CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Guna Saya Untuk Glamor, Awak Doktor Bukan Artis" - Lufya Omar

15-7-2020 10:34 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16104| Komen: 70|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelakon Lufya Omar mendakwa bekas suaminya, Dr Che Hafiz sengaja mempergunakan namanya untuk meraih populariti.
Pelakon Lufya Omar mendakwa bekas suaminya, Dr Che Hafiz sengaja mempergunakan namanya untuk meraih populariti.

"Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamour. Cukup-cukuplah. Awak tu doktor bukan artis. Jaga tatasusila sebagai doktor," katanya.



Kredit foto: IG

Dalam satu kiriman mesej kepada Gempak, Lufya mendakwa perceraiannya berlaku disebabkan kegagalan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

"Saya dah cukup bersabar. Kalau dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini.
 
"Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya," jelasnya.

Dalam masa sama, Lufya menegaskan bahawa dia tidak menghalang bekas suaminya itu bertemu dengan anaknya.



Kredit foto: IG

"Pasal anak jangan nak berdolak dalih. Allah Maha Melihat. Be a man and walk the talk. Kesian kat anaklah. Masa depan dia lebih penting. Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai seorang bapa.
 
"Saya tak halang dia nak datang jenguk anak tapi dia tak datang pun. Apalagi yang kamu nak? Saya hanya berdoa je agar dia diberikan hidayah dan berani berjumpa dan berbincang," ujarnya.

Sementara itu, Dr Che Hafiz menerusi Instagram mendakwa tindakan mengunci mulut adakalanya memakan diri.


Kredit foto: IG

Dia bagaimanapun, mendoakan yang baik-baik buat bekas isterinya itu serta berharap doanya dapat meluangkan masa bersama anak dimakbulkan.

Siapa yang auta sebenarnya ni?  - CARI
2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 15-7-2020 10:44 AM
yawnnnn...udah2 la kome
Quote Megikari 15-7-2020 10:44 AM
Bingit la dua2 ni. Diam2 sudah la, gi settle sendiri
Quote TerataiMelur02 15-7-2020 10:51 AM
Masalahnya lufya ni glamor ke? Kalau glamor pun sebab ketiak basah n masalah rumahtangga
Quote Fafaa 15-7-2020 10:53 AM
Dulu guna nama almarhum sekian sekian boleh pulak
Quote shaiy 15-7-2020 10:54 AM
dua2 bodoh rupanya patut la kes tak selesai.. bersembang kat sosmed,jumpa face to face la,bongok gila.
Quote Lailerthee 15-7-2020 10:56 AM
2 2 sama meratip dekat laman sosial dekat wartawan. Lufya ni pon xya nk acah glamor sgt kau pon xboleh masul kategori artis pon apa je jasa kau kat industri
Quote niena90 15-7-2020 10:56 AM
Nmpk la Dr. ni irresponsible hal anak. Tapi Lufya ni pun sendu aje x glamour pun
Quote Noraniza_Iblis 15-7-2020 10:56 AM
TerataiMelur02 replied at 15-7-2020 10:51 AM
Masalahnya lufya ni glamor ke? Kalau glamor pun sebab ketiak basah n masalah rumahtangga

ketiak lecakk..
bisaa btul mulut mak hayamm anjuu
Quote KIM.K 15-7-2020 11:03 AM
Biasa lelaki bingit ni feminine. Kalau tanya ccris kat laman jodoh tu dibalas berkajang tau dah gay

Dr ni cepat rimas and affected dengan cakap2 orang
Quote umbut 15-7-2020 11:06 AM
Kau yg kecoh.. semua benda nak up royan
Quote ~boolean 15-7-2020 11:06 AM
Glamor ke engkau??
Quote innocent_me 15-7-2020 11:07 AM
Motip ex laki hang nk tumpang nama?
Hang glemer sgt ka? Sendurina juaaaa...
Nama naik balik sebab kawin dgn laki hensem, doktor. Masa tu kemain kan hang duk jaja  muka laki?
Tapi tu lah khennn jodoh tak panjang. Kesian plk kat anak. Takpalah semoga dipermudah urusan lufya nk besarkan anak. Harapnya ex laki dia tak culas bab duit dan be gentleman la apiz oii. Tak syg anak ka? Harap nya 2-2 walk the talk sbb now meols tgk peel dua2 sama ja.
Quote haryatie 15-7-2020 11:08 AM
bila da bercerai bergaduh je la
baik buat hal masing2..selebih nya berdoa kpd Allah
kalau saling tuduh menuduh smpai bila pun x selesai
tp biasa la bru bercerai hati tengah panas
masa jerk yg dpt mengubah dn mengubati segala nya
Quote sismarkonah 15-7-2020 11:12 AM
tapi sis agreeeeee sesangat ayat kak piah tu "Be a man and walk the talk"

kalau sis di tempat beliau pun memang kata-kata tu iolls hamburkan TAPI tak payah tunggu tempat kak piah pun sis memang cepat naik darah orang yang suka coverline janji manismu tapi hapah hasil takdok nak-nak jejantan. Dey karawale kalau dah bertanggungjawab takdenya orang nak pertikai.

Gituuh, sekian nasihat sis di pagi Rabu ni ya
Quote anggeriklatifah 15-7-2020 11:20 AM
Dulu mse lufya ni baru kahwin
aku cakap dlm hati
bertuah nya dpt laki hensem plus doktor ok kerja gov lak tu
cerah la mse depan

rerupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................


itulakan pengajaran
kadang2 kte tgok prmpuan ni kahwen dgn laki cam ni camtu..ada kerjaya semua
kte anggap dah cerah la mse depan

tapi tak semestinya..belum tentu lagi
Quote meow_tompok 15-7-2020 11:47 AM
tak puashati buat banyak bunyi kat socmed
takut nanti jadik plot twist si laki tu bukak berkajang-kajang aib pulak
biasa bekas couple gado2...  netizen tak tolong pun, netizen makan popcorn sambil mengomen mengkritik mencerca dan lain lain

Quote nuryakmal 15-7-2020 12:22 PM
tak payah la nak guna media pun.  uols pun sendu

kalau ex tak angkat call ke apa, u can always hntr surat via ur lawyer.
Quote mieymiey 15-7-2020 12:25 PM
Buruknya perangai dedua.
Quote MadameOnion 15-7-2020 12:30 PM
like seriously? lufya ni pun bukan artis jugak..dia glamer sebab masa masuk AF menari bergelek2 ketiak basah lencun..memalukan siot...popular sbb ketika basah..eeeiiii

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067454 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top