CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalah Mami Jarum, Topeng Muka Pun Diperbuat Dari Emas

6-7-2020 02:20 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 7885| Komen: 46|Original author: Oleh: rikuren

Description: Sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, pemakaian topeng muka telah menjadi perkara wajib bagi setiap individu di tempat awam sebagai usaha membendung penularan Covid-19.



Sejak wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, pemakaian topeng muka telah menjadi perkara wajib bagi setiap individu di tempat awam sebagai usaha membendung penularan Covid-19.

Topeng muka pakai buang atau topeng muka kain kini mempunyai permintaan tinggi dan harganya juga makin melambung.

Tetapi, seorang lelaki di India sanggup menghabiskan ASD40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada wabak maut itu.

Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, dia memakai topeng muka bersalut 60 gram emas yang mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.

Menurutnya, topeng tersebut adalah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan dia bernafas. Kalah mami jarum ni.


Kredit foto: Deccan Herald


Shankar Kurade ketika ditemu bual pemberita memberitahu bahawa dia sendiri tak pasti sama ada pelitup mukanya itu berkesan atau tidak dalam mencegah dirinya daripada ancaman COVID-19.

"Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain," ujarnya seperti dipetik Sinar Harian.



Jelas Shankar lagi, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.

Shankar bukanlah individu pertama yang mempunyai topeng muka unik seperti ini kerana pernah ada individu di India yang mempunyai topeng muka daripada perak.

Menurut Shankar, dia mendapat idea membuat topeng muka dari emas apabila membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak itu. 


Kredit foto: News18.com

Lantaran memakai topeng muka emas, orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama Shankar. Biasalahkan, perkara unik dan mungkin sedikit pelik pasti mendapat perhatian orang ramai.

"Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar," ujarnya.

Tidak dinafikan, topeng muka Shankar lain dari yang lain. Harapnya Shankar bebas dari COVID-19 dengan memakai topeng muka sebegini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abot 6-7-2020 02:22 PM
Mcm bangang je
Quote lipans 6-7-2020 02:22 PM
macam kopek je...
Quote Artemesiaa 6-7-2020 02:25 PM
Tu guna nak menunjuk bukan untuk membendung wabak namanya
Quote Ismacun 6-7-2020 02:39 PM
Lebih pada menunjuk je ni..
Quote wafeloren 6-7-2020 02:59 PM
Mcm sakit je design dia takda curve
Quote Kurex 6-7-2020 03:29 PM
leluhur                                
Quote teky 6-7-2020 03:48 PM
bebal jugak ye dorg.. walopon kaya...emas tetap xboleh hilangkan bebal...
Quote missus_meow 6-7-2020 04:04 PM
efektif ke? topeng kat gambar first tu nmpk kecik
Quote prettyuglybabe 6-7-2020 04:05 PM
dengan rantai lebar + penutup mulut, sebijik macam anjing
Quote cmf_almondpecan 6-7-2020 04:09 PM
Makin attract org datang dekat utk berselfie dgn dia.
Quote dodolgemok 6-7-2020 04:14 PM
Buruknya, dh la nmpak gaya mcm x over semua area, ada ruang tepi2 tu boleh tembus lgi. Filter tu mcm konfem jah xde kan. Ujong2 di cash kan oleh covid jah.
Quote FOTHER-MUCKER 6-7-2020 04:19 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-7-2020 12:34 AM

Kegembiraan itu adalah milik peribadi!
Quote dodolgemok 6-7-2020 04:19 PM
Mohon alep sukeri buat yg lagi gah drpd dua org macha ni supaya nama negara gah di mata dunia!
Quote misc 6-7-2020 04:22 PM
Bayangkan pakcik ni tgh jalan kaki tersandung akar dan jatuh tersembam. Berapa tahap kesakitan dia akan dapat.
Quote Kurex 6-7-2020 04:26 PM
Macam hidung babi
Quote Knowlee 6-7-2020 04:29 PM
Maka kes main naik mendadak...
Quote mawar_pink 6-7-2020 04:29 PM
wpon mahal tp kalo xleh nk.melindungi pemakai xguna jugak
Quote shaiy 6-7-2020 04:30 PM
dah tu kena basuh ke?
Quote bakingsoda 6-7-2020 04:44 PM
buroknyaaaa

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061058 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top