CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sambal Nyet Khairul Aming Cecah Lebih RM1 Juta Jualan Dalam Tempoh 3 Bulan!

22-4-2021 11:14 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11510| Komen: 47|Original author: Oleh: natrahn

Description: Terdahulu, Khairulaming pernah memecah rekod apabila dia berjaya menjual produk sambal air tangannya, Sambal Nyet sebanyak 10,000 botol dalam masa 54 minit.


Terdahulu, Khairulaming pernah memecah rekod apabila dia berjaya menjual produk sambal air tangannya, Sambal Nyet sebanyak 10,000 botol dalam masa 54 minit.


Terbaru, Khairul Aming berjaya mencatat angka jualan sebanyak lebih RM1 JUTA hanya dalam tempoh tiga bulan saja. Perkara ini dikongsikan menerusi laman Twitternya.



Selain itu, Khairul Aming juga menyatakan intipati post-mortem jualannya yang meningkat dari 1,000 botol ke 4,000 botol sehari. Antara yang menarik adalah, sambal itu laris setiap 30 saat hingga 1 minit bagi setiap sembilan slot jualan.

Menurut perkongsiannya, Sambal Nyet dijual setiap hari (kecuali Sabtu) dan penjualan ( terhad dua botol sahaja bagi setiap pelanggan) dipecahkan mengikut slot di bawah:

🌶9.30am🌶10am🌶10.30am
🌶11am🌶11.30am🌶12pm
🌶12.30pm 🌶1pm 🌶2.30pm 


Khairul juga sudah ada pasukan khidmat pelanggan yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pembelian sambal nyetnya.

Dari segi rasa sambal, atas permintaan ramai, Khairul memaklumkan telah meningkatkan tahap kepedasan dan memasak lebih lama sambal tersebut untuk menaikkan lagi aromanya.



Dalam pada itu, Khairul berkata, dia masih perlu membuat pengubahsuaian pada gudang sambal selain perlu menambah mesin dan kakitangan dari semasa ke semasa mengikut keperluan serta permintaan sambalnya yang meningkat setiap hari.

Bilangan pengikut Khairul di Shoppe turut meningkat hingga hampir mencecah ke 100k.

Kredit foto: Twitter Khairul Aming

Khairul berharap hasil jualannya boleh mencecah RM5 hingga RM7 juta setahun. Sekiranya ia berjaya dicapai, Khairul bercadang memasarkan produknya di kedai runcit dan kedai-kedai lain seumpamanya.


Kredit foto: Twitter Khairul Aming


Untuk info, gudang sambal nyet ini beroperasi dan diuruskan kakitangannya di Kelantan. Oleh kerana tidak boleh merentas negeri, gudang tersebut hanya boleh dipantau dari jauh sahaja oleh Khairul yang kini menetap di Kuala Lumpur.


Kredit foto: Twitter Khairul Aming

Kerana kesibukan menguruskan bisnes, Khairul turut memaklumkan video 30 Hari 30 Resepi dihasilkan setiap hari kerana dia mempunyai kekangan masa untuk menyiapkannya sebelum bulan puasa.

Pada akhir ciapannya, Khairul memanjatkan rasa syukur atas sokongan tidak berbelah bahagi dari keluarga dan para pengikutnya. Selamat maju jaya Khairul Aming. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 22-4-2021 11:31 AM
Kena tggu ada jual kat kedai runcit la baru dpt rasa..
Quote ezacbee 22-4-2021 11:33 AM
Susah nak beli asyik sold out.
Quote MissVixen 22-4-2021 12:35 PM
Ada sesiapa beli? Apa rasanya?
Harap2 dia terus jaga kualiti dan dapat jadi pembekal sambal besar besaran.
Quote swateng1 22-4-2021 12:37 PM
terus bukak shopee tp sold out..huwaaaaa
Quote adda001 22-4-2021 02:58 PM
Edited by adda001 at 22-4-2021 03:05 PM

kena prepare dua tiga minit awal, lepas tu refresh banyak kali, sebelum ni susah juga nak dapat, last dapat beli sebotol bulan 1, bulan ni dapat beli 4 botol, 2 botol bagi kat orang, sekarang dah senang sikit dapat beli, hari tu langsung x sempat nak bayar dah sold out, topup shoppepay siap2, terus click buy now, tangan kena cepat, sebab x sampai seminit dah sold out, boleh cuba pula untuk next slot sebab stok ada setiap setengah jam
Quote cikpah27 22-4-2021 04:47 PM
adda001 replied at 22-4-2021 02:58 PM
kena prepare dua tiga minit awal, lepas tu refresh banyak kali, sebelum ni susah juga nak dapat, las ...

Sampai sekarang ni iols masih tak sempat nak beli.. Hahahahha.. Sedap ke sambal dia?
Quote adda001 22-4-2021 06:26 PM
cikpah27 replied at 22-4-2021 04:47 PM
Sampai sekarang ni iols masih tak sempat nak beli.. Hahahahha.. Sedap ke sambal dia?

