CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perbuatan Baik Tapi Bahaya, Masih Ada Yang Berani Alih Halangan Di Lebuh Raya

6-7-2020 11:07 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5564| Komen: 20|Original author: Oleh: natrahn

Description: Perbuatan Baik Tapi Bahaya - Masih Ada Yang Berani Alih Halangan Di Lebuh Raya



Lebuh raya adalah persekitaran yang amat berbahaya dengan kehadiran banyak kenderaan.

Justeru, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang awam untuk tidak mengambil risiko mengalihkan sebarang halangan atau objek yang tercicir di lebuh raya.

Namun, tular video rakaman di Twitter menunjukkan seorang lelaki mengalihkan serpihan tayar di jalan raya. 

Video tersebut telah dimuat naik oleh isteri lelaki berkenaan yang sedang menunggu di tepi bahu jalan. 



Tidak dinafikan, tindakan yang dilakukan itu sememangnya bagus, tetapi pada masa sama ia mengundang bahaya. Perkara ini turut diakui para netizen.


Perbuatan baik tapi bahaya


Kebaikan perlu disertakan dengan kebijakan berfikir

Hubungi pengurus lebuh raya itu



Kredit foto: Twitter @Miera_zainuddin

Orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 sebelum pasukan PLUSRonda atau Propel dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan objek berkenaan.

Tidak semua orang sanggup untuk berkorban dan membahayakan diri demi kesejahteraan orang lain. Namun, tindakan terbabit boleh mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh oleh kenderaan lain sekali gus menyebabkan kemalangan yang boleh membahayakan orang lain juga.

Malang memang tidak berbau. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-7-2020 11:18 AM
senang je cakap jangan alih apa-apa kat highway tu..
kalau pasang cctv serata highway and peronda cepat buat kerja, takde la orang awam sanggup bergadai nyawa nak alih benda tu..
berapa kerat je yang boleh call masa tu untuk bagitau..
sebelum dorang sampai mau dah ada yang terlanggar..
serpihan tayar tu bukan lembut..
kalau langgar, boleh kemek silap-silap tercabut bumper kereta or worst, accident..
pastu nak claim kat depa bukan senang..
Quote Skuau 6-7-2020 11:23 AM
prettyuglybabe replied at 6-7-2020 11:18 AM
senang je cakap jangan alih apa-apa kat highway tu..
kalau pasang cctv serata highway and peronda c ...

setuju...ada ore yg meme 'tak sanggup' biar benda tu dpn mata.
Quote Normabaru 6-7-2020 11:48 AM
Wife dia reply kt socmed bgtau itu mmg habit laki dia..before this pernah rekod selamatkan kucing bagai.. Dia ckp mmg dia xboleh nk halang laki dia nk buat baik.. Pastu acah2 cool je dgn komen kecaman org ramai.. Konon bkn batak likes n nk viral pon

Ai malas nak ckp byk.. Benda ni klu dia xnk halang pon.. Senang je..jgn di post apa2.coz bila u post.. U seolah2 membenarkan org utk buat benda gila.. Nnt jadi ikutan.. Alasan nak buat baik.. So xle halang..sama la mcm let say ada kebakaran.. So instead panggil bomba.. Ko sendiri pergi padam api tu.. Alasan laki saya mmg suka tolong2 padam kebakaran ni..

Nak sangat kerja gitu.. G la apply keje kat plus.. Nnt alih semua tu sampai muak! Ni semua nak post kat socmed.. Andai mati satu sen xblh claim kt takaful sbb bkn accident. Klu accident dgn kereta lain pon mmg xblh claim sbb hi way bkn tempat pejalan kaki.. So salah mmg bulat2 kat laki dia. Laki dia xsyg dia n family ke??

Maaf ayat ai agak kasar sbb xleh tolerate dgn kebodohan bini dia yang
1)tak halang suami buat keje gila hanya berlandaskan 'mmg suka / hobi buat cmtu'
2) uplod semua kt socmed seolah2 membenarkan org buat keje gila mcm laki dia

Kerja tu ada org in charge.. Nak tlg boleh.. Tp dlm islam sendiri suruh jaga nyawa sendiri dlu.. Bkn mcm ni cara dia..

Quote jaja8 6-7-2020 11:50 AM
tapi tulah kalau berdepan gini pun berbelah bahagi..takut kang org selepas kite terlanggar bnde tu kemalangan pulak..
Quote matbad 6-7-2020 11:52 AM
prettyuglybabe: senang je cakap jangan alih apa-apa kat highway tu..kalau pasang cctv serata highway and peronda cepat buat kerja, takde la orang awam sanggup bergada ...

