CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Lantaklah, Rumah Aku' - Anak Geli, Malas Balik Rumah Ibu Pengotor

22-4-2021 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10287| Komen: 30

Description: Seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai ibunya sendiri di grup Facebook Kisah Rumah Tangga kerana tidak tahan dengan sikapnya yang pengotor.
Seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai ibunya sendiri di grup Facebook Kisah Rumah Tangga kerana tidak tahan dengan sikapnya yang pengotor.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia bagaikan sudah putus asa dengan sikap orang tuanya yang tak pernah berubah sejak dia bujang sehinggalah mendirikan rumah tangga.



Gambar hiasan

"Rumah mak ayah kotor sangat sampaikan ada masanya saya geli nak pijak. Setiap kali saya balik rumah mak saya, saya akan bersihkan rumah tu.

"Saya pernah tegur mak ayah saya tentang rumah tu, dia jawab... lantaklah rumah aku. Kadang-kadang tu mak saya baru balik kerja, dia main campak je pakaian dia.

"Kadang-kadang saya sampai segan dengan suami saya sebab perangai mak ayah saya. Sampai malas nak balik bermalam di sana.

"Walaupun suami saya jenis tak kisah, tapi saya tetap tak selesa untuk anak-anak," luahnya.


Tambah wanita itu, dia juga segan setiap kali tetamu berkunjung ke kediaman ibu bapanya.

Malah, dia juga pernah menjumpai kuih yang sudah luput di bawah katil serta pisang buruk di atas meja makan kediaman mereka.

Lebih teruk katanya, adik-beradiknya pula sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pemalas di hadapan tetamu.

Malah, dia mengakui sering bergaduh dengan ibunya mengenai kebersihan rumah ketika masih bujang dan dia berasa lega dapat duduk di rumah lain selepas berkahwin.

Selain tidak menjaga kebersihan, ibunya dikatakan suka mencerita aib keluarga kepada orang lain.

Luah wanita itu, dia sebenarnya risau untuk berkongsi kisah itu di Facebook, biarpun tidak mendedahkan identitinya kerana takut aib keluarga terbuka.


Kredit foto: FB KRT

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen, meminta agar ibunya dilembutkan hati dan berubah suatu hari nanti.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui wanita itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 22-4-2021 12:32 PM
ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh katil malas kemas. kusyen2 sofa habis turun. baju gantung saja. baju bersih malas lipat gumpal2 je dalam almari.

ciri ni ko boleh nampak rumah dia bersepah tapi toilet atau dapur dia bersih.

orang pengotor ni pinggan berulat, toilet busuk, berlumut, lantai melekit, lantai kuning. rumah busuk. cawan milo bawah katil etc. pad atau pantyliner tak buang.
Quote MissVixen 22-4-2021 12:38 PM
Bagus anaknya. Bukan pandai sound je tapi rajin tolong kemas balik. Kotornya makanan expired berterabur dekat tempat tidur. Mesti sarang semut, lipas, tikus...
Ada masalah jiwa kot mak pak dia.
Quote farlis 22-4-2021 12:52 PM
I pernah masuk toilet 1 family.. Ya Ampunnn... Berkulat licin mcm toilet tinggal..  Tak jadi nk masuk
Quote _blackbird 22-4-2021 02:03 PM
hahaha.. ni mcm parent iols. aritu iols gantikan perabut lama ke perabut baru then sampah sarap iols buang ler mcm pinggan pecah, bakul pecah kotak kosong yg mmg dia perap tak guna2 bertahun2. parents iols kemain marah sampai terpekik terlolong malu dgn jiran2. dia labelkan iols anak derhaka siap doakan kan hidup iols tak berkat susah seumur hidup. kalau kita sapu sampah / mop lantai basuh toilet ke pandangannya mcm kita ni nak mencuri pulak, pastu ckp dgn org anak2 malas taknak tolong, samalah lah mcm kisah kat atas tu. susah nak ckp. kdg org luar tak tau cerita sebenar terus mengeji. sebenarnya ramai je parents mcm ni cuma anak2 ni malas nak buka aib mak bapak. parents je suka buka aib anak2 sendiri sampai 1 tahap anak pon meluat nak layan. siapa yg ada parent helok perangai nya untung lah. iols pon kadang jeles tgk parent member2 iols yg ok
Quote makadek 22-4-2021 02:59 PM
farlis replied at 22-4-2021 12:52 PM
I pernah masuk toilet 1 family.. Ya Ampunnn... Berkulat licin mcm toilet tinggal..  Tak jadi nk masu ...

