CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Founder Kosmetik 'Merayau' Di Bazar, Borong Jualan Untuk Disedekahkan

22-4-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12449| Komen: 84

Description: ‘Founder’ kosmetik merayau di bazar Ramadan, borong jualan tak habis para peniaga Para peniaga bazar Ramadan tahun ini pastinya amat terkesan dengan dampak pandemik yang sedang melanda Tanah Ai ...
Sepotong video seorang lelaki mengunjungi satu lokasi bazar Ramadan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, tular baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, lelaki terbabit membawa sejumlah wang dan dirakam turut membeli semua makanan peniaga di bazar berkenaan dalam kuantiti yang banyak.



Kredit foto: IG Iddin

Malah, satu ciapan akaun @IsskndarAriffin di laman Twitter ada berkongsi mengenai perkara itu dengan memberitahu hidangan yang dibeli itu rupanya untuk disedekahkan kepada pengunjung bazar lainnya.

Hasil tinjauan, lelaki tersebut ialah pengasas produk ESW, Iddin Syah dan jelas Iddin, tindakannya di dalam video tular tersebut adalah sebagai golongan peniaga sepanjang Ramadan yang bersusah payah mencari rezeki.



“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini krn niat saya ikhlas.

“Saya sekadar kongsikan video itu di IG personal saya sbg content peribadi, sekaligus untuk memberi contoh yg baik kepada stokis dan ejen ESW.

“Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yg baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.

“Walaupun ada sebilangan kecil yg mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apapun pendapat mereka krn saya tahu itu bukanlah tujuannya,” tulisnya.


Kredit foto: IG Iddin

Penjelasan panjang lebar itu dibuatnya menerusi satu posting di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

“Setiap kali balik dr kerja melalui kawasan bazar ramadan, saya sayu melihat peniaga2 yg bertungkus-lumut mencari rezeki dlm keadaan hujan lebat.

“Memang byk hari dah hujan berlaku waktu ptg. Dlm hati “Ya Allah kesiannya depa ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sbb PKP 1.0 semua kena lockdown, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat”\

“Jadi saya pun ckp dgn anak team saya, jomlah kita pi bazar ramadan Seberang Jaya, saya nak buat kejutan dkt peniaga2 bazar ramdan. Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dkt saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini, Subhanallah tak terkata hebatnya.




“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yg saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan kebaikan,” tulisnya.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 21-4-2021 03:34 PM
klu hari2 dan tempat yg sama oklah
Quote Boomibulat 21-4-2021 04:35 PM
Kosmetik ape..
Quote 3chanceno 21-4-2021 04:47 PM
Mudah mudahan diberkati rezekinya dan ibadahnya diterima Allah swt..kosmetik apa eh??
Quote alieyrina 21-4-2021 07:08 PM
Patut cam kenai ja tempat tu..aku cam penah nampak kt ig..mcm mlm stail zizan mickey mouse. Kalau x silap aku la. Pantang kena komen mai la satgi konco2 anak didik bagai bekap..eww
Quote bakingsoda 21-4-2021 08:26 PM
kalau gi beli senyap2 je takde tukang rakam kang orang tak kenal puleks jenama ponder ni khenn
Quote annehuda 21-4-2021 11:04 PM
Kekadang aku heran founder product timbang kilo ni camne bleh jadi kaya-raya walaupun produk sendu nampak kat shopee je. Sape customers diorg ni, harap ejen je ke?
Quote piao 22-4-2021 07:36 AM
annehuda replied at 21-4-2021 11:04 PM
Kekadang aku heran founder product timbang kilo ni camne bleh jadi kaya-raya walaupun produk sendu n ...

aku pun hairan... tp rezeki ni ghaib beb...
Quote VespaSilbe 22-4-2021 01:48 PM
Situ sedap murtabak sg dua, popia basah ngan wantan mee
Tak dapat lagi merasa tahun ni
Quote lola0311 22-4-2021 02:01 PM
piao: aku pun hairan... tp rezeki ni ghaib beb...



Mmg ada pembeli sis. Aku ade member jd agent produk timbg kilo ni sebulan sale ratus ribu.walhal aku xpernah dengar pon nama brand tu
Quote makadek 22-4-2021 03:05 PM
bakingsoda replied at 21-4-2021 08:26 PM
kalau gi beli senyap2 je takde tukang rakam kang orang tak kenal puleks jenama ponder ni khenn {:run ...

Hello ebit pn bawak team ok borong makan
Quote helicornia 22-4-2021 06:28 PM
penatnya tengok founder2 produk punya gimik
Quote missyL 22-4-2021 07:50 PM
helicornia replied at 22-4-2021 06:28 PM
penatnya tengok founder2 produk punya gimik

Kan..
Kadang2 rasenye mcm more to marketing je
Quote user.name 22-4-2021 09:37 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BnJpRSvBsu1/[/ig]
Quote user.name 22-4-2021 09:38 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BmNp27nhdv5/[/ig]
Quote user.name 22-4-2021 09:39 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BXRBrHGAPIe/[/ig]
Quote user.name 22-4-2021 09:40 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BTQ8X7dB1Qq/[/ig]
Quote jualbelirumah 22-4-2021 09:42 PM
user.name replied at 22-4-2021 09:39 PM

berapa umur nie? nampak dedua cam bebudak baru abis / xabis sekolah je.. gaya pon ala2 sotong terliuk2. hebat betul budak2 lagi tapi da pandai buat duit juta2 diorg nie. cemane agaknya diorg meniaga ya?
Quote user.name 22-4-2021 09:42 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BCnxLBSKE43/[/ig]
Quote user.name 22-4-2021 09:45 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BSSSR6bBt_5/[/ig]

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054920 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top