Sangat tepat.nk tggu pegi alih tu silap2 bleh jd accident yg lagi teruk
Quote dua_chzy 6-7-2020 11:59 AM
Allahu lagik! Ya Hu Wa Hu!
Quote husna_amal 6-7-2020 12:00 PM
Mungkin dia bimbang keselamatan rider atau driver yang lain. Dengan niat dia yang baik Allah lindungi segala bahaya. Apa2 pun sebaiknya hubungi pihak plus lebih baik dan tak membahayakan nyawa sendiri.
Quote bakingsoda 6-7-2020 02:26 PM
dua_chzy replied at 6-7-2020 11:59 AM
Allahu lagik! Ya Hu Wa Hu!

jari kejang tak sempat tulis penuh Allahuakbar
Quote supernaturalee 6-7-2020 02:44 PM
Sekali mampos kena langgar
Ha kaw ...live gitu
Br lh viral 1 donia


Quote palmolive 6-7-2020 03:59 PM
nak jugak rakam...
Quote Hizert 6-7-2020 04:22 PM
HELL YEAH! Sangat bahaya tapi pahala dia dapat tu pon superb beb.
Quote Nurul8001 6-7-2020 08:43 PM
Normabaru replied at 6-7-2020 11:48 AM
Wife dia reply kt socmed bgtau itu mmg habit laki dia..before this pernah rekod selamatkan kucing ba ...

Husband saya pernah buat gini. Sibuk2 nak alih be benda kat Highway. Tapi, idokla saya rakam. Satu hari, saya amukkan je. Abg kalo tak syg diri sendiri, ingat sikit ke anak2. Kalo jadik apa2, ingat insurans nak cover ke ha?
Saya pekik halilintar sambil air liur tersembur. Cakap lembut2 tak jalan. Takut jugak dia. Takde dah dia buat. Kami call je plus. Dia kata takut lambat. Saya kata, tak semua benda kita boleh kawal. Kita dah usaha, dah la. Tapi, kat jalan raya biasa, dia berhenti jugak kalo jumpa benda asing.
Quote Normabaru 6-7-2020 08:54 PM
Nurul8001 replied at 6-7-2020 08:43 PM
Husband saya pernah buat gini. Sibuk2 nak alih be benda kat Highway. Tapi, idokla saya rakam. Satu ...

Ur wording lawak la sis. Esp part tersembur ayaq lioq tu

Well.. I pernah kena tayar terbang masa lalu elite hi way..mmg rosak depan pecah bumper sbb tgh kat lane kanan skali and xnmpk tayar tu sbb dia melantun lps kete depan i lalu. So mmg xdpt elak. Tp i ok je dpt claim dgn plus..

Why i cerita ni? Sbb i nk ur husband and ppl yg risk life unnecessarily utk hargai nyawa masing2 dulu..
If bkn hi way xpe.. Sbb kereta xlaju.. I dok emergency late masa tggu peronda plus mai pon blh bergoyang bila lori or kereta laju.. Dia punya laju lain mcm.. So mmg bahaya..

Biarla org plus or any hi way buat keje mereka..klu rosak, biarla mereka yg tanggung smpai botak! Tol kutip bjuta.. Bior depa rasa

Quote missinpiece 6-7-2020 09:05 PM
Baru2 ni ternampak kepingan besi complete batang besi tercacak panjang di tengah2 jalan sibuk mungkin jatuh drp lori. X senang hati la hai pikir takut2 org belakang2 tergelek pecah tayar.
Quote Earkix94 6-7-2020 10:04 PM
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Memang satu perbuatan baik kalau nak buang benda bahaya atas jalan sesuai dengan hadis di atas tapi perlu berhati-hati sebab bukan kita seorang saja ada di atas jalanraya. Kalau jalan kampung atau jalan tak sibuk, bolehlah kita cuba buat benda baik. Tapi kalau buat macam ni kat highway, tu cari nahas. Jadi simpanlah nombor PLUS dalam handphone. Ada apa-apa masalah call jer si PLUS tu.
Quote Cassieopeia 7-7-2020 09:40 AM
perbuatan baik tp merbahaya. so jatuh xelok jgk hukumnya. sape nampk tu cpt2 call je plus kan biarla diorg buat keje... pos pic tayar tu kt socmed tag plus ke kan
Quote faraway1 7-7-2020 09:52 AM
Berani gila, buat kena langgar, trauma bini.
Quote girlfridayz 7-7-2020 11:42 AM
a very good samaritan.. tapi buat baik berpada2.
dia rasa dia risikokan diri dia je, tapi kalau nasib tak baik, jadi kemalangan nauzubillah, bukan dia je terbabit.
orang lain pun terbabit sama...
tak pun pemandu lain terkejut bila tengok dia lintas jalan tu, pun boleh eksiden.
dah org lain pulak yg terima kesannya.
so pk jauh sikit lenkali ya.
Quote kluangman 7-7-2020 12:59 PM
Report PLUS atau tag hazard di waze.
Hidup kena bijak.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.077542 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top