Pernah ..tk jd masuk ....
Quote GigaMom 22-4-2021 02:59 PM
ellejo: ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh katil malas kemas. kusyen2 sofa habis turun. baju gan ...


dekat rumah, benda paling kerap ai bersihkan ialah toilet.
Sebb tu ai pg rumah org kdg2 x masuk toilet
Pg resto x masuk toilet
Toilet awam bila terdesak
Takut trauma
Quote makadek 22-4-2021 03:02 PM
Pggl adek brdik buat house cleaning
Kalau depa tggl ber 2 alat dapur semua tgglkn ngam2 ... Lelain tu simpan
Apoo laa .laki aku cerwet .td dia balik
Tgk aku ngemas ..dia ckp rumah ni kemas pn sepah.. Abis dh ade anak2 mmg la ade tukang sepah.. Kalau blik rumah kemas dia akn puji kiteorg
Quote Supersirap 22-4-2021 03:02 PM
Ingatlah sebagai insan yang berugama islam, kebersihan adalah perkara asas, sentiasa ingat akan perkara ini
Quote Jitu 22-4-2021 03:12 PM
mak aku cukup pantang kotor bersepah ni
jenuh aku kena rotan masa bebudak dulu
sekarang ni umur dah 30 an aku pulak yg pantang tengok rumah sepah2 ni tp masih boleh lg bertoleransi tidak lah sampai nak mengamuk marah2
Quote belacan_gurl 22-4-2021 03:14 PM

Dia senang je....masuk umah org..... Minta nk guna toilet je.... dan sesambil tu ushar belakang umah dorang..... Dari situ kita tau dah mcmana tahap bersih mereka
Quote helicornia 22-4-2021 06:33 PM
aku klu kenal lelaki aku nk tengok rumah family dia dulu camne. aku tk bole bayang seumo hidup nk balik rumah mak mertua yg kotor ewww nanti nk masuk toilet paling aku cemas sekali. btw camne la dia bawak laki dia balik jumpa parents dulu
Quote akies 22-4-2021 08:28 PM
Memang ada jenis perangai camni.
Iols kalau balik rumah en suami, siap tolong bersihkan toilet.
Sebab sakit mata nengoknya

Kadang2 didikan mak ayah kita akan bentuk kita pada masa hadapan.
Mak iols suka kemas rumah.
Jdi kitaorg adik beradik dh terbiasa keadaan rumah yang kemas.
Begitula...
Quote kimbora 22-4-2021 09:22 PM
Ada je orang yang aku kenal memang mak bapaknya malas betul ye nk mengemas rumah. Mak nya tau nk melawa cukur kening sampai nipis gelang macam anak mami panjangnya. Tapi rumah tu aku pijak lantai je boleh rasa berdebu. Toilet tak payah cakap lh macam mana teruknya.
Biasa mak2 ni busy mana pun keje, hari cuti mesti ngemas rumah. At least sikit2 lah. Ni macam tak pernah mengemas menyapu menyental langsung.
Quote TerataiMelur02 22-4-2021 11:34 PM
farlis replied at 22-4-2021 12:52 PM
I pernah masuk toilet 1 family.. Ya Ampunnn... Berkulat licin mcm toilet tinggal..  Tak jadi nk masu ...

Sama la. I pulak rumah kawan. Masuk ruang tamu bersepah, lepas tu dia ajak g dapur makan2.. Ya ampun bersepah jugak. Entah kenapa time tu jugak nak terkucil. Tandas nye kuning, lantai kotor.
Paling i geli, selipar masuk jamban itu la jugak selipar d bawa ke dapur.

Padahal rumah dia tu dia ngan adik dia je, takde budak kecil pun.tak faham kenapa bersepah.

Lepas dari tu kalau dia ajak makan2 rumah dia, ramai yang takmau pegi.. Hahahah
Quote ungkuu 23-4-2021 11:08 AM
Umah mil dia mmg jenis x ngemas.. dgn suke berkemban nye.. asal blk je mmg brkemban.. kdg trpkir gak x malu ke ngn mnantu ape seme.. lntai 1umah minyak, tikus tu mcm hamster jurr.. fil aku sndiri ckp mak kmu tu jnis x reti nak beli kain2 nk lap meja ke ape ke.. dlu ade ank ppuan dia duk situ dia lah ngemas.. now ank ppuan dia dah kawen still lg hrp ank tu blk kmas umah lipat kain yada yada.. kdg bra duk trgantung je kat pintu.. adoii tp kauu bile kua je umah kemainn haaa.. lecu meroh mak ngah kauu kalah ank dara.. hewhewhew kbai
Quote renko 24-4-2021 06:18 PM
orang pengotor cmni
letak dalam kandang lembu je
Quote Belibis 24-4-2021 07:04 PM
ellejo replied at 22-4-2021 12:32 PM
ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh kat ...

Paling jijik..jenis tinggal lampin anak kat lantai tandas..ada ipar duai jenis macam ni time raya..
Quote supernaturalee 25-4-2021 08:07 AM
Mcm kisah 1 forummer je ni


Quote chilly 5-6-2021 09:46 AM
ellejo: ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh katil malas kemas. kusyen2 sofa habis turun. baju gan ...

Tetap tak berkenan dua kategori di atas.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.182072 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top