CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sebiji Telur Je?' - Mangsa Bencana Rasa Seperti Dipermainkan Pemerintah

22-4-2021 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4509| Komen: 15

Description: Penduduk di Kupang, Nusa Tenggara Timur yang ditimpa bencana berasa kesal apabila hanya menerima sebiji telur, sebungkus mee segera dan sekilogram beras dari pemerintah daerah.
Penduduk di Kupang, Nusa Tenggara Timur yang ditimpa bencana berasa kesal apabila hanya menerima sebiji telur, sebungkus mee segera dan sekilogram beras dari pemerintah daerah.  

Lapor Kompas.com, kebanyakan mangsa bencana itu menyifatkan bantuan tersebut sebagai penghinaan buat mereka. 

Seorang penduduk, Amtiran berkata, bantuan itu dianggap sebagai jenaka susulan bencana yang melanda pada 14 dan 17 April lalu.  



“Walaupun kami ditimpa bencana seperti ini, tetapi kami masih ada pisang dan kelapa ubi yang nilainya masih lebih tinggi daripada bantuan pemerintah. 

“Kami berasa bingung dengan pemberian bantuan seperti ini,” katanya. 

Penduduk lain, Yuli Bureni turut meluahkan kekesalan itu.

“Bantuan ini sangat aneh. Kami rasa seperti dipermainkan oleh pemerintah. Biar kami dapat bantuan sedikit pun kami bersyukur, tetapi ini bantuan sebutir telur kami rasa sangat lucu,” jelasnya. 



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 22-4-2021 11:46 AM
haritu yg buang2 telur banyak2 kat indon kan
Quote jalfa 22-4-2021 11:46 AM
Kesianya..yg penting cukuuurrrr dek..sementara pemerintah dok yestana makan lobster ayam diorg kat kg lagi byk telo tau..suruh diorg ambik balik telo tu boh dlm seluar
Quote Nana_Man 22-4-2021 11:47 AM
felinecat replied at 22-4-2021 11:46 AM
haritu yg buang2 telur banyak2 kat indon kan

Yes!!!!  Buang rezeki kn.. skrg rezeki pun lari.
Quote Skuau 22-4-2021 11:52 AM
Langsung aja gue ke Msia.....
Quote damian_lee 22-4-2021 12:41 PM
Ala bantuan dari pemerintah biasanya banyak
Tapi ramai yang songlap

Benda biasa kat sana

Kadang ramai register untuk bantuan
Tapi yang dapat bantuan boleh kira ngan jari
Yang lain masuk poket orang yang kelola

Known issue
Quote Supersirap 22-4-2021 01:07 PM
Terima dengan seadanya, syukran
Quote Carcosa 22-4-2021 10:17 PM
Masak lah mee Sedaap tu boh telur sebijik tu  {:childlike
Yummeh juga di kala lapar
Quote helicornia 22-4-2021 11:00 PM
klu kt malaysia mcm ni tk cukup ayat nk sumpah seranah kerajaan
abis keluar sume vocab
tu pun tk reti bersyukur
Quote CikYaYaYa 22-4-2021 11:44 PM
Boleh laa pd takderr.. Kot pemerintah daerh pon xder bajet nk bagi banyak2 bantuan. Bukan sorg kot nak bagi.. Gitu laa iols cuba bsangka baik.  
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2021 11:58 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah...

Gelilah, macam tu beg wanita, sudah tu beg budak, ajar kari yelah pyaaaarrrr....

Ku yang arah langgar barang Gina, belilah yang canggih...

Pudu Raya boleh, ikut paramedik dara ya...

Gelilah tu, camner makcik call contact Farid kanak hot, rata-rata kuat tidur...

[youtube]vTIIMJ9tUc8[/youtube]
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:16 PM
Oh man..kesiannyaaa.
Quote ultra78 27-4-2021 05:02 AM
Telur itu utk dimakan atau dieram utk menjadi seekor ayam?
Quote AnBulisia 27-4-2021 09:07 AM
pergi check kat rumah Pak RT nya
pasti banyak stok
Quote fazamania 27-4-2021 09:11 AM
Macam dkt malaysia lah. Bantuan gomen bagi banyak bila diagih2kan yg dapat byk tu kroni, kaum kerabat. Balance baru bagi dkt orang.


Dkt indon lagi la teruk
Quote capiloton 27-4-2021 09:44 AM
biasa la corruption.
indon dan msia sama adik beradik spesis kebulur rasuah

kalau boleh semua benda nak di sakau untuk diri sendiri, kaum kerabat dan kroni.
saki baki baru bagi orang lain.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048635 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top