CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Kejar-kejar Dalam Muzium, Budak Pecahkan Istana Kaca Terbesar Di Dunia

15-7-2020 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8102| Komen: 52

Description: Menjadi mimpi ngeri bagi segelintir ibu bapa sekiranya membawa anak kecil keluar rumah terutama di tempat yang ada barangan mudah pecah atau rosak.
Menjadi mimpi ngeri bagi segelintir ibu bapa sekiranya membawa anak kecil keluar rumah terutama di tempat yang ada barangan mudah pecah atau rosak.

Angkara gagal mengawal pergerakan anak, sepasang suami isteri terpaksa menanggung ganti rugi selepas istana kaca terbesar di dunia pecah berderai akibat perbuatan anak mereka yang bermain di dalam Muzium Kaca Shanghai.




Menurut laporan Shanghaiist, istana berkenaan merupakan hasil karya peniup kaca Sepanyol, Miguel Arribas yang mengambil masa 500 jam untuk disiapkan.

Diinspirasikan dari Istana Ciderella di Disney World dengan menara yang diperbuat daripada emas 24 karat, 'Fantasy Castle' yang berharga sekitar 450,000 yuan (RM274,436) diberi kepada muzium berkenaan pada 2016.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak dilaporkan bermain kejar-kejar di dalam muzium itu sebelum masuk ke kawasan larangan dan melanggar cermin almari kaca pameran berkenaan menyebabkan istana itu terjatuh dan pecah.



Kredit foto: Shanghaiist

Kejadian yang berlaku pada Mei lalu itu didedahkan pihak Muzium Kaca Shanghai dalam satu kenyataan minggu lepas.

Dalam kenyataannya, pihak muzium berkata, mereka berharap Arribas dapat datang ke China untuk membaiki kerosakan dialami istana berkenaan, namun terhalang akibat larangan penerbangan ketika pandemik Covid-19.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak terbabit sudah memohon maaf dan berjanji akan bertanggungjawab atas kerosakan istana berkenaan. - CARI

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-7-2020 06:40 PM
anak leluhur punya perangai nothing to expect
Quote helicornia 15-7-2020 06:53 PM
tk tau la sapa yg nangis lepas pecah, budak ke mak bapak
Quote monsterwife 15-7-2020 06:53 PM
dudaberhias replied at 15-7-2020 06:40 PM
anak leluhur punya perangai nothing to expect

Hahaha.... geng2 ni mmng memalukan sungguh
Quote ntahapapantah 15-7-2020 06:58 PM
dudaberhias replied at 15-7-2020 06:40 PM
anak leluhur punya perangai nothing to expect

Begitu juga perangai mereka-mereka ini bila pergi ke IKEA.
Quote EvieWanKenobi 15-7-2020 06:59 PM
dah memang begitu perangainya..
Quote Modngengade 15-7-2020 07:03 PM
helicornia replied at 15-7-2020 06:53 PM
tk tau la sapa yg nangis lepas pecah, budak ke mak bapak

siaplah budak2 tu di balun ibubapa leluhur
Quote matchstick 15-7-2020 07:15 PM
Parent bebudak tu mmg kaya ke.. kalau marhaen biasa jenuh la bayar instalment mcm nk beli rumah rega nya
Quote selipar_hijau 15-7-2020 07:21 PM
Ha padan muka.. kalau tak sedar diri lagi taktau laa
Quote Nahnukutu 15-7-2020 08:06 PM
budak2 berlari2 apa nak heran

kalau mak budak berlari2 baru lah news...

Quote syamzana 15-7-2020 08:08 PM
stakat news gini takde herannye dari leluhur.
Quote Izumieza 15-7-2020 08:26 PM
Tak memasal je.. kalau rasa anak tak boleh behave jgnlah bawa tempat2 macam ni. Bawa ke tempat yg sesuai.
Quote mialunar 15-7-2020 08:36 PM
Bukan perangai parent sekarang macam tue, bukan nak kawal anak2 lari macam kene histeria.. Buat budus je.. Bila tegur.. Parent siap jeling lagi.. Pastu bagi alasan.. Biarla.. Budak lagi.. Duhh
Quote supernaturalee 15-7-2020 08:37 PM
Bdk nakal berlari2 mmg pyh nk control
Nk plk yg br dpt kaki

Muzium ni pun 1 hal jgk
Dh tau benda kaca mhl plk rege
Tgklh tali penghadang tu dorg ltk mcmn
Sgt rapat, dh lh blh diangkat2 plk tiang besi tu
Mengundang nmnya
Quote akies 15-7-2020 09:05 PM
Mimpi ngeri untuk parent budak2 tu.
Berapa agaknya kerugian yang kena bayar?
Quote shamsadis 15-7-2020 09:09 PM
sepet
Quote Rara77 15-7-2020 10:08 PM
Cina kan{:run
Quote mbhcsf 15-7-2020 10:32 PM
my god...

hmm , baguslah bawa lagi budak budak ke dalam muzium sebegini , lainlah  science museum

tak palah , ibu bpaa budak ini akan tahu  : oh , tak leh bawa budak kat sini rupanya  depa tak leh nak appreciate
Quote naina 15-7-2020 10:39 PM
taknaklah ngata anak orang. anak aku pon boleh tahan lasaknya dan suka berlari2 lompat2. semoga anak2 ini tidak dibalun.kesian.
Quote syadq 15-7-2020 10:41 PM
Bukan ke barang berharga dalam muzium replika jah sebenarnya

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071343 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top