CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Syahiran Dan Uyaina Arshad Tak Mahu Majlis Kahwin Dikecam

22-4-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6340| Komen: 15

Description: Penyanyi, Raja Syahiran ingin menamatkan zaman bujang dengan pasangannya, pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin, namun perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ...
Penyanyi, Raja Syahiran ingin menamatkan zaman bujang dengan pasangannya, pengacara Uyaina Arshad secepat mungkin, namun perlu mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami.


Syahiran berkata, banyak faktor yang dilihatnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Foto: IG

"Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.

"Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya. Jadi, saya nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya sama ada dia dan Uyaina sudah menetapkan tarikh perkahwinan, Syahiran memilih untuk tidak mendedahkannya.



"Kami akan umumkan nanti. Kalau boleh, secepat mungkin dan kalau diizinkan dalam tahun ini, maka kami akan melangsungkannya tahun ini," katanya.

Syahiran juga cuba sebaik mungkin untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana tidak mahu timbul isu-isu lain yang meragut kesucian perkahwinan.



"Kami nak perkahwinan kami diiringi doa yang baik-baik daripada orang ramai. Kalau boleh, kita lihat contoh perkahwinan selebriti yang berlaku dan mendapat pelbagai kecaman masyarakat.

"Jadi, kalau boleh saya tak mahu berlaku sebarang salah faham atau apa-apa isu selepas majlis," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 22-4-2021 12:27 PM
Uyaina nape suka jelir lidah
Quote NazRysha 22-4-2021 12:32 PM
MsKathryn replied at 22-4-2021 12:27 PM
Uyaina nape suka jelir lidah

gatal kan minah ni
tak suka dia berlakon mimik muka macam tu
Quote swateng1 22-4-2021 12:32 PM
bencinya la haiii aku nengok pompuan2 bertudung ke tak bertudung ke tangkap gmbaq jelir2 lidah.. mcm shondellll sangat. apa kau nak ni? nnt dah kena sexual haresmen, lg ko meroyan  tulih kat ig... padahai diri sendiri yg meminta
Quote URUHA 22-4-2021 12:37 PM
So what? Korang nak kawen ke, cerai ke ada kepentingan ke utk rakyat & negara? Duk bising pasal nak kawen tapi x kawen2 jugak
Quote doubleA 22-4-2021 12:43 PM
Ingat comel ke jelir lidah? Iols yg dah kawen ni pun tak gamak nak jelir lidah dalam video atau gambar. Btw deme sama padan nikah jela cepat2
Quote winky1 22-4-2021 04:31 PM
Tabiat ulor
Quote cikatilia 22-4-2021 04:32 PM
lemau dan bosan la dia ni
Quote Aneem 22-4-2021 07:29 PM
doubleA replied at 22-4-2021 12:43 PM
Ingat comel ke jelir lidah? Iols yg dah kawen ni pun tak gamak nak jelir lidah dalam video atau gamb ...

Dia perasan dia comel
Tu yg over react..
Walhal org yg nengok gelimattt
Quote slyfynx 22-4-2021 07:43 PM
Korang sape?
Orang x kenal pun korang sampai nk mengeji.
Ape ntah lagi memuji
Quote Mary_jane 22-4-2021 10:22 PM
I suka plak tengok dia berlakon dengan yusof bahrain tu.
Quote awenda507 23-4-2021 02:00 AM
X berkenan asik menjelir2 lidah mcm tu
Quote dudaberhias 23-4-2021 03:02 AM
swateng1 replied at 22-4-2021 12:32 PM
bencinya la haiii aku nengok pompuan2 bertudung ke tak bertudung ke tangkap gmbaq jelir2 lidah.. mcm ...

sama la kaka... iols rengsa cikki tudung ke tak tudung atau jejan posing2 jelir lidah...mesti deorang rasa dah comel sangat la tu duk terjelir2 lidah macam ikan cencaru...

tapi kalau betul2 herlok dan hensem dan cantik tu takpe iols maafkan...
kalau tak di maafkan tu maknanya tak cukup herlok dan cantik, so sila cuba lagi... boleh pergi klinik kat sunway atau hatyai dengar kata ada promosi aidilfitri, nak cantik dan tambah dosa sebelum raya agittew.
Quote Iimaukasturi 23-4-2021 05:45 AM
Cepat lah nikah pastu duk umah diam2..
Quote Perawankota 23-4-2021 06:25 AM
Mary_jane replied at 22-4-2021 10:22 PM
I suka plak tengok dia berlakon dengan yusof bahrain tu.

Lagi suka tgk Shaza bae dgn Yusof
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:20 PM
Org takkan kecam kalau ikut SOP.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049595 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top