Seorang wanita ditahan bersama suami di pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi memberi alasan mahu menemani suami kerana bimbang lelaki berusia 40 tahun itu berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.
Ketika disoal, wanita berusia 39 tahun itu juga memaklumkan berkunjung ke kelab malam itu kerana mahu merasai keseronokan suasana di pusat hiburan.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu memiliki empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun.
Kredit foto: AWANI
Selain pasangan terbabit, 27 individu lain turut ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Datang dengan suami, dia bawa datang sini. Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP," kata wanita itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus mengesahkan tangkapan itu menjelaskan mereka ditahan kerana aktiviti pusat hiburan di pulau itu masih belum dibenarkan beroperasi selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.
Malah, enam daripada mereka yang didapati positif methapetamine dan ganja disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI
Post time 16-8-2020 01:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sekarang tidak seswai utk.kesana..
Tahun dpn ok..
Xde salah pun dah ada anak pegi clubbing sekali sekala..
My sis pun pegi jua dari dulu..
Gilir2 kami teman suami..
Xde masalah
Muafakat membawa berkat..
Agitchew
Post time 16-8-2020 02:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seranggi2 aku masa muda dulupun x pernah sekalipun kaki aku jejak ke club mlm x minat. Maybe salah 1 faktor aku ada fobia tempat yg sesak nak2 cahaya pun ada x ada aje
Post time 16-8-2020 03:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni memula sbb nak kawal suami...
Mana tau..lama2 syok pulak kat sana..
Nampak nau masa bujang tak pernah berliburan gitu. Tuk iols..dah serabut usia gini ngn hingar bingar..cahaya lip lap gitu. Dengar lagu sendiri2 ja. Lagi syok kat umah dengar anak gaduh2 manja..nangis2..
Post time 16-8-2020 03:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg peliknya majlis lain semua penjarakan sosial dh mcm xde.. Kenduri kawen.. Majlis rasmi kerajaan.. Team building instafemes.. Lakonan dan penggambaran Semua pon xpki mask.. Xde social distancing alih2 kelab mlm still xblh operate.. Kasi jela.. Yihh