CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gurau Tak Kena Tempat, Lelaki Sumbat Anak Saudara Dalam Mesin Dobi

2-10-2018 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7308| Komen: 74

Description: Tindakan seorang lelaki menolak masuk anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri sebagai gurauan membawa padah apabila kanak-kanak itu terperangkap di dalamnya akibat pintu mesin terkunci.
Tindakan seorang lelaki menolak masuk anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri sebagai gurauan membawa padah apabila kanak-kanak itu terperangkap di dalamnya selepas pintu mesin berkenaan terkunci.


Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Bukit Sentosa, Rawang, malam Isnin. Namun, ibu mangsa yang datang bersama mereka ke dobi berkenaan untuk membasuh pakaian tidak menyedari kejadian itu.


Kredit foto: FB Metafora Anafora

Difahamkan, beberapa individu berada di lokasi kejadian cuba membantu dengan memecahkan cermin pintu mesin basuh berkenaan.

Menurut pemilik kedai dobi berkenaan, Hazmal Hassan mengesahkan ada menerima panggilan daripada bapa mangsa yang menghubungi pengurusnya bagi menyelesaikan ganti rugi akibat kejadian.


"Berdasarkan maklumat yang saya terima, kanak-kanak itu bergurau dengan bapa saudaranya yang berusia lingkungan umur 20-an.

"Secara tiba-tiba, lelaki itu memasukkan kanak-kanak itu ke dalam mesin basuh sebelum pintu mesin terkunci dan tidak dapat dibuka," katanya.

Tambahnya, beberapa pekerja restoran bersebelahan kedai dobinya yang cuba membantu terpaksa memecahkan cermin pintu mesin basuh untuk menyelamatkan kanak-kanak itu selepas usaha membuka pintu gagal.


Kredit video: FB Metafora Anafora

"Pintu mesin itu lazimnya akan terkunci secara automatik apabila dimasukkan syiling serta apabila butang 'mula' atau butang 'start' ditekan.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, namun masalah di sini adalah ia bukan saja menyebabkan saya kerugian hampir RM3,000 sebaliknya nyawa seorang kanak-kanak hampir melayang," katanya.

Mangsa bernasib baik mesin basuh tidak berputar mungkin kerana lebih muatan.

Bagaimanapun, Hazmal tetap membuat laporan polis supaya siasatan boleh dilakukan ekoran keselamatan dan nyawa seorang kanak-kanak terancam. - CARI
5

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 2-10-2018 02:51 PM
bodoh sangat, claim jangan tak claim.
Quote Burong_Hantuk 2-10-2018 02:55 PM
bebal!!!,kasik repot polis,biar msok penjara
Quote awanearisu 2-10-2018 02:56 PM
Minta bapa saudara yang bijak bistari itu menanggung segala kos yang terlibat.
Quote sapeka 2-10-2018 02:57 PM
kebodohan dan kebangangan bertingkat2
Quote tumpanglalu74 2-10-2018 03:01 PM
Bapak sedare bangang ni..

Moge berbahagia bila Bachok sudah burjaya mendonia menjadi pengeluar..
Quote chicozinn 2-10-2018 03:09 PM
bodoh punya pak sedara dia..kalu mati budak tu camne???bagus owner dobi wt repot polis, bia kne tindakan undang2 bru terbukak mata org2 kat malaysia ni jangan skali kali nak wat prank sampai membahayakan nyawa org..
Quote oak.balustrade 2-10-2018 03:17 PM
Mohon kembirikan pak sedara tak guna ni
Quote fifie_olin 2-10-2018 03:20 PM
stupid dam..dam
Quote manehnya 2-10-2018 03:21 PM
mmg bodoh pnya pak sedara.. msti balik kena balun ngan pak nye
Quote paz 2-10-2018 03:22 PM
Tak pikir ke kalau benda buruk terjadi? Pelik sungguh.
Quote prettyuglybabe 2-10-2018 03:31 PM
bodoh punya jantan..
semoga ko mandul tak membiak..
dan harap owner saman si bodoh ni kalau dorang tak bayar gantirugi..
Quote Changa 2-10-2018 03:34 PM
warga felda pprt ke bapa saudara nya?
namun bapa budak itu boleh di puji karena kontek terus owner untuk ganti rugi bukan buat bodoh jah.
Quote mieymiey 2-10-2018 03:48 PM
Sejenis bodoh.
Quote tensic~ 2-10-2018 03:54 PM
Nangis baca
Quote mizruncing 2-10-2018 04:06 PM
bodoh nye la hai ! budak tu umur berapa? boleh mati lemas kot dlm tu. eeeiiii tak boleh hadam laa org bergurau mcm tu. elok masuk lokap baru kau tahu erti bergurau tu ape. bodoh giler!
Quote jofizo 2-10-2018 04:09 PM
nasib ws tu blm start masuk air or berpusing, kalau x lg buruk akibatnya.....
Quote sukacactus 2-10-2018 04:09 PM
Makin moden dunia ni, makin ramai plak org bodoh eh!
Quote kiambang 2-10-2018 04:16 PM
Patut dikenakan tindakan undang undang ni ...
Quote skinsandstars 2-10-2018 04:30 PM
sukacactus replied at 2-10-2018 04:09 PM
Makin moden dunia ni, makin ramai plak org bodoh eh!

tengok tajuk2 novel dan drama2 zaman sekarang sudahlah. they are what they read.

Lihat semua komen(74)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.077388 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top