CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Ampun Bagimu, Ibu Tak Halal Air Susu Kerana Harta Pusaka

17-8-2020 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11854| Komen: 78

Description: Wanita nekad tidak memaafkan tindakan anak lelaki yang nekad menuntut harta pusaka bapanya, baru-baru ini.
Wanita nekad tidak memaafkan tindakan anak lelaki yang nekad menuntut harta pusaka bapanya, baru-baru ini.

Terdahulu, Rully Wijayanto, 32, menuntut pembahagian harta pusaka membabitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta wang pencen selepas Praya Tiningsih, 52, tidak membenarkannya menambah ruang tamu dan dapur rumah mereka.


Menurut Kompas, dalam tuntutannya Rully mengkhususkan empat perkara termasuk pembahagian tanah kepada setiap pewaris mengikut hukum faraid, namun ditolak Tiningsih dari Semayan, Lombok Tengah.


Kredit foto: Kompas/TribunNews

"Saya tidak maafkan dia. Dia harus bayar air susu saya. Saya penat menjadi ibu, saya bosan.

"Saya tolak perkara pertama. Dia tetap mahu tanah tetapi wasiat bapanya (tanah) tidak boleh dibahagikan.

"Saya tolak perkara empat kerana pencen itu lebih kepada hak saya," katanya sedih.


Tetap dengan pendiriannya, Tiningsih menjelaskan Rully telah melanggar kehendak dan pesanan arwah suami.

"Ketika hidup dan masih menderita angin ahmar pada 2016, arwah berpesan bahawa rumah diduduki sekeluarga tidak boleh dibahagikan atau dijual dan perlu menjadi rumah bersama," katanya.

Rully bagaimanapun mendakwa pembahagian itu perlu dilakukan supaya tiada orang luar mengambil kesempatan atas hak mereka. - CARI


4

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 17-8-2020 12:22 PM
Usaha la sendiri wahai anak oi. Rully ni laki ke pempuann?
Quote Mina2215 17-8-2020 12:28 PM
Anak lelaki. Barangkali lelaki tunggal tu pasal bekeras nak faraid
Quote Nenasketum 17-8-2020 12:31 PM
Memula nak baca pastu tengok Yindon, kensel. Banyak plak cerita dari seberang, ramai 1st born dah masuk porem ek.
Quote CardiGans85 17-8-2020 12:32 PM
Tolong la buat wasiat. Jgn ckp dgn air liur in term of pesanan tu.

Tak salah pun anak lelaki tu nk tuntut faraidh .
Quote batu kikir 17-8-2020 12:36 PM
Pondan dan bacul sangat seorang anak mengharap-harap harta pusaka.
Kalau orangtua nak beri pusaka pada kita...........kalau ada adik beradik lain yg lagi susah dari kita..........kita cakap kat orangtua kita........bagilah pusaka tu kat adik, abang , kakak yg lagi susah
Kalau semua adik beradik orang ada2..........ambil lah dan ucap terimakasih. Kalau kita memang jenis berduit (kalau banyak duit la).........wakafkan tanah untuk jadi surau atau masjid biar orangtua mendapat pahala berterusan.
Itu prinsip aku.
Anak jantan cari sendiri harta.........jangan bawak 2 biji telor je kehulu kehilir.....tapi satu sen tarak guna. Satu lagi makan kudrat (atau gaji) isteri. Nampak bergaya, rumah besar...kereta mewah........tapi isteri support separuh perbelanjaan. Walopon isteri redho'..........tapi bagi aku.........lelaki mcm ni pun tarak guna juga.
Quote zie_indah 17-8-2020 12:38 PM
Harta pusaka kalo betoi digunakan akan mnjdi manafaat tp akan seblik nye... Boleh jadi pergaduhan
Quote TomyamPuteh 17-8-2020 01:31 PM
Meriah sggh la negara trisna ni kan....
Quote abangadek 17-8-2020 01:45 PM
harini berebut2 esok2 berbunuh2 yindon watdoyuexpek
Quote husna_amal 17-8-2020 02:29 PM
Sekali si ibu keluar kenyataan macam tu sekali. Tak pasal2 jadi anak derhaka.
Quote dubuk 17-8-2020 02:41 PM
sebenarnya.. mak ayah kena siapkan harta untuk anak sebelum beranak.. kalau beranak empat, kena ada empat biji rumah

kalau mak dan ayah tak meninggalkan kami apa apa harta.. kenapa mak dan ayah melahirkan kami ke donia ini? pertikai anak anak lebai dol
Quote myoujin 17-8-2020 02:45 PM
CardiGans85 replied at 17-8-2020 12:32 PM
Tolong la buat wasiat. Jgn ckp dgn air liur in term of pesanan tu.

Tak salah pun anak lelaki tu n ...

Wasiat untuk wife dia ke? Tak boleh kan... Kene faraid.. wasiat untuk yang takde pertalian darah... Anak angkat etc...
Quote Artemesiaa 17-8-2020 02:56 PM
Sebab tu zaman sekarang semua elok ada hitam putih semasa masih hidup agar tak jadi masaalah dikemudian hari.  Kat tanah air pun ramai je species macam ni hanya kurang ditularkan je.  Dah tua anak berderet pun masih harap mak pak sediakan harta untuk dia macam tak tahu macam mana nak usaha cari sendiri tampa bergantung pada orang tua.  Kena mak yang tegas mau jadi macam kes ni.
Quote prettyuglybabe 17-8-2020 03:05 PM
mula pun anak dia bukan nak tuntut..
cuma nak besarkan je rumah tu supaya selesa tinggal bersama..
dah maknya tak bagi kenapa?
cara halus nak halau anak-anak ke supaya dia dapat semua harta?
kalau dah penat jadi mak, kenapa la beranak..
Quote haryatie 17-8-2020 03:16 PM
"Saya tidak maafkan dia. Dia harus bayar air susu saya. Saya penat menjadi ibu, saya bosan.

takut nya kalau mak da ckp mcm ni
mulanya ank dia nk besarkan rumah jer kan
Quote ina_na 17-8-2020 03:22 PM
Lah mak nye pun.. Anak nk beso kan rumah je pun.. Tah2 umat dlm rumah tu ramai.. Nk la selesa.. Bt beso skt.. Lain la anak tu p anto mak nye ke rumah kebajikan dia bolot reta semua..
Quote missbigrockstar 17-8-2020 03:24 PM
Rasa mcm pernah baca kisah ni kat thread lama tapi tajuk lain. Muka sedih makcik indon tu pun sama
Quote lipans 17-8-2020 03:24 PM
Kerana harta:

1) tiba-tiba si anak jadi anak derhaka.
2) Tiba-tiba si ibu habis pahala menyusu & membesarkan anak.
Quote pumpkingirl 17-8-2020 03:27 PM
Bukan harta dia kan..harta suami dia..suami meninggal mmg kena bahagi ikut faraidla..tak payah nk ckp jgn rebut2 harta la..ni la punca punya byk harta org islam terbiar mcm tu je.sbb masing2 takutla..malu la..last2 terbiar mcm tu je owner tak dpt dikesan last2 org2 pej tanah yg ambik
Quote LadyCarefree 17-8-2020 03:28 PM
Mana boleh tak halal air susu. Lol.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049931 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top