CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lakonan Dipuji, Nabila Razali Tetap Jadikan Nyanyian Nombor Satu

13-8-2020 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15562| Komen: 96

Description: Nabila Razali semakin digemari produksi drama tanah air kerana bakat lakonannya.
Nabila Razali semakin digemari produksi drama tanah air kerana bakat lakonannya.

Namun bagi Nabila itu buka bermakna dia semakin selesa sehingga meletakkan kerjaya nyanyiannya di tempat kedua.


Foto: IG
"Memang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) undangan nyanyian tergendala dan tertangguh. Saya percaya setiap orang terkesan akibat daripada PKP.

"Namun, ia bukan menjadi alasan kenapa saya semakin aktif berlakon.


"Sepanjang PKP, saya aktif dengan kerjaya nyanyian yang kebanyakan dilakukan dari rumah. Cuma peluang berlakon ini saya ambil demi untuk pengalaman.

"Malah, dalam sibuk berlakon, saya sempat melancarkan single Peluang Kedua dan video muziknya akan menyusul tidak lama lagi," katanya kepada BH Online.


Untuk projek terbaharu, Nabila akan membawa watak  Suria dalam drama Kebaya Kasut Kanvas.

Katanya dia gementar kerana bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad.



"Sebelum Fahrin memasuki set, saya berlatih babak yang bakal dibawa bersamanya. Fahrin sudah ada pengalaman lama, jadi timbul kebimbangan jika lakonan saya membuatkan dia tidak selesa.

"Saya tidak mahulah gara-gara tidak serasi, lakonan kami tidak 'sampai'. Namun, Fahrin sangat baik dan banyak berkongsi tip. Fahrin membuatkan saya selesa, jadi mudah untuk saya menghayati watak Suria.

"Saya juga tiada masalah menyesuaikan diri dengan pelakon lain termasuk Rozita Che Wan. Semua pelakon mesra dan baik. Ini penting untuk menjadikan kami serasi di depan kamera," tambahnya. -CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 13-8-2020 04:58 PM
kau berlakon je laa.. x yah pikir2 pasal menyanyi lagi okay..
Quote KIM.K 13-8-2020 05:01 PM
Walaupun rajin kena bahan, aku suka tengok nabila masih suka pakai baju loose. Simple dan selamba but elegant at the right time
Quote mieymiey 13-8-2020 05:07 PM
Iols tak pernah tengok sheols berlakon, tapi sheols ni langsung takder heroine material.
Quote imthegirl 13-8-2020 05:08 PM
Nabila ni lawa kan, muka dengan features Melayu yang cantik.
Quote gadget 13-8-2020 05:10 PM
hidung dia ni sebakul
Quote Tehaisfav 13-8-2020 05:12 PM
Tgk dia dlm Keluarga Iskandar movie cantik pulakk..dia sesuai pakai bawal
Quote bakingsoda 13-8-2020 05:13 PM
dah la benti je nyanyi, biar klon yg lagi muda tu ganti
Quote TomyamPuteh 13-8-2020 05:14 PM
Lagu2 dia catchy. Mmg taste bdk2 muda
Quote RatuDunia94 13-8-2020 05:16 PM
"Sebelum Fahrin memasuki set, saya berlatih babak yang bakal dibawa bersamanya. Fahrin sudah ada pengalaman lama, jadi timbul kebimbangan jika lakonan saya membuatkan dia tidak selesa.


Ironinya.. Fahrin pun kayu.. haha
Quote grouper 13-8-2020 05:17 PM
Murah betul rezeki dia ni.....betul2 bagus mcm nyanyian die ke lakonan die?
Quote love_warrior 13-8-2020 05:18 PM
Suka tgk dia berlakon latest drama tv3 pukul 6pm.
Quote Orix 13-8-2020 05:24 PM
the next amy mastura...... iols ok jah dgan sheols....
Quote helicornia 13-8-2020 05:30 PM
sapa agaknya yg puji lakonan dia tu {:question
Quote hanni_ruzz 13-8-2020 05:34 PM
bagi aku ok jer nabila ni..
sbb dia selamba dan tak control
tak gedik jugak compare to Wani Hasrita tuh..

berlakon ok la.. menyanyi tu.. stop la ya dik..
Quote nunuiman 13-8-2020 05:40 PM
i rasa elok lah nabila ni teruskan berlakon. tak pernah tengok dia berlakon but suara dua hauk betul. i memang tak dengar radio tapi kadang-kadang budak office suka bukak radio kuat-kuat. masa mula-mula dengar lagu dia yang peluang kedua tu i dengan officemate tertanya-tanya singer lagu tu laki ke perempuan. tak pasal-pasal i google lirik untuk check sape singer. since that day i menyampah gila bila lagu tu keluar.
Quote Sazida 13-8-2020 05:40 PM
Tak benci kau tapi benci kau nyanyi. Sekian
Quote nazzse 13-8-2020 05:47 PM
Masa program gaji Nestle tu teruk nauu ko terkucil dekkk.. Masih yakin teruskan nyanyian..

Berlakon ada masa gedik, ada masa ok...but better lankot dri ruhaines mekap 10 inci tu..dalam pada akak menyampah tengok ko, habis gak cerita tu akak tengok..

Hentikanlah menyanyi tu, berlakon je dekk aince ko tengah laku berlakon skrg
Quote woven11 13-8-2020 05:56 PM
Pernah terserempak dgn dia ni... dgr suara dari jauh pun dah boleh detect siapa Manis orgnye... cuma stop lah menyanyi ye
Quote naksedap 13-8-2020 06:08 PM
Dik mohon jadi pelakon seumur hidup..mohon berhenti menyanyi dik...

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056229 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top