Bagi saya sedap, batch yg baru beli ni lagi pedas berbanding yg beli masa bln 1 hari tu, hari tu berkali2 cuba beli  xlepas, lps tu try beli sambal g**a tp tetap sambal khairul aming jg yg sedap bagi saya
Quote salmon-suki 23-4-2021 11:48 PM
MissVixen replied at 22-4-2021 12:35 PM
Ada sesiapa beli? Apa rasanya?
Harap2 dia terus jaga kualiti dan dapat jadi pembekal sambal besar  ...

Sbg peminat sambal,mmg sedap sambal dia..pedas giler lah..y xtahan pedas sila sedia air..hehehe..puashati dpt beli lps bbrp kali mencuba..n yes,xsmpai seminit terus sold out sambal dia..murung ai nk berebut utk order sambal tu..
Quote MissVixen 24-4-2021 12:40 AM
salmon-suki replied at 23-4-2021 11:48 PM
Sbg peminat sambal,mmg sedap sambal dia..pedas giler lah..y xtahan pedas sila sedia air..hehehe..p ...

Bagus review. Boleh iols nak beli lepas ni. Terima kasih
Quote salmon-suki 24-4-2021 12:47 AM
MissVixen replied at 24-4-2021 12:40 AM
Bagus review. Boleh iols nak beli lepas ni. Terima kasih

Sama2..lagi satu,kalau kreatif,boleh guna sambal tu dlm masakan jgk.. setakat ni ai letak sambal tu sedikit dlm lauk y ai beli kt kedai tp xde rasa umphh..ltk sambal ni sikit,ada laa rasa..hehe..mkn mcm tu je pn boleh..berbaloi beli
Quote talia 24-4-2021 11:43 PM
Sedap sambal dia, kalau yg kuat pedas tu mesti suka
Quote chandrahusin 25-4-2021 06:57 AM
Kat FB nmpak netz puji2 Khairul Aming
Sbb dh jual smbal juta2 kira dh tahap jutawan la kan
Tapi dia tetap humble tak flex kata netz
Aku cuma nak ckp kat Khairul Aming
Jgn pecaya dgn puji2an
Manusia ni boleh je puji2
Ada silap sikit.. diorg pya kecam takde ampun punya..
Quote hasniey 25-4-2021 02:03 PM
Akk ai brjaya beli.ai try boleh tahan pedas yee
Mula2 mkn xrasa pedas.rasa sedap je.makin lama makin pedas..tp mmg sedap.harga pon mampu milik
Quote anony-mous 25-4-2021 05:27 PM
Edited by anony-mous at 25-4-2021 05:30 PM

I dah rasa tp xphm apa yg hype sgt. Mgkin brand kuat . Rasa biasa2 je for me. Ingatkan rasa mcm sambal aym penyet. Nk rasa skali ok la tp xde rasa nk repeat. Harga pon boleh tahan. Better buat sdri. Utk travel / sekadar rasa ok
Quote ezacbee 25-4-2021 05:43 PM
chandrahusin replied at 25-4-2021 06:57 AM
Kat FB nmpak netz puji2 Khairul Aming
Sbb dh jual smbal juta2 kira dh tahap jutawan la kan
Tapi di ...

Retis2 pun ada gak menempel..
Quote dua_chzy 25-4-2021 07:12 PM
Akak dah terai sambal ni. Adik kemain gigih beli. Tak sedap sebab agak manis bagi akak. Akak tak tau apa yang hype sangat pasal sambal ni. I've tasted better sambals. Pemes sebab brand saje ke?
Quote dua_chzy 25-4-2021 07:15 PM
anony-mous replied at 25-4-2021 05:27 PM
I dah rasa tp xphm apa yg hype sgt. Mgkin brand kuat . Rasa biasa2 je for me. Ingatkan rasa mcm samb ...

Nampaknya taste kita sama. Ai lansung tak suka sambal ni. Makan sekali aja pehtu takda rasa nak repeat. Adik ai pon lama abeskan sambal ni kerana biasa ja katanya.
Quote dua_chzy 25-4-2021 07:18 PM
Baik la korang order sambal akak @rospinki. Ai think sambal sheol jauh lagik sedap (walau belum berkesempatan merasa namun sis yaqqqiinnnn).
Quote jargon 27-4-2021 01:19 AM
Aku dah rasa juga ..pedas je lebih pastu kadang rasa manih,xkonsisten..ni dr lidah aku lerr...last2 aku p redah taman puncak jalil beli stok sambal lesehan..sambal merana pedas nak mateyyyy dan sambal penyet kedua terpedas..sambal ijau pon podeh..then next terasi..smua under kedai lesehan ni..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050250 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top