CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Akhirnya Ada Artis Kritik Netflix Tayang Filem Erotik, Rupa-rupanya Duffy...

4-7-2020 05:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15806| Komen: 81|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Sejak kehadiran platform penstriman menguasai dunia, masyarakat global tidak lagi bergantung pada rancangan televisyen sebagai hiburan semata-mata.


Sejak kehadiran platform penstriman menguasai dunia, masyarakat global tidak lagi bergantung pada rancangan televisyen sebagai hiburan semata-mata. 

Ini kerana saluran penstriman seperti Netflix, Ifflix, Viu, Apple TV, Disney Plus berlumba-lumba menyiarkan program yang menarik minat pelbagai golongan.

Namun, yang menjadi masalahnya apabila ada platform tersebut didakwa melanggar etika dengan menayangkan cerita yang mengandungi elemen seksual melampau seperti yang dilakukan oleh Netflix ketika ini.

Menerusi filem 365 Days, ia seolah-olah mempromosikan culik, rogol dan eksploitasi seks yang diadaptasikan dalam jalan cerita yang mengkhayalkan. Ia turut menarik perhatian penyanyi, Duffy yang menyeru Netflix supaya menarik balik tayangan filem 365 Days.



Kredit foto: Wikipedia

Duffy, 36, berkata, dia kecewa dengan Netflix yang tidak sensitif dan terlepas pandang terhadap jalan cerita filem itu seperti yang dilaporkan BBC.

"Sangat menyedihkan apabila Netflix menyajikan wayang yang menukar penculikan kepada erotik, keganasan dan pemerdagangan seks sebagai filem yang seksi. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh terlepas pandang, tidak sensitif, dan tidak sedar bahayanya."


Kredit foto: Oprah Magazine

Penyanyi lagu Mercy itu sebelum ini pernah berhadapan detik hitam menjadi mangsa dadah dan rogol menyelar tujuan filem itu ditayangkan.


Jadi, dia perlu tampil bersuara kerana pernah mengalaminya dan masih berusaha menenangkan diri sendiri. Malah, jenayah diperdagangkan dan dirogol sangat menghantuinya sehingga kini.


"Saya bernasib baik berjaya diselamatkan. Tapi, ramai mangsa lain tidak cukup bertuah. Dan sekarang saya kena tonton tragedi ini yang pernah saya lalu, dierotikkan dan diperlekeh. Anda rasa saya tak marah?


Kredit foto: The Eastern.echo

Dalam filem berkenaan, watak Massimo lakonan Michele Morrone menculik Laura (Anna-Maria Sieklucka) dan menyuruh untuk jatuh cinta kepadanya dalam tempoh 365 hari. Sepanjang tempoh itu, banyak babak hubungan intim dipertontonkan.

Jadi, Duffy sudah bersuara, kita tunggu sama ada isu sama turut disuarakan oleh artis lain pula selepas ini. Ada siapa yang dah tonton filem ini? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 4-7-2020 05:12 PM
Whoareyus?

Who is she? Who is she? Who is she?
Quote Kurex 4-7-2020 05:13 PM
Macam nak komen tapi ada sebabnya taknak berbuat demikian. Ternyata........
Quote aHoi83 4-7-2020 05:18 PM
Malaysia lebih advance dr netflix la menerusi filem ombak rindu
Quote KIM.K 4-7-2020 05:27 PM
kasibiman replied at 4-7-2020 05:12 PM
Whoareyus?

Who is she? Who is she? Who is she?

Woi sedap kot lagu dia
Quote ilacantik 4-7-2020 05:27 PM
Film 365 ni memang eksploitasi wanita habis2an. Part perempuan semua dia tunjuk, apesal part lelaki semua kena cover.
Quote KIM.K 4-7-2020 05:29 PM
Tak jumpa pula adegan gini. Iols kalau 30 shades of grey tu bosan storyline too simple tak tengok habis
Baik tengok hindi/tamil simple but babak laju
Quote sarah82 4-7-2020 05:30 PM
Aku tunggu THE OLD. GUARD.. Yezaaaa...
Quote lanun_darat 4-7-2020 05:52 PM
Gaya susun artikel dengan quote kat center dah tiru acik @OttoVonBismark kuat betul penangan acik otto
Quote Suchi 4-7-2020 05:58 PM
Ni ala2 ombak rindu ke jatuh cinta ngn perogol?
Quote royaldanish 4-7-2020 05:59 PM
Duffy

Bosan cerita tu.. business dadah tapi takde scene pg gudang dadah.. scene tembak2 sebab dadah ada hilang pun takda.. paling banyak scene shopping dan ngesex je. Pastu tak sempat kawen & pompuan tu kena bunuh.. tapi scene kena bunuh takdaaa. Habis
Quote Normabaru 4-7-2020 06:00 PM
Well cerita 365 ni mmg another level laaa.. Dr xselera tgk muka hero yg ade elemen ala2 kelly,even bkn.. Tp lama2 nmpk tasty plak muka2 gitu.. Aommm!!!

#normabaru...tastebaru Kehkeh
Quote che-cikL 4-7-2020 06:30 PM
Ummah sini dah lama redha disajikan dgn Ariana Rose, Ombak Rindu dan cerita apa dulu Siti Saleha dgn Aaron Aziz.
Quote myoujin 4-7-2020 06:37 PM
royaldanish replied at 4-7-2020 05:59 PM
Duffy

Bosan cerita tu.. business dadah tapi takde scene pg gudang dadah.. scene tembak2 ...

Wah bodohnya jalan cerita.. ni bajet murah2 ni... Bagi thumbnail tetek supaya ramai tengok.
Quote slavehunter 4-7-2020 06:40 PM
Kesian Duffy kena spiked,kidnap dan rogol. Lagu2 dia semua best suka nyanyi karoks dulu.
Quote barfi 4-7-2020 06:42 PM
Kat thread fynn iolss dah ngepek habis dah pasal 365 days ni..

Tak guna punya movie.
Buat pompuan macam sex slave.
Dah la aksi2 dalam movie ni dah macam porno.

Cuma tak nampak penis dan vagina je.
Tak faham kenapa kena buat movie macam ni..
Menggalakkan lelaki utk jadi dominan, dan menghambakan wanita tau dak.
Quote anony-mous 4-7-2020 07:01 PM
KIM.K replied at 4-7-2020 05:29 PM
Tak jumpa pula adegan gini. Iols kalau 30 shades of grey tu bosan storyline too simple tak tengok ha ...

50 shades la uols. Ye cerita dia xbest. U baca novel dia aummm
Quote royaldanish 4-7-2020 07:39 PM
myoujin replied at 4-7-2020 10:37 AM
Wah bodohnya jalan cerita.. ni bajet murah2 ni... Bagi thumbnail tetek supaya ramai tengok.

Memang bodoh jalan cerita
Dialog pun ntah apa2
Cuma iols layan scenery kat sicily memang cantik!
Quote Normabaru 4-7-2020 07:55 PM
Edited by Normabaru at 4-7-2020 07:56 PM
barfi replied at 4-7-2020 06:42 PM
Kat thread fynn iolss dah ngepek habis dah pasal 365 days ni..

Tak guna punya movie.


Well the more civilized they are.. the more they like to be an animal.. Just like GOT.. Berapa season ranking top #1 sebab nude blambak dlm tu..
Quote Normabaru 4-7-2020 07:56 PM
anony-mous replied at 4-7-2020 07:01 PM
50 shades la uols. Ye cerita dia xbest. U baca novel dia aummm

Hahaha 20shades lg g mana?hilang teros .. Sabo jela.. Huhu

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.105812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top