CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Nak Mabuk Jangan Memandu, Kalau Memandu Jangan Minum - Wee Ka Siong

15-7-2020 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2703| Komen: 19

Description: "Seksyen 44 kalau sekarang kesalahan memandu mabuk dan dadah, tiada perbezaan, tapi kita cadangkan supaya dibezakan hukumannya dan ia lebih berat lagi jika bawa maut."
"Seksyen 44 kalau sekarang, kesalahan memandu mabuk dan dadah tiada perbezaan, tapi kita cadangkan supaya dibezakan hukumannya dan ia lebih berat lagi jika bawa maut."

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencadangkan hukuman berat terhadap pemandu mabuk dan khayal sama ada di bawah pengaruh dadah mahupun alkohol serta memandu secara melulu.



Kredit foto: IG Wee Ka Siong

"Kadar penjara maksimum yang sebelum ini 10 tahun akan ditingkatkan ke 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun jika kesalahan berulang.

"Kadar denda juga dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua RM150,000.

"Bagi tempoh gantung lesen juga dicadang dinaikkan daripada 10 tahun kepada 20 tahun," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini seperti dipetik Harian Metro.


Katanya, perkataan 'boleh juga dipenjara' yang diguna pakai sebelum ini akan digantikan dengan 'dan' yang membawa maksud hukuman mandatori jika terbukti bersalah.

Dalam masa sama, Wee menasihati supaya pemandu tidak meminum arak bagi mengelak sebarang kemalangan.

"Pesanan saya, kalau nak mabuk, jangan bawa (kenderaan), kalau nak bawa (kenderaan) jangan minum (arak)," katanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-7-2020 04:12 PM
Kakak setuju dengan atuk Ka Siong.

Ikut cara Borneo. Jangan pi pub. Pi lepak minum di rumah kawan ja. Jika mabuk, tido ja sana, takyah balik. Selamat.

Quote lipans 15-7-2020 04:32 PM
kalau mabuk asmara?
Quote mdhelmi 15-7-2020 04:43 PM
kalo nk mabuk dan bawa kenderaan
sila bawa motor
Quote Orix 15-7-2020 04:48 PM
Kalau yg x minum pun mabuk acaner ? {:smile
Quote mbhcsf 15-7-2020 04:51 PM
oleh itu kita jauhi benda yg haram - yakni benda yg memudaratkan dan memusnahkan diri dan org lain.

tidak mahukah minda kita menerima benda yg baik? dan menolak benda yg tak baik?
Quote pasa 15-7-2020 04:56 PM
nak mabuk mabuk lah jgn sampai masyuk semak
Quote Skuau 15-7-2020 05:11 PM
nak mabuk pi la minum kat kuburan sana...mabuk tidur jer kat  situ....drng tak marah...ko langgar drng pon..drng meme dh mati pon....
Quote meisapoya 15-7-2020 06:16 PM
Wah bagus ni. Hukuman lebih berat.
Quote 234126 15-7-2020 06:48 PM
100,000. Ok la tu. Dari 10 tahun naik ke 20. Ada improvement. Syabas behte.
Quote relaxjek 15-7-2020 06:51 PM
Beza dap dgn mcA. CHInese must support mca and bn for next pru.. Jgn support dap
Quote rosevelvet 15-7-2020 07:08 PM
Tgk citer korea. Dorang akan pgil grab dr rumah if mmg tujuan utk mabuk
Quote ellez 15-7-2020 07:43 PM
Heran juga macammna diorg boleh minum arak sbb baunya pun dah semacam..
Lebih 20 tahun arak disekeliling iols tapi tak pernah terfikir utk mencuba walaupun dulu2 selalu dikata tak urban la tak minum..
Malah pernah iols merajuk dulu sebab digelakkan tak minum.
Apa dorg igt ppuan sexy sket semua minum ke apa..
Hmmm
Minum arak=tak solat tak mengaji la tu.
Ini terpakai utk org islam saja.




Quote kerabuBiru 15-7-2020 10:41 PM
Masih dalam cadangan.... laporan.... kajian..... tggu pemabuk2 mampuss setiap hari sebab eksiden baru akan diwartakan
Quote GigaMom 15-7-2020 11:35 PM
ellez replied at 15-7-2020 07:43 PM
Heran juga macammna diorg boleh minum arak sbb baunya pun dah semacam..
Lebih 20 tahun arak disekel ...

Dah kenapa nak dikelilingi org2 mcm ni
Quote husna_amal 16-7-2020 09:34 AM
Kalau jangan jual arak ni lagi bagus, lagi banyak keburukan dan masalah berpunca dari arak ni.
Quote zarulnazmi 16-7-2020 10:49 AM
Macam lah semua pemabuk nak dengar
Quote LautBiru52 16-7-2020 02:07 PM
Bagusnya kalau dapat implement dekat malaysia. Betul la tu. Nak mabuk boleh takde siapa pun halang tapi jgn la drive. Cab or grab kan ade
Quote siputpepel 17-7-2020 03:05 PM
Yang pergi mabuk ni mesti banyak duit. Takkan nak call grab berkira?
Quote samien_Line 18-7-2020 12:45 AM
Benda mudah.. buat susah buah apa..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.115721 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top