CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Ke Patut Iklan Pam Susu Samakan Ibu Menyusu Dengan Lembu?

2-10-2018 05:14 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3506| Komen: 10|Original author: Oleh: Suzy

Description: Sempena pelancaran produk pam susu boleh pakai pertama di dunia yang tidak mengeluarkan bunyi, syarikat pengeluar pam susu Elvie memuat naik sebuah video dengan kapsyen, "Memerah susu tidak sepatutn ...


Sempena pelancaran produk pam susu boleh pakai pertama di dunia yang tidak mengeluarkan bunyi, syarikat pengeluar pam susu Elvie memuat naik sebuah video dengan kapsyen, "Memerah susu tidak sepatutnya membuatkan anda berasa seperti seekor lembu tenusu!"

Dalam klip video itu, empat orang ibu dilihat sedang menari di kandang lembu sebagai latar belakang sambil membawa pam yang digunakan untuk memerah susu lembu. 




"Memperkenalkan Elvie Pump, pam susu boleh pakai senyap pertama di dunia. Mari bernyanyi bersama-sama. Ini bukan kantung susu, tetapi ia adalah payudara saya." kedengaran lirik yang digunakan dalam iklan tersebut. 




Walaupun iklan itu direka untuk menonjolkan ciri senyap yang dicipta oleh teknologi mereka, ia nampaknya gagal mencapai matlamat iklan berkenaan. 

Iklan terbabit mencetuskan kontroversi di Internet apabila netizen berang dan tidak bersetuju dengan pendekatan dilakukan syarikat berkenaan. 


Foto: Independent UK

Kritikan dan kecaman sinis netizen membuatkan Elvie terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan iklan mereka. 

"Kami merakamkan video ini di sebuah ladang milik sebuah keluarga di mana haiwan dirawat dengan baik. Kami boleh memberi jaminan bahawa keperluannya juga dijaga dengan baik!" katanya.

Selain itu, syarikat terbabit juga menjawab tuduhan netizen yang mendakwa iklan berkenaan seolah-olah mahu mempamerkan buah dada wanita.

"Iklan ini dibuat hasil kerja sama syarikat kami dengan seorang pengarah yang juga seorang ibu. Malah, penarinya juga adalah dari kalangan ibu. Kami juga menonjolkan iklan ini dari perspektif seorang ibu yang berasa jengkel (berasa seperti seekor lembu) setiap kali mengepam susu," katanya seperti dipetik dari the Independent.

Elvie Pump ini dicipta mesra pengguna tanpa wayar atau tiub, sekali gus memudahkan pergerakan pemakainya walaupun ketika mengepam susu di luar. 

Malah, produk ini tidak menghasilkan sebarang bunyi. Jadi, tiadalah ibu-ibu berasa serba salah dan malu untuk mengepam susu di luar rumah. - CARI


14

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hottime 2-10-2018 11:01 PM
Quote mdhelmi 3-10-2018 08:47 AM
btola tu
hbs nk mcm mana lagi?
Quote chicozinn 3-10-2018 09:49 AM
hauknye iklan..
Quote pai.kacang 3-10-2018 10:30 AM
tarian ntah hape2
Quote samasam90 3-10-2018 11:15 AM
pam pam  susu, yg paling melekat kat kepala cuma scene kung fu pao jah
Quote fushimi 3-10-2018 11:16 AM
janji pum and boleh kuar susu sudehhhh
Quote fly_in_d_sky 5-10-2018 01:57 PM
ok ler tu senang .... dah siap simpan dalam peti ais ...
tang mana yang offend ek?
Quote geenie 5-10-2018 02:27 PM
i prefer to know the price. hassle free nih. tak perlu nak fikir pasal tube2 segala. and boleh control guna apps kat handphone. bleh tgk jugak hasil perahan dr apps tanpa perlu nak jenguk2
sambil ko duduk buat kerja dpn pc, bleh mengepam. tetau je penuh. kan ke bagus gadget nih

iklan tuh offended ke, tak ke, belakang cerita. tp statement dia yg 1st tuh, aku agree. how many moms feel dorg mcm lembu time aku susukan anak dulu pun slalu sgt dah org panggil aku lembu

Quote puanbintang 18-10-2018 08:59 AM
terhibur tengok tarian dirong
Quote sarahmirza 18-10-2018 09:04 AM
Biasa la iklan pelik2 menjadikan produk tu lebih mudah dikenali..
Sebagai pengguna, I tengok kelebihan produk tu.. iklan nak terbalik ke apa ke, itu tak penting..

Tak pernah pulak terasa macam lembu sebab susukan anak dan pam susu..
Lagi mudah hidup ada la...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055318 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top