CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kereta Masuk Lubang Tengah Jalan

22-4-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3169| Komen: 13

Description: Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab di sini pada Rabu.
Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab di sini pada Rabu.

Foto kejadian melibatkan kenderaan terbabit tular di laman sosial Facebook sekali gus mengundang kerisauan pengguna laluan tersebut khususnya.


Difahamkan laluan tersebut pernah dibaiki dan kejadian paip pecah di lokasi terbabit pernah terjadi sebelum ini.

Kredit foto: FB

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati laluan tersebut telah ditutup kepada pengguna akibat paip utama yang pecah, namun masih ada pemandu kenderaan yang menggunakan laluan terbabit.

Dalam pada itu, masalah paip pecah itu telah mendapat perhatian Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) yang akan melakukan kerja-kerja penggantian dalam tempoh secepat mungkin.



Kredit foto: FB


Namun Paip turut memaklumkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan membabitkan 5,500 akaun bermula jam 8.30 pagi hingga 11 malam, Rabu berikutan paip utama jenis AC bersaiz 400 milimeter pecah di kawasan tersebut. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 22-4-2021 09:52 AM
adoi...laluan dah tutup tapi kete masih boleh lalu ke camne?
Quote tipah89 22-4-2021 10:11 AM
alahai yg letak kon tu pun mengelirukan..
Quote saviour_09 22-4-2021 10:53 AM
semekeme

things end but memories last forever
Quote taji2906 22-4-2021 10:55 AM
kalau mcmni, insurans mcmne eh? ke claim ke pbt?
Quote airmineral 22-4-2021 11:16 AM
seramnye.. tp ni kira salah pemandu la kan?
Quote mejaputih 22-4-2021 11:18 AM
kalau letak kon mcm dalam gambar tu mmg mengelirukan...kon brp bijik je jauh2 lak tu ..ada nampak tali tape tapi kalau tgh memandu biasanya tak perasan tali tu...patut kena letak kon yg 4 segi tu sekeliling lubang itu...
Quote MontanaHannah 22-4-2021 11:41 AM
Na3uzubillah
Quote Carcosa 22-4-2021 10:27 PM
Meols mmg seriauuuu kalau drive ada lopak2 air ni.
Selalu slow down, and cuba elak. Pegi mampos dgn kereta blkg yg hangin dan hon2, ingatkan meols sayang kereta taknak percik2. Kang aku mampos terjunam, kau nak biaya kehidupan anak aku?
Gitu, tiber meols naik hangin {:laugh
Quote Jitu 22-4-2021 10:53 PM
adoi letak kon mcm tu je mana org tahu tak boleh lalu
Quote Jitu 22-4-2021 10:58 PM
Carcosa replied at 22-4-2021 10:27 PM
Meols mmg seriauuuu kalau drive ada lopak2 air ni.
Selalu slow down, and cuba elak. Pegi mampos dgn ...

lg satu kebaikan bila kita jaga elak lopak air ni dpt elakkan air masuk dlm gearbox
baru2 ni tukar minyak gearbox terkejut tengok minyak jd putih berminyak
nasib baik gearbox manual klu auto mmg jahanam dah
aku suspek minyak tu jd mcm tu sbb redah lopak air
Quote Carcosa 22-4-2021 11:04 PM
Jitu replied at 22-4-2021 10:58 PM
lg satu kebaikan bila kita jaga elak lopak air ni dpt elakkan air masuk dlm gearbox
baru2 ni tuka ...

Ohhh gitu ke akibatnya chuols?
Terima kasih sbb kasi knowledge baru. Harus meols teruskan aktivitas mengelak lopak ketika memandu.
Dan mengelak membeli produk Lopak dlm kehidupan sehari2. Kihkihkih.
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:23 PM
Allahu. Mesti tak nampak lopak air tu.
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:23 PM
Hati2 bila drive di jalan raya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055498 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top