CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikut Ke Kelab Malam Takut Suami Berfoya-foya Dengan Wanita Lain

16-8-2020 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8894| Komen: 42

Description: Seorang wanita ditahan bersama suami di pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi memberi alasan mahu menemani suami kerana bimbang lelaki berusia 40 tahun itu berfoya-foya dengan wanita lain di ...
Seorang wanita ditahan bersama suami di pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi memberi alasan mahu menemani suami kerana bimbang lelaki berusia 40 tahun itu berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.


Ketika disoal, wanita berusia 39 tahun itu juga memaklumkan berkunjung ke kelab malam itu kerana mahu merasai keseronokan suasana di pusat hiburan.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu memiliki empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun.


Kredit foto: AWANI

Selain pasangan terbabit, 27 individu lain turut ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Datang dengan suami, dia bawa datang sini. Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP," kata wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus mengesahkan tangkapan itu menjelaskan mereka ditahan kerana aktiviti pusat hiburan di pulau itu masih belum dibenarkan beroperasi selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.


Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Malah, enam daripada mereka yang didapati positif methapetamine dan ganja disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI
4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 16-8-2020 12:31 PM
Dah 3x datang. Ketagih rasa seronok lah tu! {:thief
Quote sukacactus 16-8-2020 12:50 PM
Xpuas berseronok masa muda ke kak oii
Yg ko gatal kawin awal dl kenapa
Quote jerukkedondong 16-8-2020 01:01 PM
Hai la kak oii...4 anak ko tinggal kan kat rumah...ko dgn laki berjimba2 tak sedar diri ye
Quote rospinki 16-8-2020 01:07 PM
clubbing
Quote sarah82 16-8-2020 01:12 PM
Dia buat apa yg dia rasa perlu utk selamatkan suami dia
Quote gummiebear 16-8-2020 01:43 PM
Hadoii kang esok2 anak2 pulak sambung legasi clubbing jangan lah marah ya kak
Quote Belibis 16-8-2020 01:43 PM
Hah..ni dia isteri mithali.bkn senang nak jumpa.
Quote ellez 16-8-2020 01:47 PM
Sekarang tidak seswai utk.kesana..
Tahun dpn ok..
Xde salah pun dah ada anak pegi clubbing sekali sekala..
My sis pun pegi jua dari dulu..
Gilir2 kami teman suami..
Xde masalah
Muafakat membawa berkat..
Agitchew
Quote sharlenetexas 16-8-2020 02:00 PM
Edited by sharlenetexas at 16-8-2020 02:02 PM

Tak mau. Itu semua maksiat!

[youtube]NJIQB5Q4iQY[/youtube]

Quote 3480 16-8-2020 02:13 PM
Ok lertuuu.. p dgn bini. Klu p dgn pompuan lain..
Quote djzara81 16-8-2020 02:20 PM
Tak pnh msk kelab malam.
Quote kuzaime 16-8-2020 02:51 PM
Seranggi2 aku masa muda dulupun x pernah sekalipun kaki aku jejak ke club mlm x minat. Maybe salah 1 faktor aku ada fobia tempat yg sesak nak2 cahaya pun ada x ada aje
Quote chinta89 16-8-2020 02:52 PM
amboi jaga suami dari berfoya2.. anak tgal kat rumah. huhu
Quote TomyamPuteh 16-8-2020 02:57 PM
Kompaun tu laki byr ke guna duit sndiri?
Quote yuki812 16-8-2020 03:19 PM
Ni memula sbb nak kawal suami...
Mana tau..lama2 syok pulak kat sana..
Nampak nau masa bujang tak pernah berliburan gitu. Tuk iols..dah  serabut usia gini ngn hingar bingar..cahaya lip lap gitu. Dengar lagu sendiri2 ja. Lagi syok kat umah dengar anak gaduh2 manja..nangis2..
Quote belacan_gurl 16-8-2020 03:31 PM
Hahahahah alasannnnnnn....sudahlaaa makcik
Quote sranua 16-8-2020 03:34 PM
Dah ada anak pun tak sedar diri lagi.....apa dah...
Quote Normabaru 16-8-2020 03:45 PM
Yg peliknya majlis lain semua penjarakan sosial dh mcm xde.. Kenduri kawen.. Majlis rasmi kerajaan.. Team building instafemes.. Lakonan dan penggambaran Semua pon xpki mask.. Xde social distancing alih2 kelab mlm still xblh operate.. Kasi jela.. Yihh
Quote kelapaparut 16-8-2020 03:52 PM
kuzaime replied at 16-8-2020 02:51 PM
Seranggi2 aku masa muda dulupun x pernah sekalipun kaki aku jejak ke club mlm x minat. Maybe ...

i pun xpg club mlm sbb takut club mlm terbakar dan tperangkap dlm tu

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.067856 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top