CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beradik Teo Didenda RM11,500 Kerana Jual 'Minyak Cap Kapak'

14-8-2020 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7443| Komen: 39

Description: Tiga beradik mengaku bersalah menjual lebih 350 botol minyak angin cap kapak tiruan.
Tiga beradik mengaku bersalah menjual 362 botol minyak angin tiruan pelbagai saiz menggunakan cap dagang berdaftar iaitu cap kapak.


Gambar hiasan


Sinar Harian melaporkan, Teo Fang Chin, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan di Mahkamah Sesyen di Melaka Tengah, manakala Teo Fang Hao, 25, dan adiknya Teo Wei Chiang, 23, membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Norma Ismail di mahkamah berasingan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.28 sehingga 12.47 tengah hari di tiga buah kedai ubat di lokasi berasingan di Melaka Tengah pada 11 Ogos lalu.

Laporan menganggarkan kesemua barang tiruan itu bernilai RM2,123.90.


Kredit foto: Sinar Online


Difahamkan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(ii) akta sama.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Chiew King dan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid memohon barang bukti dikembalikan untuk dilupuskan.

Manakala, Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tiga beradik itu merayu hukuman denda rendah dengan alasan tertuduh perlu menyara ibu bapa dan seorang bapa saudara orang kurang upaya (OKU) selain ia kesalahan pertama mereka.


Kredit foto: Sinar Online

Elesabet kemudian memutuskan Feng Chin perlu membayar denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar.

Manakala, Fang Hao diperintahkan Norma membayar denda RM7,000 atau enam bulan penjara dan RM1,500 atau dua bulan penjara terhadap Wei Chiang. - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qistiena 14-8-2020 01:33 PM
Lepas ni buat brand Teo brothers
Quote Scheherazade 14-8-2020 01:36 PM
Kt mana depa jual hat tiruan ni? Nasib la aku mmg beli kt farmasi. Aku suka minyak cap kapak ni, kalau perut memulas tp xleh buang, sapu kt perut, tunggu la, x lama pastu mesti ke bilik air. Klu penin pun, aku suka guna minyak ni
Quote Mr.Theodore 14-8-2020 01:38 PM
Meols kalau lepas hiking memang guna Minyak ni sapu satu badan dengan bedak Bugis.
Quote Budakmomok 14-8-2020 02:11 PM
Bahaya jual barang tiruan. Membahayakan pengguna
Quote tokchik 14-8-2020 02:44 PM
Iagu mana nak tau original ke tidak?
Quote LadyCarefree 14-8-2020 02:54 PM
Jangan cakap cina tak kena
Quote Belibis 14-8-2020 02:55 PM
Buat jer la brand sendiri.cap golok,parang,kerambit.nk jugak tiru hak orang.
Quote husna_amal 14-8-2020 03:42 PM
Nak senang terus buat copy ori. Tapi jual harga sama.
Quote mizruncing 14-8-2020 03:42 PM
patut la dlu penah pkai pas tu rasa cm lain. bau dia lain pas tu bila dh pakai tak surut2 pn pening kepala. lg rasa makin panas ade laa. xtau laa tu fake ke ape
Quote c===8 14-8-2020 03:44 PM
teringat cerita doremi
Quote Artemesiaa 14-8-2020 03:44 PM
Banyak barang tiruan sekarang ni kalau tak hati2 pasti terbeli pula.
Quote salimrock 14-8-2020 03:45 PM


kali ni jual myk cakp kapak tiruan


lenkali jual obat kot.e keras, besar dan tahan lama  tiruan pula...


Quote salimrock 14-8-2020 03:46 PM
teringat cerita P ramlee

hai obat hai obat mari beli obat
Quote salimrock 14-8-2020 03:47 PM
Hakim Elesabet Paya Wan


aku rasa masa buat surat beranak , patut nak letak ELisabeth...tp si pendaftar type Elesabet
Quote c===8 14-8-2020 03:47 PM
salimrock replied at 14-8-2020 03:45 PM
kali ni jual myk cakp kapak tiruan

gilaseks la lu salim
Quote salimrock 14-8-2020 03:57 PM



biar tak hensem, janji barang naik....
Quote Hizert 14-8-2020 04:02 PM
P!! Memang kena kapak dah para pengguna sekalian.
Quote Pixie902 14-8-2020 06:22 PM
mizruncing replied at 14-8-2020 03:42 PM
patut la dlu penah pkai pas tu rasa cm lain. bau dia lain pas tu bila dh pakai tak surut2 pn pening  ...

Pernah juga dulu beli minyak cap kapak tapi dua tiga kali pakai bau dia jadi mcm busuk, tak tau nak describe tapi lain dari yg biasa beli.  
Selalu sampai habis sebotol bau dia still tak berubah...terfikir juga brg tiruan ke...tapi tak reti nak bandingkan tiruan dgn asli....cuma sekarang
tak beli di kedai sembarangan..beli di kedai tertentu yg bau minyak dan rasa berangin maintain sama sampai habis sebotol...hihi
Quote underground 14-8-2020 08:21 PM
ada je banyak ubat tiruan.

panadol, kapak, ubat batuk ibu anak, kelapa afrika, syampu etc.

pernah didedahkan dulu.

ada kilang ni memang keje dia klon produk2 popular.

termasuk ubat, supplemen, kosmetik timbang kilo.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060171 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top