CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Licik Peniaga - Lagi Mewah Kereta, Lagi 'Yahudi' Harga Durian

6-7-2020 02:13 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4642| Komen: 28|Original author: Oleh: rikuren

Description: Apabila tiba musimnya, banyak durian dijual peniaga ditepi jalan membuatkan pembeli kini mempunyai banyak pilihan dalam menikmati raja buah ini.


Apabila tiba musimnya, banyak durian dijual peniaga ditepi jalan membuatkan pembeli kini mempunyai banyak pilihan dalam menikmati raja buah ini.

Namun, disebabkan permintaan tinggi terhadap raja buah ini, maka pelanggan terpaksa berhadapan dengan harganya yang kadangkala tidak masuk akal.

Selain harga durian yang agak mahal, ada pula peniaga tidak meletakkan tanda harga.


Kredit Foto - Salam - Buzzkini

Malah, mereka akan meletakkan harga berdasarkan kereta pelanggan. Semakin mewah kereta yang singgah, semakin mahal harga ditetapkan. Begitu juga sebaliknya. Licik betul!



Kredit foto - Malaysiakini

Tapi, jangan risau. Bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku, anda boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya peniaga tidak mempamerkan tanda harga atau disyaki menggunakan penimbang yang tidak ditentusah.

Kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 akan dikenakan, sekiranya peniaga gagal mempamerkan tanda harga.

Kalau peniaga menggunakan alat timbang tidak ditentusah pula, kompaun RM1,000 bagi perseorangan dan perkongsian serta RM2,000 untuk syarikat dan perbadanan boleh dikenakan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1973.

Kepada peniaga, berniagalah dengan jujur. Pasti gerai anda jadi tumpuan pelanggan kelak. - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruno_sakura 6-7-2020 02:19 PM
Boleh plak camtu ea?
Tk patut btul.licik sgguh
Quote AyaqMeloSuam 6-7-2020 02:20 PM
sunggohhhhhh...  {:run
Quote matchstick 6-7-2020 02:20 PM
Naik motor kapcai la kalau mcm tu..tp risau takut peniaga durian jeling je kita pastu pandang atas bawah sbb ingt kita tak mampu nk beli durian mahal
Quote misc 6-7-2020 02:24 PM
So yg datang naik bas, kena charge ikut harga bas ke mcm mana.
Quote pyropura 6-7-2020 02:34 PM
Mana bukti yahudi jual mahal? Setau aku Yahudi yg mulakan konsep low price nih contoh 99cents stores yg bercambah di Usa di awal 2000an. Discount hypermart macam.Costco, Tesco, Home Depot, Staples, BestBuy semua tu dari yahudi. Sendiri yg jual rega mahal tudoh yahudi. Jahat tul mlayu nih
Quote dudaberhias 6-7-2020 02:38 PM
pyropura replied at 6-7-2020 02:34 PM
Mana bukti yahudi jual mahal? Setau aku Yahudi yg mulakan konsep low price nih contoh 99cents stores ...

Tapi memang betul pun, yahudi la yang paling pandai niaga jual barang murah2. Sampai orang tak boleh challenge. Yang istilah harga yahudi tu rasanya deorang maksudkan berlian atau barang kemas kot. Kan yahudi popular sebagai goldsmith dulu2 siap ada keturunan goldsmith. Jual berlian harga ribu riban sedangkan berlian tu tidaklah rare mahupun nilai mahal. Itu yang timbul istilah ni kot.
Quote husna_amal 6-7-2020 02:41 PM
Harga durian tetap mahal walaupun yang datang cuma jalan kaki je.....
Quote jaja8 6-7-2020 02:48 PM
tak pernah la rase murah tiap kali musim durian..zaman dulu jual longgok..skarang by kg pulak..yg selalu cakap murah tu berapa ?
Quote bakingsoda 6-7-2020 04:42 PM
dudaberhias replied at 6-7-2020 02:38 PM
Tapi memang betul pun, yahudi la yang paling pandai niaga jual barang murah2. Sampai orang tak bol ...

bukan tapi sebab yahudi disinonimkan dengan menindas. harga yahudi = harga menindas
Quote mdhelmi 6-7-2020 05:09 PM
xpernah lagi dpt harga mahal
sbb kete mewah aku simpan dlm showroom
Quote Kitty_catz 6-7-2020 06:51 PM
meols beli kat aeon smlm, XO sale 50% jadi rm32.50 , sumpah tak sedap, naseb murah...

nk pi makan kat ss2 la pulak.. sana seller tak sempat nak tengok keta n keta merc bmw pun bersepah, so takde hal kut

ada sesapa mkn deyan kat ss2? betul2 murah ke acaner?
Quote ellez 6-7-2020 06:58 PM
mdhelmi replied at 6-7-2020 05:09 PM
xpernah lagi dpt harga mahal
sbb kete mewah aku simpan dlm showroom

Jom detim bangmi
Quote ellez 6-7-2020 07:00 PM
Sebenarnya tak pernah beli durian kat gerai yg xde tanda harga..
Quote CiliPadiSedap 6-7-2020 07:37 PM
misc: So yg datang naik bas, kena charge ikut harga bas ke mcm mana.

Tgk bas kalau bas mcm didi and friend mahal sikit sebab ada lagu dan aircond
Quote orkidorkido 6-7-2020 09:00 PM
Pakat boikot satu season turun la harga derian tu .. melampau-lampau aihh
Quote Orix 6-7-2020 09:46 PM
pyropura: Mana bukti yahudi jual mahal? Setau aku Yahudi yg mulakan konsep low price nih contoh 99cents stores yg bercambah di Usa di awal 2000an. Discount hype ...


Betul tu..... padahal harga utk pegi umrah pegi haji tu la yg mahal melampau2 dikenakan dek puak ereb junjungan ummah.. patutnya kena cakap mn brg2 yg mahal ni harga ereb saudi {:smile
Quote pyropura 7-7-2020 04:04 AM
dudaberhias replied at 6-7-2020 02:38 PM
Tapi memang betul pun, yahudi la yang paling pandai niaga jual barang murah2. Sampai orang tak bol ...

Oh gitu ke. Tapi kan kalu bisnes diamond emas semua tu, bangsa apa pun.yg jual akan letak rega mahal, luxury item ka. Again knapa Yahudi je yg ditudoh jual diamond emas mahal??
Quote pyropura 7-7-2020 04:07 AM
Kitty_catz replied at 6-7-2020 06:51 PM
meols beli kat aeon smlm, XO sale 50% jadi rm32.50 , sumpah tak sedap, naseb murah...

nk pi ma ...

XO bukan utk tekak Melayu lah sebab liqourish. Golden Phoenix pun sama. Begitu juga macam beberapa jenis durian hutan Ulu Langat tuh, Cina je yg banyak beli
Quote pyropura 7-7-2020 04:09 AM
bakingsoda replied at 6-7-2020 04:42 PM
bukan tapi sebab yahudi disinonimkan dengan menindas. harga yahudi = harga menindas

Ni melayu pun terbukti letak harga menindas, in future boleh tak kita tukar istilah pada REGA MELAYU?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top