah untuk khusyuk. Solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di ruangan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. -CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik2nya ruang solat. best!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 03:28 PM | Show all posts
Kalau rumah luas ada kawasan tak salah sediakan ruang solat macam tu.  Kalau yang tak ada guna je ruang yang ada yang penting saf dapat dirapatkan.  Disebab solat dirumah sendiri tak perlu perjarakan macam dimasjid dan surau yang terpaksa ikut sop.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:58 PM | Show all posts
Cantiknya semua gambar yang dishare ni.Inspo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.090640 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list